dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Wednesday, September 21, 2011

tercalar teruk [ updated ]

kehambaran blog aku ini seolah-olah menjadi tanda
untuk satu peristiwa buruk yang bakal melanda
setelah menghambarkan blog ini sekian lama
semalam, reputasi aku selaku beruang lapar sudah tercalar teruk
ini bukan sedikit-sedikit punya cerita
ini kes kancil kena langgar lori treler 80 tayar
memang tahap beruang grizzly punya catastrophe

Thursday, September 15, 2011

bunian kau mana ?

beta penat dan mahu berehat
kakak bunian pun tak dapat jumpa ahah

p/s: dapat tambahan inventori baru. blindfold kacak, cuma macam agak kecewa dengan keketatan ikatannya
peh aku pun tak faham

Monday, September 12, 2011

berjalan-jalan demi perut tercinta

semenjak dua ini rajin pula aku berjalan
entahlah aku pun tak tahu kenapa
kalau dahulu aku memang malas gila beruang nak berjalan
balik kampung pun malas
sekarang sampai 3 hari aku melepak sana
itupun sebab ada orang nak datang raya kalau tak mungkin lagi lama

Friday, September 9, 2011

berkabung

aku tengah berkabung kerana kehilangan teman yang dah setahun bersama
moga puas hati pihak-pihak yang cuba memisahkan kami

Tuesday, September 6, 2011

pengakhiran

pang ! pang ! pang ! pang ! pang ! pang ! 

bunyi tembakan dilepaskan bertalu-talu antara Adlina dan Hasan
semuanya kerana sebiji beg berwarna silver di atas meja makan rumah aku
aku dan ibu hanya memerhati dari belakang

pang ! pang ! pang ! 

beberapa das tembakan Hasan mengenai Adlina namun seperti tiada kesan
"robot agaknya Adlina ini " ujar hatiku