lantas terlintas padaku
dalam mencapai kejayaan
mesti ada cabaran
kalau ingin mencari sagu
ruyungnya harus dicari dahulu
usai memecah ruyung barulah dapat sagunya
apakah sagunya,
apakah ruyungnya
dalam hidup seorang pelajar
aku masih terapung di awan maya
terbang dalam mencari
apa yang dicari
aku pun tertanya
mampukah diri memecah ruyung
jika batuk tak kena pada tempatnya
bukan di tempayan tetapi di tangga
bukan memudahkan bahkan menyusahkan
kalau terbasah anak tangganya
mungkin terjatuh orang yang meniti
hati masih kelabu
tak tahu yang mana yang putih
yang mana yang hitam,
yang mana yang bersih
yang mana yang kelam
terbang dan terus terbang
seperti layang-layang terputus talinya
kok tersangkut di rantingan
kok tenggelam di bendang
hanya angin yang tahu
arahnya mana
hati kecil bertanya lagi
semangatku seperti bara
yang panasnya berguna
bila digenggam menjadi arang
atau tahi ayam yang baru keluar
panasnya sebentar dan tidak berguna
kalau digenggam digelar dungu
terbangku seperti pipit ataupun enggang
tinggi terbangnya
atau tinggi bualnya
sekuat kudratnya badang
atau sekuat soraknya kadok
aku mahu bebas dari belengu angin
yang meniupku ke hulu ke hilir
tanpa arah yang pasti
aku mahu mendarat
di tangan tuanku
yang dirindui
izinkan aku berehat
hati kecil bertanya lagi
semangatku seperti bara
yang panasnya berguna
bila digenggam menjadi arang
atau tahi ayam yang baru keluar
panasnya sebentar dan tidak berguna
kalau digenggam digelar dungu
terbangku seperti pipit ataupun enggang
tinggi terbangnya
atau tinggi bualnya
sekuat kudratnya badang
atau sekuat soraknya kadok
aku mahu bebas dari belengu angin
yang meniupku ke hulu ke hilir
tanpa arah yang pasti
aku mahu mendarat
di tangan tuanku
yang dirindui
getus jiwaku
aku sudah penat
izinkan aku berehat
:) berehatlah
ReplyDeletetengah berehat sebelum meletup
ReplyDeleteseperti tenangnya alam
sebelum ribut
peh!kemas...
ReplyDeletekau faham ke anas? kahkahkah
ReplyDeletehebat, mantap~~
ReplyDeletexsangke ko jiwang jugak
ReplyDeletemuka je ganas. keh keh keh
nice.
ReplyDeletecool.
ul: baik kau baca histo sanalah kahkahkah
ReplyDeleteizyan: ini bukan jiwanglah haish
aziellah: lama tak nampak !
feeewiiitt
ReplyDelete=,='''
ReplyDelete