dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Thursday, December 15, 2011

the man who cries wolf

yes he did things badly,
he lied frequently,
all is done cause he was lonely;

first time he asked them to come,
the villagers rushed fully armed,
with axe, hoe and scraper from the farm,
because they were so alarmed,
with wolf which spooked their realm;

but there was nothing there,
the wolf just vanished into thin air,
or so they thought what happened there,
but a mocking laughter raised their body hair ,
from the man whom they really care,
but treating them like a fun-fair;

first time they were okay,
managed to keep their anger at bay,
but the third time charmed all the way
this time he must pay,
when he cried wolf, they said " nay ",
all hell breaks loose on that day,
all the goats turned to satay,
for the wolf as there was no fay;

but none of them knew,
that the man had turn anew,
he repented after the second lie he threw,
unlucky for him as men who were forgiving are a few;

may this tale become a reminder,
for those who like to ponder,
watch your words to each other,
and forgiving is always better.

Monday, November 28, 2011

aku, winter, malas, selesai

jujur aku cakap
kalau ada banyak-banyak musim aku dah lalui seumur hidup aku,
aku paling suka musim sejuk mesir
sejuk-sejuk tetapi tak adalah sampai menggigil-gigil tak tentu hala 
sejuk-sejuk tak adalah sampai terkeluar salji merata-rata

tetapi sunnah alam
tiada makhluk yang sempurna

Monday, November 7, 2011

v for vendetta

 amaran: tulisan kali ini panjang, membosankan dan tidak berilmiah malah ada yang kata macam perempuan [ kahkahkah ]

mungkin ramai yang tahu cerita v for vendetta
dalam cerita itu antara catchphrase dia ialah bila v mengajak sidang umum [ macam kuliah agama pun ada aku rasa kahkahkah ] untuk mengingati tarikh 5 november
dengan ayat
Remember, remember the 5th of November. The gunpowder, treason, and plot. I know of no reason why the gunpowder treason should ever be forgot. 
tetapi bukan itu motif tulisan kali ini

Thursday, November 3, 2011

persoalan pendek

kenapa aku tengok trafik aku ada banyak negara pelik-pelik
menggelabah betullah 

Friday, October 28, 2011

kan ?

ada orang kata hidup ini macam larian marathon
lama, memenatkan dan memerlukan usaha yang berterusan

kadang-kadang boleh tergolek dan  luka
tetapi kalau ada quarter master di sebelah
boleh tolong balutkan luka
tolong kipaskan badan
macam kawanlah dalam hidup

kalau sesat boleh tengok penanda jalan
macam cikgu dan baca buku-bukulah dalam hidup

kalau sunyi ada guru pengiring memerhati larian kita 
macam ibu-bapa, adik beradik dalam hidup

Sunday, October 23, 2011

pandangan jelas sebab tak rabun

bagi sesiapa yang ingin membaca tulisan terbaru aku
boleh buka link bawah
aku malas nak copy paste masuk sini
sedikit amaran
tulisan itu bernada serius dan mempunyai unsur ilmiah
jadi mungkin membosankan
agak nak baca, bacalah
kalau tak nak aku peduli apa 
bukan aku ada nuffnang pun dapat duit tulis blog 
kahkahkah

Thursday, October 20, 2011

seribu alasan dan sebab

bukan aku tak nak menulis
tetapi aku tak mampu menulis

bukan aku tak nak bercakap
tetapi aku tak boleh bercakap

bukan aku tak nak mengarut
tetapi aku tak  sepatutnya mengarut

bukan aku tak nak merasa
tetapi bukan sekarang masanya

bukan aku tak nak bersama 
tetapi bukan ini jalannya

bukan aku tak nak jalan bersama
tetapi bukan ini haluannya

bukan aku tak mahukannya
tetapi bukan begini caranya

Tuesday, October 11, 2011

barely keep up and going to give up

he who had nothing but tounge
can do nothing but sang
felt nothing but drunk

he who walks alone in the alley
hoping to get killed by anybody
for who he love is gone eternally

