dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Wednesday, February 29, 2012

tak ada point

A: bolehkah cinta itu dibeli, kalau boleh berapa harganya
D: mana boleh ! cinta itu kan tidak ternilai harganya
A: kau katakan cinta itu tidak ternilai harganya bukan ?
D: benar !
A:jadi aku nak tanya. mengapa begitu mudah kau menuturkan cinta ?

p/s: post tak ada makna
saja nak letak sebab hanya 4 tahun lagi baru boleh buat post bertarikh 29/2 
kahkahkah 

Sunday, February 26, 2012

kerana sehelai kertas

Michael: sini kau rupanya. jauh kau menapak. kau tengah baca buku apa Remy ?

Remy: ikut gualah nak baca buku apa, yang lu nak sibuk kenapa ? [ ujar Remy acuh tak acuh sambil meletakkan bukunya di atas meja dan memandang ke tingkap melihat pemandangan dari kedai Mcgronal di tingkat 3 itu ]

M: aku tanya elok-elok kan Remy, yang kau nak melenting kenapa maa ? jawab elok-elok tak boleh ke ? [ Michael menarik muka sambil menyorong kerusi untuk duduk ]

R: malas gua nak layan lu michael.

Friday, February 24, 2012

lancaster - lake district

pagi itu aku bangun pukul 4
jam biologi aku sejak habis exam jadi macam jam budak-budak
tidur awal, bangun awal
[ tetapi sampai mesir terus hancur balik semula adoi ]

hari pertama cadang nak gerak lake district
terus terang cakap
memang tak prepare satu apa pun

maklumlah ada abang
ahah
lepas makan bihun awesome yang kakak ipar aku masak [ serius sedap ]
tanya dia macam mana nak naik bas semua apa
terus keluar macam tahu

Thursday, February 16, 2012

cairo-jordan-madrid-manchester-lancaster

sambung cerita aku jalan-jalan 
cerita tak habis lagi semalam

jadi 29/01/12 tarikh flight aku
pagi itu aku kemas rumah dari pagi sampai petang [ bangga betul aku ulang benda sama sampai 20-30 kali kahkahkah ] 
tinggal aku seorang di rumah
tunggu bob dengan ameash datang rumah petang itu
kami gerak lepas maghrib
naik teksi semua bagai
ingatkan teksi sesat
nasib baik pergi awal

#1 sentiasa pergi ke airport dengan sekurang-kurangnya awal sejam waktu in case something happened

Wednesday, February 15, 2012

muqaddimah

sebulan lebih..
45 hari plus minus
itulah panjang tempoh berehat aku
setengah aku habiskan untuk exam
setengah lagi aku habiskan untuk jalan-jalan

exam aku pada pandangan aku
lagi baik daripada sebelum ini
bukan result sebab result mana keluar lagi
tetapi usaha

ada kertas yang aku baca 2 hari awal
walaupun 10 muka
tetapi itu satu pencapaian yang menakjubkan