dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Friday, October 28, 2011

kan ?

ada orang kata hidup ini macam larian marathon
lama, memenatkan dan memerlukan usaha yang berterusan

kadang-kadang boleh tergolek dan  luka
tetapi kalau ada quarter master di sebelah
boleh tolong balutkan luka
tolong kipaskan badan
macam kawanlah dalam hidup

kalau sesat boleh tengok penanda jalan
macam cikgu dan baca buku-bukulah dalam hidup

kalau sunyi ada guru pengiring memerhati larian kita 
macam ibu-bapa, adik beradik dalam hidup

Sunday, October 23, 2011

pandangan jelas sebab tak rabun

bagi sesiapa yang ingin membaca tulisan terbaru aku
boleh buka link bawah
aku malas nak copy paste masuk sini
sedikit amaran
tulisan itu bernada serius dan mempunyai unsur ilmiah
jadi mungkin membosankan
agak nak baca, bacalah
kalau tak nak aku peduli apa 
bukan aku ada nuffnang pun dapat duit tulis blog 
kahkahkah

Thursday, October 20, 2011

seribu alasan dan sebab

bukan aku tak nak menulis
tetapi aku tak mampu menulis

bukan aku tak nak bercakap
tetapi aku tak boleh bercakap

bukan aku tak nak mengarut
tetapi aku tak  sepatutnya mengarut

bukan aku tak nak merasa
tetapi bukan sekarang masanya

bukan aku tak nak bersama 
tetapi bukan ini jalannya

bukan aku tak nak jalan bersama
tetapi bukan ini haluannya

bukan aku tak mahukannya
tetapi bukan begini caranya

Tuesday, October 11, 2011

barely keep up and going to give up

he who had nothing but tounge
can do nothing but sang
felt nothing but drunk

he who walks alone in the alley
hoping to get killed by anybody
for who he love is gone eternally

Tuesday, October 4, 2011

yang dibaca dan yang sebenarnya

situasi 1


pak cik Murtabak seorang peminta sedekah di sebatang jalan yang sunyi
di jalan itu ada sebuah pejabat baru, tempat bekerja seorang pemuda berusia 30-an, Badang

" laparnya perut aku, dah 2 hari aku tak makan, isk, kenapalah, bilangan orang-orang baik dah berkurang sekarang " keluh pak cik Murtabak

beginilah nasib pak cik Murtabak, hidupnya mengais simpati orang lain,
kalau ada yang menderma makanlah dia, kalau tak ada berlaparlah dia
hujan lebat yang melanda 2 hari lepas menyebabkan dia tak dapat duduk mengemis
hanya air sahaja yang ditelannya bergelen-gelen untuk menghilangkan rasa laparnya