Tuesday, October 4, 2011

yang dibaca dan yang sebenarnya

situasi 1


pak cik Murtabak seorang peminta sedekah di sebatang jalan yang sunyi
di jalan itu ada sebuah pejabat baru, tempat bekerja seorang pemuda berusia 30-an, Badang

" laparnya perut aku, dah 2 hari aku tak makan, isk, kenapalah, bilangan orang-orang baik dah berkurang sekarang " keluh pak cik Murtabak

beginilah nasib pak cik Murtabak, hidupnya mengais simpati orang lain,
kalau ada yang menderma makanlah dia, kalau tak ada berlaparlah dia
hujan lebat yang melanda 2 hari lepas menyebabkan dia tak dapat duduk mengemis
hanya air sahaja yang ditelannya bergelen-gelen untuk menghilangkan rasa laparnya

Wednesday, September 21, 2011

tercalar teruk [ updated ]

kehambaran blog aku ini seolah-olah menjadi tanda
untuk satu peristiwa buruk yang bakal melanda
setelah menghambarkan blog ini sekian lama
semalam, reputasi aku selaku beruang lapar sudah tercalar teruk
ini bukan sedikit-sedikit punya cerita
ini kes kancil kena langgar lori treler 80 tayar
memang tahap beruang grizzly punya catastrophe

Thursday, September 15, 2011

bunian kau mana ?

beta penat dan mahu berehat
kakak bunian pun tak dapat jumpa ahah

p/s: dapat tambahan inventori baru. blindfold kacak, cuma macam agak kecewa dengan keketatan ikatannya
peh aku pun tak faham

Monday, September 12, 2011

berjalan-jalan demi perut tercinta

semenjak dua ini rajin pula aku berjalan
entahlah aku pun tak tahu kenapa
kalau dahulu aku memang malas gila beruang nak berjalan
balik kampung pun malas
sekarang sampai 3 hari aku melepak sana
itupun sebab ada orang nak datang raya kalau tak mungkin lagi lama

Friday, September 9, 2011

berkabung

aku tengah berkabung kerana kehilangan teman yang dah setahun bersama
moga puas hati pihak-pihak yang cuba memisahkan kami

Tuesday, September 6, 2011

pengakhiran

pang ! pang ! pang ! pang ! pang ! pang ! 

bunyi tembakan dilepaskan bertalu-talu antara Adlina dan Hasan
semuanya kerana sebiji beg berwarna silver di atas meja makan rumah aku
aku dan ibu hanya memerhati dari belakang

pang ! pang ! pang ! 

beberapa das tembakan Hasan mengenai Adlina namun seperti tiada kesan
"robot agaknya Adlina ini " ujar hatiku

Monday, August 29, 2011

eid

malam raya tadi aku gerak pasar ampangan
serius kecewa
apa benda entah jual
jeans, baju, jeans, baju ulang-ulang
juallah benda lain haish

Wednesday, August 24, 2011

overestimate vs underestimate [ versi real ]

amaran: tulisan kali ini sangat panjang dan merepek tahap ke tulang

dalam tulisan sebelum ini aku ada menyebut satu frasa
" jangan overestimate diri sendiri, jangan underestimate musuh dihadapi "
tetapi disebabkan aku seorang yang suka memeningkan orang lain
aku nak bincangkan, adakah kedua-dua frasa itu sama atau berbeza, tahap bahaya dan apa-apa yang ingin karutkan

pada aku, antara overestimate diri sendiri dengan underestimate musuh dihadapi,
yang pertama itu lagi bahaya secara tidak langsung implicate yang dua benda ini hampir sama tetapi ada perbezaannya

kenapa lebih bahaya ?

