dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Friday, December 31, 2010

aku dan laptop

ya, aku baru sedar
aku asyik salahkan laptop
mula-mula buka laptop
tengok internet apa ada

Saturday, December 25, 2010

generalization??

mula-mula aku ingat nak buat post "5 misconception about abul"
tetapi tak mengapa, esok-esok aku lapang aku tulis
berbalik kepada tajuk kita.
G.E.N.E.R.A.L.I.Z.A.T.I.O.N.
ini adalah masalah kebanyakan kita sekarang
kita cenderung untuk melakukan generalization kepada orang lain
tanpa kita sedari,
benda ini acap kali kita lakukan dalam minda separuh sedar
apakah itu generalization

Tuesday, December 21, 2010

abang?

entri kali ini bukan entri ilmiah,
aku hanya ingin menceritakan tentang panggilan nama
pada pandangan aku yang tidak kabur ini (sebab aku tak rabun).
buat pengetahuan, aku amat jarang-jarang sekali
memanggil orang yang lebih tua sedikit daripada aku [abang]
hatta abang biologi aku yang usianya kini mencecah 32 tahun
aku panggil dengan panggilan "abul" sahaja
dan aku mempunyai 7 orang abang termasuk yang sudah pergi
dan semuanya aku panggil dengan nama
dan adik aku juga memanggil aku dengan nama
ini bukan isu besar pada aku
tetapi aku pernah hampir-hampir dilayangkan kerusi dan penumbuk

Saturday, December 18, 2010

se

hari ini double post
kenapa nanti aku cerita pada entri akan datang
entri kali ini ialah teaser
kahkahkah

sila faham

bybjddb
miakb
bdbyb
jddb
miaakb
faham?
tidak bukan
kerana kelemahan aku menyampaikan maklumat
benda yang berisi jadi sia sia

Sunday, December 12, 2010

ironi

mahasiswa disuruh berfikiran kritis,
ironinya, mereka dikongkong dengan auku dan adik-beradiknya

semangat mengutuk israel dengan konco-konconya
ironinya, masih menyumbang wang kepada penyumbang mereka

menyuruh orang agama belajar sains kalau mahu bercakap tentangnya,
ironinya, bila ahli sains disuruh benda yang sama mereka mengamuk

Wednesday, December 8, 2010

oh bunga

ternyata kau jujur
ternyata kau berkata benar
ternyata aku terlebih prejudis
ternyata aku suka suu'zhon
ternyata kau wujud
bukan ciptaan fantasi seorang manusia
bukan mainan khayalan otak ini
bukan lakonan seni
yang dipentaskan untuk mendustai
kotak fikiran ini

Saturday, December 4, 2010

Si Bunga

ya kau
aku tak cakap tentang orang lain tetapi engkau
kau kata kau datang nak mengenali aku
aku kata kau salah tempat
aku kata kau lelaki kau tak mengaku
ya aku terima kau perempuan
aku tak kisah
pengetahuan kau lelaki atau perempuan tidaklah mengganggu kitar hidupku seharian
aku agak kasar dengan kau

Thursday, November 25, 2010

persoalan yang harus ada di dalam benak kita

melampau-lampau bukan benda yang bagus. 
dari segi pemakanan, kita dapat lihat dengan mudah. 
air putih pun kalau diminum secara melampau boleh membunuh. 
bagaimana dengan pemikiran? 
adakah berfikir secara melampau dibolehkan? 
adakah bertanya secara melampau dibolehkan? 
ditambah dengan penggunaan twisted logic adakah berbahaya ataupun tidak kepada kesihatan rohani kita. 
ironi semakin berlambakan. 

Saturday, November 20, 2010

Jom berusaha

http://www.mediafire.com/download.php?ludre5c5tts3294

cubaan mengejut diri sendiri

aku tak suka

aku tak suka blog berlagu!!!!
arghhhhhhhhh!!!!!!!

sekian terima kasih

Saturday, November 13, 2010

Amnesia

ya aku mudah lupa
dan ya cara termudah untuk membiasakan diri dengan keadaan baru ialah
lupa akan keadaan lama
dan ya aku banyak kali lupa
ya aku tak ingat nombor telefon orang
ya aku juga tak ingat hari jadi orang (termasuk hari jadi sendiri dahulu)
ya aku lupa keluarga kawan aku macam mana
ya aku lupa apa yang aku belajar hari ini dan semalam

Saturday, November 6, 2010

beruang dan aku siri istimewa

pada tanggal 6 november 2010
aku sedang makan di bazaar
tiba-tiba

beruang: assalamualaikum boss. apa khabar sihat?
aku: alhamdulillah. kau?
beruang: sihat. aku dengar hari ini hari jadi kau kan kan kan. selamat hari jadi sayang
kahkahkah
aku: terima kasih beruang. sayang kau padat-padat. kau buat aku tersenyum satu hari.

