dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Friday, June 24, 2011

AK dan orang-orang #1


orang 1 : apa benda yang mudah di beri, sukar diterima dan amat sukar di buat

AK : nasihat.
.................................................................................

orang 2 : apa yang boleh buat benda cantik nampak buruk, benda baik nampak jahat dan benda kecil nampak besar ?

AK : prejudis.
.................................................................................

Sunday, June 19, 2011

kahwin

amaran : tulisan kali ini merepek dan tidak berfaedah

aku nak cerita tentang mimpi aku yang amat menusuk kalbu
aku pun dah tak berapa nak ingat sebenarnya
jadi mungkin ada sebarang dua tokok tambah diletakkan kahkahkah

Tuesday, June 14, 2011

penjelasan

Kisah seekor rama-rama
 Cerita seekor rama-rama yang memilih untuk terbang. Walaupun dia terpaksa melupakan misi kehidupan dia yakni melahirkan zuriat [ nama pun binatang ] untuk mengejar kebahagiaan yang sementara

 Dia terbang dengan pantas ke arah jalan mati walaupun dia bakal mati terbakar. Tetapi kesukaan dia pada cahaya membuat dia tetap tergesa-gesa ke arah api

Dia tahu nyawa dia akan hilang di lautan api tersebut tetapi apa yang dia boleh buat kalau dah terlalu suka ditambah dengan hati yang lemah untuk terus bersabar
  
Ya, dia tahu dia ada pilihan lebih baik  tetapi nak buat macam mana kalau badan di kawal oleh cinta dan bukannya akal yang waras

Apa yang lagi sedih daripada tahu yang kita akan mati tak lama lagi, tetapi kita tak mampu berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan tersebut kecuali terus menunggu saat tersebut hadir dengan hati yang berkecamuk untuk memilih antara kesukaan ataupun nyawa

 Sama ada dia betul atau salah. Biarlah orang lain yang tentukan

Tolong jangan cepat menghukum kerana nasi dah pun menjadi bubur

Sedih betul kisah seekor rama-rama yang cantik ini

Saturday, June 11, 2011

oh nice !

oh nice 
rasa pengalaman ilmu tak berkat
dekat rumah hafal sebiji-sebiji
masuk exam tengok soalan terus lesap dalam kepala
oh nice
itulah siapa suruh kuat mengutuk dan mengata
kan dah rasa
oh nice
aku tak pernah nazar seumur hidup aku
tetapi kalau aku lulus exam physiology kali ini aku ingat nak puasa seminggulah
oh nice 
memang nice

Wednesday, June 8, 2011

A butterfly's plight

A butterfly's plight  

what is more saddening
than a butterfly
who chooses to fly
abandoning its long-life mission
cutting its own blood lineage 
only to chase after a moment of bliss

Monday, June 6, 2011

aku nak sepak orang

aku nak sepak diri sendiri !

* minum milo *

Argh !

* tersepak cawan milo *

Argh !!

Wednesday, June 1, 2011

Moist chocolate cake

aku tak berapa suka makan kek sebenarnya
tetapi aku suka makan kek coklat dan boleh makan kek kukus
kek kukus itu pun sebab mak aku setiap tahun masak dan itu kek favourite ayah aku
jadi selaku anak yang taat kenalah aku makan kek itu
kahkahkah
kek di mesir tak berapa nak sedap sebab dia punya tekstur dia tak kena dengan jiwa aku
muahahah
demand betul aku