Tuesday, August 23, 2011

overestimate vs underestimate

aku malas nak tulis sekarang
nanti-nantilah aku tulis 
kahkahkah

Thursday, August 11, 2011

menembak diri sendiri

awas: tulisan kali ini ialah satu futile attempt untuk membuat satu tulisan berunsur motivasi.

bila kita menghadapi kesusahan
apa-apa bentuk sekalipun
yang paling utama pada aku ialah penerimaan
kita terima apa yang berlaku
penerimaan ini bukan di mulut
sebab ada orang yang dia cakap dia terima dah dan berbagai lagi
tetapi sebenarnya dia menolak dalam diam
kata-katanya berlainan dengan tindakannya
sepatutnya minda kita mesti menerimanya sama ada yang sedar mahupun yang separa sedar

Sunday, August 7, 2011

maqbul bi syafaat

ramadhan kareem,

apa itu maqbul bi syafaat ?
maqbul bi syafaat dalam bahasa melayunya bermaksud
lulus dengan pertolongan
dan inilah pangkat untuk satu subjek aku
sedang orang lain sibuk mengejar mumtaz
aku pula mengejar maqbul
apa punya badul lah aku ini
haish


Friday, July 29, 2011

menipu

tengah aku lepak main game tunggu subuh semalam 
mainlah facebook sedas-dua
sekali keluar page ini
aku baca-baca lepas itu terus aku gelak guling-guling

Wednesday, July 27, 2011

sabar

sebenarnya banyak peristiwa yang tak sedap berlaku semenjak dua ini di mesir
ada kawan tak berapa sihat [ doakan dia sembuh ]
tetapi fokus aku ialah kes pelajar dizalimi


Saturday, July 16, 2011

kisah sang pemburu alpa #2 [tamat]


siri satu


lalu berlarilah sang puteri meninggalkan aku yang membatu
terpana dengan apa yang terjadi
kepalaku digeleng-geleng untuk mencapai kesedaran
sedar-sedar sang puteri sudah hilang dari pandangan
aku tercongok-congok ke sisi
ke kiri dan ke kanan
tetap tak berjumpa
aku bulatkan tekad
" esok aku akan datang lagi ! "
maka berpergianlah aku ke tempat tersebut keesokannya
hanya semata-mata untuk berjumpa dengan sang puteri
namun, kali ini dia sudah bersiap siaga
asal ternampak akan kelibat aku
terus dia menghilangkan diri
hari demi hari peristiwa yang sama berulang
aku ucap dalam hati
" tak kan aku nak jumpa dia pun tak boleh. sampai dia menghilangkan diri setiap kali aku hadir "
seminggu kemudian berlakulah peristiwa yang mengubah sifat aku selamanya

Friday, July 8, 2011

simbol

apa itu simbol ?
bila sesuatu benda itu menjadi simbol
maknanya benda tersebut dikaitkan dengan sesuatu ideologi, perkataan, perbuatan, manusia dan sebagainya
siapa yang memberi makna kepada simbol ?
yang memberi makna kepada simbol ini ialah orang ramai
semakin ramai orang yang menggunakan benda yang sama sebagai simbol maka semakin kuatlah simbol tersebut
sesuatu simbol itu tak bermakna jika kau seorang sahaja yang tahu

dan tanpa makna sesuatu simbol itu tak berguna
bendera negara hanya akan menjadi sehelai kain perca yang berwarna-warni
tetapi bila diberi makna, kain yang berwarna tersebut akan menjadi simbol kedaulatan sesuatu negara
sebab itu dikibarkan bendera apabila sesuatu benda yang mengharumkan negara dibuat
sebab bendera [ kain berwarna ] itu telah diberi makna sebagai kedaulatan negara

jadi apabila ada orang membakar bendera sesuatu negara, 
bukankah yang dibakar hanyalah kain biasa yang berwarna-warni ?
tetapi kenapa rakyat negara tersebut marah ?
sebab bendera negara itu simbol kedaulatan mereka
menghina bendera samalah seperti menghina kedaulatan negara

sama juga seperti jari tengah
ya bila kita acungkan jari tengah bukankah secara mudahnya kita acungkan jari kita sahaja
apa salahnya ?
tetapi kenapa ada orang rasa tersinggung ? 
sebab jari tengah itu dikaitkan dengan perbuatan yang vulgar
dan benda ini diterima oleh seantero dunia
jadi jari tengah ini menjadi simbol yang vulgar
dan orang ramai akan marah apabila ditujukan dengan jari tengah

