melihat orang-orang yang menafsir kejadian dengan kepala otak mereka memang lawak dan menghiburkan.
malahan berani pula mengisi lohong-lohong peristiwa dengan igauan dan khayalan mereka.
mengapa perlu berpegang dengan sesuatu yang kabur jika sudah ada sesuatu yang konkrit ?
apa adakah tulisan-tulisan pemikir-pemikir agung yang lalu tentang perkara tersebut,
atau apakah mereka memandang tinggi diri sendiri sehingga menganggap mereka dapat menafsirkan sesuatu yang tiada langsung ulasan daripada pemikir-pemikir tersebut
atau adakah mereka memandang rendah kepada pemikir-pemikir tersebut yang pada hemat mereka terlepas pandang sesuatu kejadian itu.
sila ukur ilmu di badan sendiri sebelum mula berfatwa dan mengeluarkan fakta-fakta mengelirukan
jangan terlebih berfikir sangat [ overthinking ] dan jangan terlebih paranoid sampai tidak berpijak di alam nyata
jangan sampai takut keracunan makanan, kau mati kelaparan dengan sia-sia
maaf aku anti konspirasi
maaf aku anti teori-teori karut
jangan buang masa nak cerita teori konspirasi kau dengan aku
kalau setakat nak keluarkan bukti-bukti yang tak ada signifikan besar, nak bercerita dengan emosi maaf
aku bukan target audience kau
maklumlah setakat ini aku tak pernah jumpa lagi kitab karangan ulama ke imam-imam besar ke berkaitan teori-teori kau
mungkin ramai yang percaya teori-teori yang dikeluarkan itu
tetapi satu benda kita kena ingat
nak membezakan mana satu fakta yang benar dan yang mana fakta yang palsu dalam timbunan [ beribu-ribu ] fakta adalah sesuatu yang amat sukar dilakukan.
aku sendiri tak berani jamin aku boleh bezakan yang mana satu betul yang mana satu salah kalau dah ditimbun dengan fakta-fakta
sebab itu kena tengok dengan siapa kita berguru
daripada beribu-ribu teori yang dikeluarkan berapa banyakkah yang terbukti benar ?
atau sanggupkah kau mengambil risiko untuk mempercayai teori-teori tersebut
yang bermaksud mendapat satu cerita benar tetapi beribu-ribu lagi cerita bohong
maaf bukan sifat aku ambil risiko macam itu
you see what do you want to see
you hear what do you want to hear
you perceive what you want to perceive
aku paling malas nak berdebat yang tak ada tujuan
yang tak ada hujung pangkal
yang kalau aku betul dia tak terima
kalau dia betul aku tak terima
tak ada guna
bila nak buat sesuatu kena ada misi
dan aku tak nampak misi yang baik lahir daripada join perdebatan seperti di atas
sebab itu bila aku tengok orang bertengkar dalam facebook
aku buat bodoh
pada aku baik aku bancuh milo
kurang-kurang kalau buat makan cicah dengan biskut kuda kenyang perut aku
kalau dah prejudis, benda baik pun nampak buruk
marah benar nampak nya abul.
ReplyDeleteigtkan betul betul pegi kilang kicap
:D
marah itu kurang
ReplyDeletelebih kepada kecewa dan sedih
ramai sangat yang suka baca konspirasi dan percaya
dan ramai sangat yang suka percaya tulisan-tulisan yang entah siapa tulis
mcm terasa je aku part "konspirasi" tuh
ReplyDeletealah, chill la babe :D
maybe people just read it, u know
bukan percaya.
just baca to get moreee :D
sejak bila aku jadi babe aku pun tak tahu kahkahkah
ReplyDeletelagi satu jangan terasa lebih-lebih
sebab aku tuju ke orang lain ok
ahaha
owh lupa. chill la dude :D
ReplyDeleteact, aku sedih jugak.
bukan sebab org laen nak percaya atau x dgn bende bende ni.
itu hak diorg. kite xboleh nak paksa paksa kan?
sedih bila org laen xdpt nak terima dan hormati pandangan org laen and even worst, melenting.
making it more obvious buat status plak kt fb.
:(
selagi mana benda itu tak bertentangan dengan syara
ReplyDeletetak ada unsur fitnah
tak apa
tetapi bila dah langgar, hak dia dengan hak islam yang mana lagi besar
mestilah islam kan
memang senang cakap
hormatilah pandangan orang lain
tetapi sebenarnya susah tahu
nak terima pandangan orang lain yang bertentangan dengan kita tanpa melukakan hati dia
jadi katakan kalau kena kutuk tiba-tiba
kita sabar dan berharap agar diberi hidayah dan balasan yang setimpal baik/buruk kepada kita dan orang-orang tersebut
tetapi kalau akulah
aku tak kisah sangat orang nak melenting dengan aku
sebab kurang-kurang dia berterus terang
kalau orang yang diamkan sahaja
itu yang susah
sebab aku kan ganas
apalah sangat kutukan dan cercaan ini
kahkahkah
wuahahaha.
ReplyDeletebukan pasal post "izinkan sy" laa..
aku kesah die melenting kat aku
sebab we are a good fren. and terkejut. ^.^"
never thought it will end that way
:(
ha ?
ReplyDeleteizinkan saya ?
aku lost
btw you dont have to end it that way
you can always change the end lah