sebelum subuh tadi hujan agak lebat
aku pun tutup lampu tengok pertunjukan langit sebentar
cantik betul
baru aku sedar
dah lama rupanya aku tak tengok hujan lebat
kali ini biar aku mengahayati persembahan langit
dengan hati yang berdentum
dan bergelojak
bila mungkin ketenangan selepas hujan itu datang
entahlah
tetapi itu satu saat yang aku nanti-nantikan
No comments:
Post a Comment