apa hal aku cerita tentang simbol ?
sebab ada orang cakap
apa hal kita kena berhimpun, menjerit kuat-kuat, buat sesak jalan raya. kan menyusahkan ?
apa perbuatan tersebut boleh membersihkan pilihanraya ?
ini yang di panggil pendek akal [ maaf kasar ]

sepertimana kain berwarna-warni yang pada asasnya tiada apa
boleh menjadi simbol kedaulatan negara apabila diberikan makna
begitu jugalah dengan sesebuah perhimpunan
perhimpunan bersih ini adalah satu simbol yang membawa maksud rakyat bencikan sistem pilihanraya yang kotor, dan mahukan perubahan, mahukan keadilan
tetapi makna ini tak kan sampai jika yang memberi hanyalah seorang
sebab itu dikumpulkan orang ramai
supaya simbol [ perhimpunan ] ini akan menjadi kuat
apa bila simbol ini kuat barulah orang akan ambil peduli
sepertimana orang akan ambil peduli dengan tidak membakar bendera negara sewenang-wenangnya 

ha. faham tak ?

jadi kesimpulannya 
makna bersih ini bukan terletak pada aku seorang tetapi kepada semua orang
jadi nak tanya apakah makna yang kau beri pada bersih ?

p/s: kalau soal ambiga hindu itu semua boleh baca di nikabduh.wordpress.com, atau di harakahdaily. aku malas nak cerita panjang lebar.
masa inilah kau nak belajar berbaik sangka.
bukan dengan ambiga
tetapi dengan Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang, Ustaz Asri Zainal Abidin, Ustaz Zaharuddin dan banyak lagi ustaz-ustaz lain yang menyokong bersih.
nak tanyalah agak-agak kau kalau bersih ini nak jatuhkan islam, mereka para alim dalam agama ini nak sokong ke ?
asyiklah cerita tentang berbaik sangka kan ?
aku nak tengok boleh tak kau berbaik sangka dengan mereka
PARA ULAMA WARISAN NABI SAW
kalau tak boleh juga berbaik sangka dengan mereka
rasanya dah boleh dah perlahan-lahan lempang diri sendiri laju-laju kahkahkah

lagi satu, tolonglah pandang jauh sedikit ke depan
kalau sebab takut jalan sesak, takut pelancong menjadi sedikit
kau sanggup biarkan pilihanraya penuh dengan penipuan berlarutan lagi 10-15 tahun [ sebelum ini pun dah lama menipu ] yang akhirnya akan menaikkan pemimpin yang menipu dalam pilihanraya
itu pilihan kau
tetapi pilihan aku lain
maaf panjang dan lambat
almaklumlah peperiksaan esok
doalah agar dipermudahkan

lagi satu, ini bukan abul yang tulis ya. ini ada hacker yang tulis kahkahkah
jadi janganlah tuduh dia bersih
dia sokong patriot kahkahkah 

Monday, July 4, 2011

lawatan ke kilang kicap

melihat orang-orang yang menafsir kejadian dengan kepala otak mereka memang lawak dan menghiburkan.

malahan berani pula mengisi lohong-lohong peristiwa dengan igauan dan khayalan mereka.

mengapa perlu berpegang dengan sesuatu yang kabur jika sudah ada sesuatu yang konkrit ?

apa adakah tulisan-tulisan pemikir-pemikir agung yang lalu tentang perkara tersebut,

atau apakah mereka memandang tinggi diri sendiri sehingga menganggap mereka dapat menafsirkan sesuatu yang tiada langsung ulasan daripada pemikir-pemikir tersebut

