dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Sunday, August 22, 2010

tajuk

cepat betul masa berjalan
sedar-sedar dah 12 ramadhan
18 hari lagi 1syawal
26 hari lagi kelas mula
aku rasa macam tiada pencapaian cuti ini
maknanya aku kena pantas membuat sesuatu
rancangan besar aku semua tergendala
nak kena buat rancangan baru
aku ingat nak beli desktop baru
bukan sekaranglah
aku nak fikir dahulu

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Kareem

aku tulis entri kali ini lepas aku baca kawan aku punya post
menarik aku suka
aku banyak idea nak tulis
tetapi bila idea datang aku suka imaginasi
aku nak tulis apa, apa respon dia, apa jadi lepas itu
aku buat simulasi penuh
lepas itu aku tak tulislah entri tersebut sebab aku dah buat simulasi penuh
faham ke tak ini??

Monday, August 2, 2010

ramadhan

syaaban nak habis
ramadhan dah nak tiba
mari kita persiapkan diri dan
menjauhkan diri golongan yang di celakakan oleh Rasulullah SAW
orang yang ramadhan datang padanya tetapi tidak mendapat keampunan

p/s: aku tengah pindah rumah.
aku tak tahu nak cerita tentang rumah aku ke tidak.
macam malas sahaja