entri kali ini bukan entri ilmiah dan pengalaman
aku pun sebenarnya tak cerita pengalaman ganas-ganas dalam blog ini
sebab setiap kali aku nak tulis
aku teringat masalah superior complex aku
jadi aku malas nak menyorongkan bantal pada sifat itu
aku balik malaysia benda paling aku biasa buat ialah makan
jadi aku nak buat senarai makanan wajib makan di malaysia
kalau ada nak tambah sila tambah di ruangan komen
1)roti canai(tak kira sama ada double banjir ataupun apa)
2)capati kuah kari kambing ( ini kena kari kambing baru mantap)
3)daging salai masak kuning dengan pucuk ubi (ini kalau betul masak peh!!)
4)siput sedut masak kuning (aku tulis ini mengalir air liur aku)
5)burung puyuh goreng atau puyuh masak kuning (daging dia yang manis dan comel itu cukup menggoda)
6)nasi lemak (nak tambah ayam ke tak kisah yang penting sambal sedap dan banyak)
7)buah durian (aw man! lama tak makan)
8)rambutan (lagi-lagi rambutan gading peh!!)
9)roti telur double benteng ampangan (ini aku spesifik tempat lagi. memang mantap sayang kentang dia dah makin sedikit)
10)ikan sembilang salai masak kuning ( rasa nak menangis pun ada)
11)murtabak daging ganas (sebab aku tak berapa minat murtabak bawang dan mubarak)
12)cakoi terhangat (ini antara snek lazat yang terbaik)
13)tau fufa daud soya (yang warna hitam lagi sedap)
14)keropok lekor saiz hot dog ( aku suka saiz ini untuk di makan)
15)ikan selar goreng rangup di cecah dengan tempoyak super pedas ( air liur aku menitik-nitik)
16) sup cendawan,cendawan goreng,cendawan masak tumis (aku suka cendawan putih daripada cendawan butang)
17)air 100 plus super sejuk di dalam cawan besi berisi ais penuh (air kegemaran)
18)milo tabur unlimited
19)putu bambu dan piring
20)jagung rebus bermajerin
21)abc cendol dan lai chee kang(aku suka bunga dia)
setakat ini dahulu
nak beri pandangan boleh komen
kepada sesiapa yang berangan-angan akan aku
rasanya dah boleh perlahan-lahan belajar nak masak semua ini
kahkahkah
aku memang berlagak
amat tidak bagus untuk kesihatan ukhrawi
nasib baik kacak
kahkahkah
yang penting nak makan
jangan makan masa kenyang dan makan selalu benda sama
nanti nikmat kena tarik
sadis gila
p/s: yang berpotong itu tanda sudah dimakan sejak pulang di malaysia
updated
sedikit sahaja lagi
berusahalah abul!!
weh makan tak ingat dunia btol!!!
ReplyDeletemmg kejam T.T
ReplyDeleteair liur kau menitik-nitik
aku dah banjir haha
pikah: kita jangan kufur nikmat
ReplyDeletejadi makanlah selagi tak melampau-lampau
muahaha
nurul: kan kan kan. aku baca pun dah berselera gila. peh!
wow. banyak nye dah makan. jeles.
ReplyDeleteadoi. kesian bakal bini ko. hahaha
banyaklah
ReplyDeleteaku kan rajin
kau sahaja yang malas
kahkahkah
ok apa. dia dapat aku
kahkahkah
bajet gila ayat
kalau ada yang berangan akan kau pun mesti dah undur diri lepas baca. nafsu mengalahkan saiz badan. takut aku.
ReplyDeletebukan nafsu
ReplyDeletelagipun badan aku kan besar dan gagah
aku balik2 makan nasi lemak dgn kueh tiow terus.
ReplyDeleteaku nasi lemak dah makan
ReplyDeletekuey teow belum!
argh!!
celaka buat air liur aku meleleh!
ReplyDeletemencarut!
ReplyDeletekahkahkah
jemputlah datang rumah,
ReplyDeleteaku bagi kau cendawan goreng,abc,taufufa daud soya.semua akan dibeli di pasar malam ampangan.hahaha.
betul?
ReplyDeleteaku datang nanti tiada siap kau
kalau tak ada,kau belilah sendiri.bukannya jauh pun pasar malam tu dengan rumah kau.
ReplyDeleteaku malaslah
ReplyDelete