Saturday, July 2, 2011

kisah sang pemburu alpa #1

sambil termengah-mengah mengejar pelanduk yang tangkas berlari
ternampak kelibat si puteri bermain buaian di hutan yang sepi
tak takutkah dia pada harimau yang merayau ke sana sini ?
mungkin ada baiknya selesai ditangkap pelanduk ini
berpergianlah diri ini padanya untuk menasihati
kalau diteladani nasihatku ini
dapatlah menghilang gelisah di hati
kalaupun tidak tembus ke hati
kurang-kurang hilang semput diriku tadi

Friday, June 24, 2011

AK dan orang-orang #1


orang 1 : apa benda yang mudah di beri, sukar diterima dan amat sukar di buat

AK : nasihat.
.................................................................................

orang 2 : apa yang boleh buat benda cantik nampak buruk, benda baik nampak jahat dan benda kecil nampak besar ?

AK : prejudis.
.................................................................................

Sunday, June 19, 2011

kahwin

amaran : tulisan kali ini merepek dan tidak berfaedah

aku nak cerita tentang mimpi aku yang amat menusuk kalbu
aku pun dah tak berapa nak ingat sebenarnya
jadi mungkin ada sebarang dua tokok tambah diletakkan kahkahkah

Tuesday, June 14, 2011

penjelasan

Kisah seekor rama-rama
 Cerita seekor rama-rama yang memilih untuk terbang. Walaupun dia terpaksa melupakan misi kehidupan dia yakni melahirkan zuriat [ nama pun binatang ] untuk mengejar kebahagiaan yang sementara

 Dia terbang dengan pantas ke arah jalan mati walaupun dia bakal mati terbakar. Tetapi kesukaan dia pada cahaya membuat dia tetap tergesa-gesa ke arah api

Dia tahu nyawa dia akan hilang di lautan api tersebut tetapi apa yang dia boleh buat kalau dah terlalu suka ditambah dengan hati yang lemah untuk terus bersabar
  
Ya, dia tahu dia ada pilihan lebih baik  tetapi nak buat macam mana kalau badan di kawal oleh cinta dan bukannya akal yang waras

Apa yang lagi sedih daripada tahu yang kita akan mati tak lama lagi, tetapi kita tak mampu berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan tersebut kecuali terus menunggu saat tersebut hadir dengan hati yang berkecamuk untuk memilih antara kesukaan ataupun nyawa

 Sama ada dia betul atau salah. Biarlah orang lain yang tentukan

Tolong jangan cepat menghukum kerana nasi dah pun menjadi bubur

Sedih betul kisah seekor rama-rama yang cantik ini

Saturday, June 11, 2011

oh nice !

oh nice 
rasa pengalaman ilmu tak berkat
dekat rumah hafal sebiji-sebiji
masuk exam tengok soalan terus lesap dalam kepala
oh nice
itulah siapa suruh kuat mengutuk dan mengata
kan dah rasa
oh nice
aku tak pernah nazar seumur hidup aku
tetapi kalau aku lulus exam physiology kali ini aku ingat nak puasa seminggulah
oh nice 
memang nice

Wednesday, June 8, 2011

A butterfly's plight

A butterfly's plight  

what is more saddening
than a butterfly
who chooses to fly
abandoning its long-life mission
cutting its own blood lineage 
only to chase after a moment of bliss

Monday, June 6, 2011

aku nak sepak orang

aku nak sepak diri sendiri !

* minum milo *

Argh !

* tersepak cawan milo *

Argh !!

Wednesday, June 1, 2011

Moist chocolate cake

aku tak berapa suka makan kek sebenarnya
tetapi aku suka makan kek coklat dan boleh makan kek kukus
kek kukus itu pun sebab mak aku setiap tahun masak dan itu kek favourite ayah aku
jadi selaku anak yang taat kenalah aku makan kek itu
kahkahkah
kek di mesir tak berapa nak sedap sebab dia punya tekstur dia tak kena dengan jiwa aku
muahahah
demand betul aku

