dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Tuesday, April 30, 2013

another perspective of view

amaran: tulisan kali ini sangat panjang. kalau tak tegar jangan baca

Muqaddimah

sesiapa yang mendalami ilmu medik pasti akan belajar dua perkara penting
  • Ilmu mengenai mana-mana penyakit
  • Format mendiagnos penyakit
kedua-duanya menggunakan format yang berbeza

semasa belajar mengenai penyakit,
kita akan belajar tentang 3 benda

Wednesday, April 17, 2013

bayang-bayang

jika gembira itu adalah cahaya
dan gelap itu adalah duka
maka aku adalah bayang-bayang daripada keduanya

waktu gembira, aku ada
waktu berduka, aku tetap ada
tidaklah terang itu membunuh bayang
dan tidaklah pula gelap itu menghilangkan bayang

Thursday, April 4, 2013

senyuman

kalau perasan, aku secara kebiasaannya mesti senyum agak pelik
baik dalam gambar mahupun secara langsung
aku tak tahu macam mana nak senyum secara natural
hence, a forced smile

mungkin selalu sangat senyum tanpa makna
smile, just for the sake of appreciating that person 

aku memegang satu kaedah
bila orang buat lawak atau perkara yang memerlukan respon, 
maka senyuman adalah respon paling minima yang harus diberikan
kaedah ini sangat dipraktikkan bila berbual dengan arab mesir
kebanyakan mereka suka berjenaka, 
walaupun ada jenaka mereka yang agak kasar dan tak kena 
bila aku senyum dan ketawa maka mereka seolah bergembira
dan akan buat aksi salam dengan kuat mereka tanda gembira dan sekepala