dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Thursday, June 24, 2010

kawan aku

aku dedikasi entri kali untuk kawan aku di malaysia
aku rasa macam nak menangis pun ada bila dapat wall post dengan mesej mereka
walaupun kalau nak di ikutkan muka ketat aku ini
memang macam tak masuk
tetapi ini cerita benar

kau tetap dalam ingatan

Saturday, June 19, 2010

sajak tika malam purnama

Oh malam yang mengundang lara,
kekelaman yang mencengkam jiwa,
tika... ramai anak adam dan hawa,
dihasut syaitan berhati durjana;
termenung aku di beranda,
adakah aku bersama mereka,
yang hatinya... senantiasa lalai dan alpa,
apakah tujuan mereka di dunia,
apakah peranan mereka;

Friday, June 18, 2010

IRC

selepas menjawab kertas biochem
aku renang-renang di laman sesawang yang ada
aku pun ada idea menarik
aku nak belajar IRC
kalau di windows platform dia ialah mIRC
kalau orang tua aku 3-4 tahun mesti tahu pakai
sebab masa zaman mereka mIRC ini yang dipakai untuk urusan sembang di alam maya
aku ada baca tutorial dan manual cara nak pakai
tetapi senang lagilah kalau ada orang tunjukkan
faktor-faktor yang merangsang aku ialah
banyak benda underground di IRC
itu yang mantap!!!