Sunday, May 29, 2011

* tekan papan kekunci *

* bersiap siaga *
* sikat rambut biar kacak *
* sembur-sembur sedikit *
* sarung kasut *
* tekan butang lift *
" jam , handphone, dompet, salinan passport semua ada "
* naik lift turun bawah *
* keluar imarah *
* pandang kiri, pandang kanan *
" ikut kananlah cepat sedikit "
* jalan-jalan *
* naik tangga metro *
" minta-mintalah tremco kosong.... "
" nice ! "
* naik tremco *
" faddhol "
*  hulur 75 piaster *
* turun tremco *
* pergi bank *
* baca buku stalin sambil tunggu nombor *
* pergi kaunter *
" the dollar is not enough today  "
" ha ?! "
" la ba'sa. i want 400 usd in genih "
" haish baru ingat nak ambil duit belanja balik malaysia nanti sekali  "
* pergi universiti *
" alamak awal lah pula. tak apalah baca buku stalin kejap "

* keluarkan buku dan membaca dengan ganas *
* beberapa minit berlalu *
" eh, akhawat "
" kelas dah mula ke ? "
" telefon aizu lah "
" hello aizu, ada kelas ke hari ini ? di mana ha ? kau mana ? "
" ada, di kelas lelaki "
" ok kejap lagi aku sampai "


Sunday, May 22, 2011

etika

aku ada etika 
etika pembaca komik
etika stalker
etika bercakap dan banyak lagi
etika ini penting
sebab etika ini bermakna kita ada prinsip
kita ada personaliti

Tuesday, May 10, 2011

sejarah penubuhan

awas : hari ini topik aku amat bosan dan tulisan kali ini amat panjang

" sejarah "
sejarah tak pernah menjadi subjek kegemaran aku
sehinggalah aku bertemu cikgu sejarah tingkatan 5 aku
kenapa ? 
setiap kali dia membuat kelas tambahan 
dia pasti menyediakan makanan-makanan yang lazat
bahkan kami pernah membuat jamuan akhir tahun di bulan mei
apahal ! 
nasib baik semua makanan ditanggung oleh beliau
sate, lamb chop dan ayam golek serta banyak lagi menjadi hidangan
dia memang terbaik
bayangkan, 
aku baru lepas fly kelas dia untuk memenuhi aktiviti krs 
[ baca :kadet remaja surau ]
tiba-tiba berselisih dengan dia
lantas aku menegur dengan muka tersipu-sipu malu
dia hanya senyum dan ketawa
sungguh aku berbangga dengan beliau
cukup dengan itu.

Saturday, May 7, 2011

sajak seorang perindu

terbang aku di awan fikiran

lantas terlintas padaku
dalam mencapai kejayaan
mesti ada cabaran
kalau ingin mencari sagu
ruyungnya harus dicari dahulu
usai memecah ruyung barulah dapat sagunya
apakah sagunya, 
apakah ruyungnya
dalam hidup seorang pelajar

Friday, May 6, 2011

blue sea slug

hari ini akan akan abuse aku punya post dengan gambar
gambar yang bakal aku letak
ialah gambar binatang yang amat comel
aku amat gembira mengetahui kewujudan makhluk sedemikian rupa

Sunday, May 1, 2011

mari bersama aku

hari ini
aku nak mengajak semua orang
aku nak minta kepada semua orang
mari bersama-sama dengan aku

Sunday, April 24, 2011

kata-kata hikmah

awas: INI POST RAGE !!!!

ramai orang sekarang suka men quote kata-kata hikmah
entah faham, entah tidak 
jadi timbul satu masalah
kata-kata mana yang boleh pakai dan tak boleh pakai

Saturday, April 16, 2011

eh, kau balik ke tak? bahagian 2

amaran: tulisan kali ini agak berat dan bersifat jangkaan

beruang comel: assalamualaikum boss.
jom kita sambung perbualan tertangguh hari itu

aku: waalaikumussalam. ha, baik-baik. sampai mana hari itu

beruang kacak: sila rujuk ini

Thursday, April 14, 2011

eh, kau balik ke tak?

