mungkin ramai yang tahu cerita v for vendetta
dalam cerita itu antara catchphrase dia ialah bila v mengajak sidang umum [ macam kuliah agama pun ada aku rasa kahkahkah ] untuk mengingati tarikh 5 november
dengan ayat
Remember, remember the 5th of November. The gunpowder, treason, and plot. I know of no reason why the gunpowder treason should ever be forgot.
aku nak bercerita tentang kehidupan aku pada 6 november
bosan bukan, tetapi aku peduli apa miahaha
memandangkan hari itu hari raya
aku tidur awal
lantas sudah semestinya aku bangun awal
4.15 pagi aku dah terjaga
tetapi sebab subuh pukul 4.30 aku pun mengomel sendirian
" awal lagi, guling-gulinglah kejap "
kali kedua aku sedar dah pukul 5.15
aku pun bangun sebab tengok budak bilik aku bangun
siap-siap sembahayang subuh
lepas itu memandangkan teringat hari raya eiduladha
aku pun mula ketip kukulah, mandilah apa bagai
lepas itu masalah pertama timbul
" sembahyang raya pukul berapa doo ? " aku tanya a**ar
sekali dia pun tak tahu
kami pun keluarkan kepala tengok masjid bawah rumah
disebabkan confused dah sembahyang ke belum
aku pun keluar dengan dia cari masjid biasa aku sembahyang jumaat
sekali kosong
aku macam, " adoi, tak kan terlepas sembahyang raya tahun ini isk "
tension punya hal, kami pun bercadang ke rumah kawan lagi satu
jalan punya jalan, jumpa senior
tanya-tanya rupanya belum mula lagi,
kami pun follow dia sembahyang masjid sayyeda zainab [ siapakah dia, cuba cari ]
siap solat, aku pun berjalan dengan kelajuan cahaya balik ke rumah
almaklumlah sakit perut dari sebelum solat raya lagi kahkahkah
[ maaflah pakcik-pakcik yang duduk khutbah sebelah saya kahkahkah ]
dahlah khutbah raya agak lama
sampai-sampai rumah tak ada kunci
aku pun berlari ke tempat tunggu bas ke tempat melapah
ambil kunci dan balik dalam masa yang singkat
selesai semua kehendak
pergilah melapah
tahun ini aku tak berapa aktif sangat memisau
aku sekadar tumbangkan unta [ ada ke jari aku tersepit antara unta dengan batu masa mereka tarik unta yang tengah baring isk ]
aku kerja membebel cara-cara melapah sambil menarik kulit [ bajet pro padahal noob ]
lepas itu aku tag team dengan member aku seorang untuk selesaikan satu peha unta
lepas selesai baru makan sarapan
disebabkan makanan tengah hari lambat
aku balik awal untuk tolong memasak jamuan raya perubatan esok
balik-balik baru sedar aku demam dan sakit tekak
padanlah ada senior kata badan aku panas tadi [ lepas itu aku jawab, " badan aku memang panas bila buat kerja " * muka yakin * kahkahkah ]
disebabkan daging tak sampai lagi
aku pun makan tofiluk 2 bungkus dengan roti [entah zaman bila punya ] sekeping sebagai makan tengah hari
aku pun tidur sekejap dekat pukul 3
lepas asar, dalam pukul 4 aku pun gerak nak tolong p**ot masak
sekali tak sampai lagi daging
katanya pukul 5 baru sampai
aku pun naik atas tidur sekejap
lepas dengar azan sembahyang maghrib aku turun
sekali tak sampai lagi [ isk ]
aku pun duduk berbual sampai isyak
lepas isyak baru daging sampai
lepas itu main potong-potong bawang, daging segala bagai semua
sampailah pukul 11.15
lalu [ peh ] pergilah aku mengambil tong gas spare sekejap
rezeki murah dapat makan di rumah nabl
balik rumah kejap sembahyang isyak mandi apa bagai
datang balik dan sambung memasak sampai subuh
lepas subuh terus aku balik rumah sembahyang dan pengsan sampai zohor
inilah aktiviti raya/ hari jadi aku
dengan demam dan sakit tekaknya
lively betul
biasa aku tidur sahaja hari raya kahkahkah
................................TAMAT................................
p/s: sebenarnya aku malas nak wish orang birthday di facebook
jadi aku pun buat keputusan
lepas ini aku hanya wish orang yang wish aku
alhamdulillah tak ramai
senang hidup aku
kahkahkah
satu lagi terima kasihlah yang wish !
nanti sampai masa aku balas hekhek
doakanlah demam aku kebah, batuk aku aku berhenti, hidung aku tak tersumbat, tekak aku licin dan kacak aku bertambah
budak malas, bila tak dapat buat, dia tidur [ macam aku ] |
sekarang kena fikir nak makan apa hari ini
hmm
entri macam perempuan.
ReplyDeletehahaha. cepat sembuh cepat sembuh
ReplyDeletewani: kau tulis macam ini ke ?
ReplyDeletekalau bukan macam ini maknanya .....
kahkahkah
qienah: kau pun cepat sembuh, cepat sembuh
ape.
ReplyDeletetak ada apalah
ReplyDeleteotak aku masih lembab dan malas
laahhh,hari jd ko smlm?
ReplyDeletehaha,sanah helwah,baru 20 rupanyaa..
lebih kurang noni je ko ni,masa lahir dulu mesti duk sebelah-sebelah kat wad kann? ;D
ya semalam
ReplyDeletekenapa, muka aku macam pak cik umur 38 tahun ke isk
mana boleh duduk sebelah-sebelah
ikhtilat
kahkahkah
aku baru terfikir maa benda ini
ada betul juga cakap kau hmm
eh lupa, terima kasih !
ReplyDelete'eid milad sa'eed abul! semoga hidup sentiasa diberkati~
ReplyDeletesyukran gazilion sarah !
ReplyDeletesemoga hidup kita semua diberkati, inshaAllah :D
waah! korang kt cairo merewang lelaki yg buat eh?
ReplyDeletebukan girls?
wah wah wah
mo kawen dgn org cairo la mcm ni
senang hidup. makan je
hik hik hik
owh patutla demam
kerja keras ko
;)
sihat dah kan ;D
ada juga lauk yang perempuan buat aku rasa
ReplyDeleteaku tak tahu seabb aku tak datanglah jamuan haha
kahwinlah dengan orang cairo
pak cik arab atas rumah aku pun boleh hahaha
tak keras pun
sihat dah alhamdulillah