dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Monday, August 13, 2012

makan malam bukan makan dalam

masih lagi cerita selepas habis exam
esoknya setengah lagi ahli beit aku pindah rumah
rumah lama mereka tingkat 3
rumah baru kami tingkat 11

yang paling bestnya bila lori datang lambat gila
dari pukul 9 pagi, dia punya lajak sampai pukul 3-4 petang macam itu
memang rasa nak tikam-tikam kucing berdekatanlah dibuatnya
nasib baik aku memang jenis tidur pagi bangun tengah hari
jadi tak ada hal lah sangat

yang lagi best bila lift tak boleh pakai buat angkat barang
angkatlah pakai tangga
disebabkan tenaga tak adalah banyak mana 
upahlah arab
kentang betul kaum arab ini
angkat peti sejuk, dapur dengan mesin basuh 11 tingkat
badan lebih kurang aku saja

aku memang tak adalah nak buat kerja gila
aku angkat benda ringan sudah
dah berumurlah katakan
pinggang pun tak kuat mana
kahkahkah

malam itu ada makan-makan akhir tahun
nama majlis, malam kita-kita aje
aku memang tak terlibat langsunglah

Friday, August 10, 2012

mengejar fatamorgana

wujud kau bagai fatamorgana, 


ku lihat kau menjelma dekat sahaja,