beruang comel: eh, kau balik tak? maksud aku balik malaysia cuti ini

aku bermonolog dalaman
soalan yang pada zahirnya mudah
nak balik-balik,
tak nak balik sudah
tetapi memandangkan aku nak tunjuk superiority aku pada beruang
aku pun menjawab

Tuesday, April 12, 2011

zon selesa

semua orang ada zon selesa mereka
aku pun ada
dan selaku seorang yang amat pemalas
zon selesa aku amat terhad
kerana apa?
sebab semua benda aku malas nak buat
jadi aku jarang-jarang sekali keluar dari zon selesa aku

Monday, March 28, 2011

ucapan selamat

tulisan ini untuk kamu
yang dipandang tinggi oleh diri ini
yang melakarkan lukisan-lukisan indah dalam kain putih
yang mewarnakan kain ini dengan jutaan warna
yang menjadi sumber inspirasi
tika damai, tika gelisah, tika gundah, tika marah, tika bahagia
yang membina rumah, tempat berteduh tika panas dan hujan
tika kilat sabung-menyabung dan angin bertiup kencang
yang mengajar erti abcd dan 1234
kepada seorang dungu dan tidak tahu apa-apa dengan sabar
agar kenal dunia dengan pandangan yang benar, pandangan maknawi 
dan bukannya pandangan seorang buta yang tidak sedar diri
yang dengan jayanya menahan karenah tak masuk di akal selama puluhan tahun
yang tak terbuat dek orang
sedang yang lain hanya seminit bersama sudah mengeluarkan kata-kata nista
pujangga kebencian, puisi kemarahan, seloka penuh carutan

andainya ucapan terima kasih diucapkan
daripada rahim sehingga lurut daging daripada tulang dimamah usia
itupun sudah pasti belum cukup
yang termampu dek diri yang lemah ini hanyalah
mendoakan agar dirimu 
sentiasa dirahmati Allah
dipayungi lembayung rahmatNya
dimaafkanNya daripada semua salah dan silap
diberikan hidayahNya yang berterusan sampai bila-bila
dimurahkan rezeki dan dilimpah ruahkan rezeki sehingga
tempiasnya dirasai oleh semua 
baik yang jauh mahupun yang dekat di sisi
moga dijadikan usia yang berbaki ini
satu tempoh masa penuh rahmat dan bermakna
moga gagahmu tak berkurang 
senyumanmu tak lekang dari bibir
akalmu tak tercantas dek pedang
dan jiwa mu tak berkocak 
umpama tasik besar yang tenang
damai lagi mendamaikan hati yang memandang 
selamat, selamat, selamat dan selamat ulang tahun kelahiran
daripada seorang yang melambai-lambai di perantauan

p/s : moga sekalian pembaca turut mendoakan insan yang teristimewa ini. ucapan terima kasih didahulukan untuk semua




Friday, March 25, 2011

kegilaan

sesungguhnya aku mengalami masalah kegilaan semenjak dua ini
otak aku berpusing dengan terlalu pantas sampai aku tak boleh nak menyesuaikan diri
dah berapa kali aku lintas jalan nak bersentuhan dengan kereta-kereta arab yang penyayang
dan semalam ialah klimaksnya yang pertama

Tuesday, March 22, 2011

aku dan minuman

umum tahu aku bukanlah seorang sentimental
seorang beremosi yang tak terkawal
seorang yang mempunyai perasaan sayang yang melimpah ruah
tetapi siapa yang aku nak tipu...
mana mungkin aku mampu mendustakan perasaan aku sendiri
jadi aku ingin membuat pengakuan....