Friday, November 5, 2010

kebakaran yang melampau 2

sejak aku mengalami kebakaran tempoh hari
ramai yang terkena bahang

dan terbakar sekali
anda yang lain bila lagi?

p/s: sekali terbakar nak lagi

Monday, November 1, 2010

beruang dan aku siri 5

tengah-tengah bosan pergi melawat rumah beruang sebentar

aku: assalamualaikum beruang

beruang: kroh-kroh

aku: oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii beruang!!!!

Friday, October 29, 2010

beruang dan aku siri 4

aku tengah lepak dekat kutub utara tiba-tiba nampak seorang beruang tengah bersedihan

aku: assalamualaikum. kau kenapa beruang??

beruang: waalaikumussalam boss. aku tengah sedih boss sob sob sob

aku: eh, kau pun nak sedih juga. biasa aku yang sedih. cuba kau cerita pada aku yang kacak ini.mana tahu boleh membantu

Wednesday, October 27, 2010

beruang dan aku siri 3

di waktu senja yang menggamit jiwa
beruang baru pulang dari kelas mengaji beliau
tiba-tiba beliau terlihat bossnya sedang duduk di atas buaian rumahnya
beruang: boss buat apa itu??
aku: salam tiada apa tiada. tak beradab betul kau. nak kena siku laju-laju ke
beruang; maaf boss. excited tahap beruang tadi kahkahkah. assalamualaikum boss. boss sihat heee~~
aku: waalaikumussalam. aku sihat alhamdulillah. kau?? aku tengah baca buku sekejap
beruang: sihat juga. sayang boss dengan saya kan kan kan. buku apa boss baca itu?
aku: buku "The Prince" (TP) karya Niccolo Machiavelli dengan buku " Man From Mars, Women From Venus" (MV) karya John Gray
beruang: buku tentang apa itu boss?? macam menarik aku tengok

Sunday, October 24, 2010

beruang dan aku siri 2

pada pagi yang hening
kicauan burung menghiasi pagi itu
tiba-tiba
beruang: boss aku tengok semenjak dua kau macam ada masalah. kenapa boss??
cuba terangkan kepada kami para beruang
sambil memalingkan badan daripada mereka dan tangan di pinggul
aku bersuara
aku: Hmmmm. aku bukan apa beruang. aku memang ada masalah sekarang
beruang: apa boss?? ada orang buat hal dengan boss ke biar kami sepak dahi dia laju-laju
aku: aku, kalau nak sepak dahi orang laju-laju, aku buat sendiri, baru kacak
beruang: kami lupa yang boss kacak. maafkan kami boss
aku: tidak mengapa. nama pun beruang. kita tak boleh lari daripada membuat kesilapan. kita beruang biasa

Friday, October 22, 2010

beruang dan aku

lama aku berehat
kini setelah hampir pulih daripada kebakaran aku kembali menulis
kalau ada yang perasan semenjak dua ini aku banyak share link blog aku di facebook
beruang: oh abul mengapakah? kata underground??
aku: kau kena faham aku buat satu uji kaji
beruang: oh abul uji kaji apa?? kami beruang tidak tahu.
aku: aku nak melihat berapa ramaikah yang menekan link ke blog aku ini
beruang: macam mana keputusannya??

Tuesday, October 19, 2010

kebakaran yang melampau (edited)

awas, artikal ini menggunakan metafora yang banyak

oh minggu yang penuh dengan entri daripada aku
disebabkan oleh kebakaran dalam jiwa aku yang penuh dengan sifat ganas dan kekacakan semula jadi ini
kahkahkah
malangnya
kebakaran ini telah menyebabkan beberapa kesan tidak bagus kepada aku
contohnya:

Monday, October 18, 2010

longkang

awas, entri ini mungkin mengandungi unsur-unsur penipuan

entri sebelum-sebelum ini aku ada menyebut perkataan longkang
apakah itu longkang
words are given the meaning by people
longkang diberi maksud oleh aku ialah
cakap yang berunsurkan ketam, kerepek dan lobak serta di warnakan dengan sindiran secukup rasa
oh aku tak kisah kalau aku sahaja yang terlibat
tetapi kalau dah merebak susah aku dibuatnya

Sunday, October 17, 2010

3


di sebalik  keketatan yang amat itu tersembunyi sifat pemalu
oh apa yang cuba di sampaikan aku ini
ya ramai orang sedar tentang keketatan muka aku 
yang boleh mengalahkan baju ketat remaja malaysia sekarang
ada suara yang sayup-sayup kedengaran seperti 
bunyi kentut seseorang yang cuba cover


Saturday, October 16, 2010

RAGEEEE!!!!

