dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Wednesday, July 27, 2011

sabar

sebenarnya banyak peristiwa yang tak sedap berlaku semenjak dua ini di mesir
ada kawan tak berapa sihat [ doakan dia sembuh ]
tetapi fokus aku ialah kes pelajar dizalimi


contohnya ustaz alang [ kawan ] kena buang daripada darul ifta [ tempat dia buat master ]
lepas itu ura-ura pelajar azhar yang ikuti besih di mesir akan di buang
ura-ura pelajar terengganu yang ikut bersih akan di tarik zakat
ura-ura ada budak nak kena buang asrama 
pada aku, ini satu sifat yang sungguh hodoh sekali
ada beberapa persoalan yang timbul

1) wajarkah mereka dihukum, atas sebab apa ?
    adakah disebabkan mereka berkumpul untuk tanda tangan dan memakai baju kuning ?
    apa rasional tindakan ini ?
    apa kesan yang diharap dapat dicapai daripada hukuman ini ?
    adakah kesan tersebut berjaya dicapai sekarang ?
2) jika wajar, apakah tahap hukuman yang wajar diberikan
    adakah buang terus daripada universiti dan penarikan zakat tanpa perbincangan itu wajar ?
    apakah kesan daripada hukuman ini kepada pelajar, dan pegawai ?
    dari manakah idea hukuman ini diperolehi ?
3) adakah ada pihak lain yang terlibat ?
4) mengapa ada pihak lain yang buat aktiviti yang sama tak di ambil tindakan ?
    banyak pelajar lain di negara-negara lain turut mengadakan benda yang sama tetapi tidak dihukum
    jadi, adakah ini hasil mujtahid para pegawai mesir atau pegawai di kementerian ?
    adakah hukuman ini bersifat peribadi atau professional ?
    adakah hukuman ini dipengaruhi oleh pemikiran politik yang berbeza, atau apa ?
5) halangan ke atas duit zakat. 
    bukankah duit zakat itu antara yang berhaknya orang yang pergi belajar. 
    bukankah ini satu bentuk kezaliman kerana menghalang seseorang kepada benda yang dia berhak ?
    siapakah yang sebenarnya layak mengawasi duit zakat ?

aku ini taklah baik mana
kerja kutuk orang dengan menyindir orang sahaja
tetapi aku taklah jahat sampai nak kacau orang lain belajar
bukannya dia nak belajar benda tak elok
dia nak belajar agama
lepas itu bila ada masalah sosial complain macam burung kakak tua
bising-bising tetapi tak faham apa yang dia bisingkan

ya, kita semua ada pemikiran yang berbeza
tetapi dalam soal kezaliman, 
kita patut bersatu
mana tahu, hari ini hari dia yang dizalimi, 
esok hari siapa yang kena ?

kalau seorang yang ada machine gun lawan dengan 3000 orang pakai penumbuk rasa kau siapa menang ?
aku biasa gelak-gelak
tetapi bila dengar benda-benda macam ini
hilang selera aku
jadi mari bersama-sama kita berdoa
kalau ada yang dizalimi mereka diberi bantuan dan kekuatan mental dan fizikal
kalau ada yang difitnah moga dibersihkan daripada tuduhan

p/s: 
lepas itu aku dengar ada yang kata " padan mukalah ", 
" berani buat, berani tanggunglah "
satu sahaja aku nak tanya
dah lapar sangat nak makan kaki aku ke apa ?
* muka ketat, gigi cengkam, penumbuk erat, mata merah, tangan berketul * 

baru ingat. rejim exercise aku cuti ini macam gagal sahaja kahkahkah


banyak sangat soalan aku hari ini haish
universiti aku menggelabah ayam betul
entah bila nak keluar result aku pun tak tahu
dahlah aku ada banyak benda nak kena fikir sekarang

2 comments:

  1. siyes ke gitu?
    teruk tol aftereffect dia.
    aku doakan yang terbaik. insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. seriuslah
    sadis aku dengan ustaz-ustaz sini
    ish ish ish
    doa banyak-banyak sedikit :)

    ReplyDelete