Friday, March 18, 2011

aku dan bola

aku dahulu selalu main bola
ini cerita masa sekolah rendah
aku jadi pemain pertahanan
aku suka tackle orang secara ganas
keganasan aku amat masyhur sekali
aku masih ingat muka rafie merah-merah akibat marah

Thursday, March 17, 2011

aku malaysia dan mesir

seperti yang dikatakan hari ini post tentang masa aku duduk malaysia
walaupun sebenarnya nafsu aku nak tulis tentang bola
tetapi tak apalah
hari itu aku pertama kali pulang ke malaysia selepas setahun setengah di mesir
setakat ini perjalanan kapal terbang aku semua masih percuma

Thursday, March 10, 2011

perasaan, relativiti dan matematik bahagian 4 (akhir?)

sila baca dari bahagian 1, bahagian 2, bahagian 3
kalau tak memang kau tak kan faham entri kali ini
dan ya macam biasa 

awas: entri ini banyak menyumbatkan teori-teori sesat dah fahaman-fahaman sesat

apa reaksi kau semua bila membaca tiga entri sekuel daripada aku?
dan ini pengakhirannya

Friday, March 4, 2011

perasaan, relativiti dan matematik bahagian 3

awas: entri ini banyak menyumbatkan teori-teori sesat dah fahaman-fahaman sesat

bersambung dari bahagian 1 dan bahagian 2

jadi setelah dibaca-baca apa sebenarnya motif aku menulis post ini?
walaupun aku suka matematik dan relativiti
tetapi akhirnya aku terpaksa mengaku
tiada formula khusus untuk mengukur perasaan manusia
kenapa?

Thursday, March 3, 2011

perasaan, relativiti dan matematik bahagian 2

awas: entri ini banyak menyumbatkan teori-teori sesat dah fahaman-fahaman sesat


bagaimanakah pula dengan tahap kegembiraan seseorang itu?
dan tahap kemarahan, atau kesedihannya ?
pada aku, kita kena melihat pada peratus lonjakannya daripada nilai asas
katakan jiwanya berada dalam +20
kemudian dia mendapat hot dog yang merupakan kegemarannya
maka nilai hot dog itu ialah +5
jadi kini berlaku lonjakan sebanyak 25%

spin-off hujan

sebelum subuh tadi hujan agak lebat
aku pun tutup lampu tengok pertunjukan langit sebentar
cantik betul
baru aku sedar
dah lama rupanya aku tak tengok hujan lebat
kali ini biar aku mengahayati persembahan langit
dengan hati yang berdentum
dan bergelojak
bila mungkin ketenangan selepas hujan itu datang
entahlah
tetapi itu satu saat yang aku nanti-nantikan

Wednesday, March 2, 2011

perasaan, relativiti dan matematik bahagian 1

awas: entri ini banyak menyumbatkan teori-teori sesat dah fahaman-fahaman sesat

aku gemar akan matematik
jadi entri kali ini akan banyak menggunakan ilmu matematik tingkatan 1
aku dari kecil biasa berfikir bahawa
perasaan manusia ini ibarat nombor
boleh tertolak dan tertambah bergantung kepada kejadian yang berlaku (x, y atau z)

Thursday, February 24, 2011

pengajaran

semua orang dah tahu cerita budak mesir
aku sekadar nak buat selingan pendek sahaja

Wednesday, February 16, 2011

aku dan makanan updated 2

entri kali ini bukan entri ilmiah dan pengalaman
aku pun sebenarnya tak cerita pengalaman ganas-ganas dalam blog ini
sebab setiap kali aku nak tulis
aku teringat masalah superior complex aku
jadi aku malas nak menyorongkan bantal pada sifat itu
aku balik malaysia benda paling aku biasa buat ialah makan

Monday, February 14, 2011

Kali Pertama

hari ketiga aku di malaysia
dengan berbekalkan baju dan seluar adik aku form 3
aku keluar buat kali pertama sejak berada di malaysia
inilah kali pertama aku seumur hidup untuk

Thursday, February 10, 2011

Perancangan

sungguh lama aku tidak menulis
bukan apa aku kan pelajar
jadi kenalah belajar
dan bukan senang nak aku belajar
jadi bila dah dapat semangat aku tak boleh sia-siakan
kahkahkah
padahal tak menulis tetapi lepak rumah orang main kad terup

Thursday, January 6, 2011

willpower

willpower.
if there is anything that i yearn for in my life
it is definitely willpower
reality world unlike manga
require me to do some efforts to excel