apa itu rage?
rage bermaksud marah tahap dewa dan boleh membawa kepada perbuatan amuk
aku jarang mengamuk-ngamuk tak tentu hala
tetapi semalam aku terpaksa rage
ada budak arab buat perangai anjing dengan aku secara literallly
apa perangai anjing tersebut

Thursday, October 14, 2010

2

aku baru lepas layan sekuel godfather i, ii, iii
cerita yang menjadi kegemaran aku
ingat lepas ini nak layan v for vendetta
padahal dah tengok dua-dua movie ini banyak kali
tetapi tak pernah bosan sebab apa
Beneath this mask there is more than flesh. Beneath this mask there is an idea, Mr. Creedy, and ideas are bulletproof.
kahkahkah

Wednesday, October 13, 2010

Perkataan

kadang-kadang
perkataan yang kita sebut dengan orang lain mungkin sama
tetapi membawa maksud yang berlainan
kebanyakannya disebabkan pengalaman
pengalaman mengajar kita

Monday, October 11, 2010

German?

 Heute möchte ich auf einen Eintrag in Deutschland Post
aber da ich kippe sprechen Deutschland habe ich zu meinem Lieblings-Tool Google Translate verwenden haben

Sunday, October 3, 2010

Raya!!!

akhirnya aku beraya!!!
wohoooo
makan kuih raya
minum air sirap (belum buat lagi)
bermaafan
dan ziarah menziarahi
kahkahkah

Wednesday, September 29, 2010

jawapan

hari itu aku ada beri teka-teki
atas kapal terbang ada lori,
atas lori ada kereta
atas kereta ada motorsikal

atas motorsikal ada orang
atas orang??

Sunday, September 26, 2010

jangan baca kalau tak nak dikasari

memandangkan aku asyik disalah faham semenjak dua ini
yang mana aku ada berbual dengan orang yang aku tak pernah berbual sebelum ini
aku nak buat sedikit pengisytiharan

Friday, September 17, 2010

ulang tahun di mesir

beberapa hari lepas genap setahun aku di mesir
banyak pengalaman aku dapat
tetapi pencapaian aku agak kurang
aku ingat masa ini arab aku dah berhabuk tahap kilang gandum
tetapi belum lagi
tetapi satu perubahan yang besar telah berlakulah
aku rajin jalan sedikit berbanding dahulu
buktinya,

Friday, September 10, 2010

perutusan raya

selamat hari raya
minal eid wal faizin
tabarakallahu minhum wa minna
kullu sanah am wa antum bikheir
maaf zahir dan batin

Saturday, September 4, 2010

Lembu

semenjak dua ini
banyak masa aku habis dengan membaca blog orang
aku nak baca buku tiada buku
blog pun jadilah
ada yang aku mula dari awal
ada yang aku baru setahun terbaru sahaja dan lain-lain
pada aku, mahasiswa sekarang terlalu tertumpu pada pengkhususan
sehingga dia tinggal sains sosial, ekonomi, isu semasa dan agama
bukannya aku suruh dia buat associate degree ke apa, tetapi atas dasar dahagakan ilmu
dan ingin mempertajamkan hujah

Sunday, August 22, 2010

tajuk

cepat betul masa berjalan
sedar-sedar dah 12 ramadhan
18 hari lagi 1syawal
26 hari lagi kelas mula
aku rasa macam tiada pencapaian cuti ini
maknanya aku kena pantas membuat sesuatu
rancangan besar aku semua tergendala
nak kena buat rancangan baru
aku ingat nak beli desktop baru
bukan sekaranglah
aku nak fikir dahulu

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Kareem

aku tulis entri kali ini lepas aku baca kawan aku punya post
menarik aku suka
aku banyak idea nak tulis
tetapi bila idea datang aku suka imaginasi
aku nak tulis apa, apa respon dia, apa jadi lepas itu
aku buat simulasi penuh
lepas itu aku tak tulislah entri tersebut sebab aku dah buat simulasi penuh
faham ke tak ini??

Monday, August 2, 2010

ramadhan

syaaban nak habis
ramadhan dah nak tiba
mari kita persiapkan diri dan
menjauhkan diri golongan yang di celakakan oleh Rasulullah SAW
orang yang ramadhan datang padanya tetapi tidak mendapat keampunan

p/s: aku tengah pindah rumah.
aku tak tahu nak cerita tentang rumah aku ke tidak.
macam malas sahaja

Saturday, July 24, 2010

alhamdulillah

alhamdulillah
selamat pergi dan selamat sampai
satu musafir yang bermanfaat
moga-moga dapat pergi lagi
insyaAllah
moga Allah permudahkan
azkurullah, yazkuruk

Thursday, July 8, 2010

kecewa

aku kecewa betul dengan kaki aku yang menggigil semalam
aku lagi tertekan dengan orang yang meng-ungu-kan gambar aku
macam manapun rancangan aku nak botak gagal hari ini
tetapi aku akan cuba esok
doakan aku berjaya

Tuesday, July 6, 2010

kagum

masa aku mengarang ini pelawat aku berjumlah seramai 997
tak lama lagi akan mencecah 1000
terima kasih kepada mereka yang sudi membaca apa yang aku lontarkan
terima kasih dan terima kasih
aku akan berucap malam nanti
harap tiada apa terjadi
doakan aku

Saturday, July 3, 2010

aku punya rancangan

akhirnya aku berada dalam bulan 7
bulan yang paling sibuk kalau ikut jadual aku
mungkin orang lain cakap bulan 6 yang penuh dengan peperiksaan itu sibuk
tetapi tidak aku
bulan 7 banyak benda aku nak buat
habiskan peperiksaan akhir aku
dah habis nak pergi city star dan futsal
ingat nak angkat baju sehelai

Thursday, June 24, 2010

kawan aku

aku dedikasi entri kali untuk kawan aku di malaysia
aku rasa macam nak menangis pun ada bila dapat wall post dengan mesej mereka
walaupun kalau nak di ikutkan muka ketat aku ini
memang macam tak masuk
tetapi ini cerita benar

kau tetap dalam ingatan

Saturday, June 19, 2010

sajak tika malam purnama

Oh malam yang mengundang lara,
kekelaman yang mencengkam jiwa,
tika... ramai anak adam dan hawa,
dihasut syaitan berhati durjana;
termenung aku di beranda,
adakah aku bersama mereka,
yang hatinya... senantiasa lalai dan alpa,
apakah tujuan mereka di dunia,
apakah peranan mereka;

Friday, June 18, 2010

IRC

selepas menjawab kertas biochem
aku renang-renang di laman sesawang yang ada
aku pun ada idea menarik
aku nak belajar IRC
kalau di windows platform dia ialah mIRC
kalau orang tua aku 3-4 tahun mesti tahu pakai
sebab masa zaman mereka mIRC ini yang dipakai untuk urusan sembang di alam maya
aku ada baca tutorial dan manual cara nak pakai
tetapi senang lagilah kalau ada orang tunjukkan
faktor-faktor yang merangsang aku ialah
banyak benda underground di IRC
itu yang mantap!!!

Sunday, May 30, 2010

tekan

aku hari ini sedih
bukan apa pensel aku rosak
pensel kegemaran aku pula
*sigh*
ini semua ada hamba Allah punya kerja
masa aku tengah belajar itu dia main tangan aku
usik-usik
aku tak kisah
lepas itu dia main pipi aku
main-cubit-cubit pula
aku dah mula panas
aku cakaplah

Saturday, May 29, 2010

peperiksaan akhir

peperiksaan aku yang bertulis adalah dalam 7 hari lagi masa aku tulis entri ini
aku tidak mula membaca lagi
ahahha
ini bukan retorik biasa budak medik yang kata tak baca tetapi
sudah mengulang buku sampai tiga-empat belas kali
tetapi ini memang jujur seikhlas hati

Tuesday, May 25, 2010

tenang

aku sejak memasifkan facebook aku
aku rasa banyak rupanya masa aku
hari ini aku bangun aku masak bubur ayam
adalah dekat 4 jam aku masak
tetapi masa aku masak itu aku rasa tenang tak kelam kabut
siap rebus dan goreng ayam, pergi kedai beli daun sup, goreng bawang
tak pula aku rasa malas
tetapi bila aku nak baca buku (sekarang) aku malas
itu yang aku tulis entri baru ini
ahahaha
p/s: siapa baca blog aku mesti akan buang masa.
samalah macam orang yang tulis blog ini.
ahahah

Sunday, May 23, 2010

belajar

semenjak dua ini aku tidak belajar
malas itu memanglah
tetapi sebab utamanya aku sakit
aku bila sakit ini mulalah
gerak pun malas makan pun tidak berselera
tetapi esok aku mula belajar insyaAllah
sebabnya aku malas nak ambil dur tani
kuasa penggerak aku malas
ahahaha

Tuesday, May 4, 2010

Rawak

Lama tidak mengemaskini blog ini
bukan apa terfikir mungkin menulis bukan bakat semulajadi
tetapi kalau berusaha insyaAllah boleh menajamkan nukilan-nukilan yang ditulis
baru-baru ini kadang-kala selalu juga "jalan-jalan blog"
kadang-kala sampai terkorban kelas keesokannya ( perangai buruk jangan diikut)
banyak juga impak di dalam pemikiran dan penulisan
antaranya yang boleh dilihat secara zahirnya