entri kali ini bukan entri ilmiah,
aku hanya ingin menceritakan tentang panggilan nama
pada pandangan aku yang tidak kabur ini (sebab aku tak rabun).
buat pengetahuan, aku amat jarang-jarang sekali
memanggil orang yang lebih tua sedikit daripada aku [abang]
hatta abang biologi aku yang usianya kini mencecah 32 tahun
aku panggil dengan panggilan "abul" sahaja
dan aku mempunyai 7 orang abang termasuk yang sudah pergi
dan semuanya aku panggil dengan nama
dan adik aku juga memanggil aku dengan nama
ini bukan isu besar pada aku
tetapi aku pernah hampir-hampir dilayangkan kerusi dan penumbuk
atas isu ini ketika bersekolah agama dahulu
muahaha (ya aku pernah sekolah agama pada tingkatan 4 dan 5)
nak dijadikan cerita,
aku dan abang-abang aku yang rapat umurnya berbincang
nak panggil apa kakak ipar aku
kahkahkah
nak panggil nama nanti lain pula dia rasa
nak panggil kakak tak biasa
kahkahkah
sampai di mesir pun aku jarang memanggil senior-senior aku dengan panggilan [abang]
aku rasa janggal
dan aku akan rasa suatu kemalasan untuk berbual dengan mereka yang dipanggil [abang]
aku lebih selesa berbual dengan mereka yang berbual menggunakan [aku, kau] dan [gua, lu]
kahkahkah
adakah ini tanda kekurang-ajaran matematik dan sejarah aku??
mungkin definisi hormat aku dan mereka yang lain berbeza
aku ada guna [abang]
tetapi itu hanyalah kepada penjual goreng pisang dan
manusia-manusia yang aku langsung tak kenal
kahkahkah
namun dalam penggunaan [ana, enta] ini
kemalasan aku bila berbual dengan orang begini tidaklah
seteruk dengan orang yang dipanggil [abang]
jadi, untuk merapatkan ukhuwah aku dan mereka
aku dengan keganasan, kekacakan dan keberanian
memanggil senior-senior aku tanpa panggilan [abang]
( atau adakah mereka lebih selesa di sama tarafkan dengan penjual kedai )
kahkahkah
cuma aku nak tanya di sini
apakah definisi hormat?
p/s: ke nak aku panggil ustaz? aku tak kisah. ustaz itu special case. kadang-kadang aku panggil boss sebagai cara untuk tidak memanggil abang
miahahahha
hahaha..adik abul!
ReplyDeletegua memang dgn orang tua walaupun setahun tetap panggil abang.
memang dididik sopan santun..keh keh keh
kahkahkah
ReplyDeleteboss lain
aku sopan juga
kalau tengok aku jalan depan orang
mesti nampak aku tunduk sedikit
miahahaha
lain adat wal uruf kita
kau sekolah di sekolah agama mana dulu?
ReplyDeletehaha
kahkahkah
ReplyDeletekawan sebatch kau lah yang nak melayangkan kerusi dan penumbuk itu
kau tahu tak
kahkahkah
"cuma aku nak tanya di sini
ReplyDeleteapakah definisi hormat?"
Pada pandangan saya,
hormat bermaksud memberi penghargaan. Kita melakukan/meninggalkan suatu perbuatan yang buat orang rasa dihargai.
Lain orang, lain caranya. Lain keadaan, lain juga kaedahnya.
Termudah, ikut garis panduan yang Islam telah ajarkan.
Misalnya, memanggil orang mestilah dengan panggilan terbaik yang disukainya.
Wallahua'lam.
bagus
ReplyDeleteini yang aku nak
menjawab soalan
sila contohi ya cik anas
miahahaha
satu definisi yang agak menarik cuma terlalu umum
tetapi kalau di antara dua pilihan,
panggilan yang dia paling suka tetapi aku tak suka, panggilan yang dia tak kisah tetapi aku suka dan panggilan yang dia tak suka dan aku pun tak suka?
terima kasih
aku prefer boss
ReplyDeletewaktu aku form 1,aku diminta oleh mak aku untuk tukar panggilan yang aku gunakan untuk abang aku, daripada nama kepada 'abang'. awal2, aku tergelak terguling2 panggil diorang abang. tapi sekarang dah sebati.
ReplyDeletemaka,cuba dan practiselah sampai kau suka 'abang'. kehkeh
abang aku cakap:
ReplyDelete"panggil je name.apa guna nama yang mak beri."
hahaha
berat mulut aku nak panggil abang2/kakak2 ni..
hahaha
abang aku sendiri pun aku tak panggil abang,ni kan pula abang orang lain
kui3
-sekadar mencelahh-
ala biasa la tu laki tak panggil orang yang lagi tua dengan panggil abang.
ReplyDeletebukan setakat tua setahun dua tahun, tua 7 tahun pun tak panggil abang
tak perlulah melayang kerusi penumbuk bagai.
muahahahahah
nousya: aku pun prefer boss. sebab itu aku panggil boss. dan rasanya darjat boss lagi tinggi daripada abang kan kan kan
ReplyDeletekahkahkah
aishah: masalahnya mak aku tak suruh lagi
macam mana nak buat?
kahkahkah
wani: bila masa abang kau cakap? pandai-pandai sahaja kau
kenapa tak panggil abang ____ isi tempat kosong dengan nama. jawapannya ialah sebab aku malas
miahahah
kes aku pun sama dengan kau. abang sendiri aku tak panggil abang, tetiba nak panggil abang orang lain abang. tak sedap hati
aziellah: semangat-semangat. sampai post komen 2 kali. orang macam ini yang kita nak
muahahaha
kebiasaan tak semestinya betul kan kan kan
yang melayangkan itu bukan aku tetapi senior sekolah lama kau
kahkahkah
p/s: gelak sopan sedikit. hihihi
asalkan kau dan dunia sekeliling kau bahagia dengan peghazafan istilah ABANG dari mulut kau.:D
ReplyDeleteaku tak hazaf
ReplyDeletecuma aku gunakan pada golongan yang lain sahaja
macam mana?
hahaha
ReplyDeleteaku dah agak
batch aku memang agak extreme bab-bab melayangkan kerusi ini
nampaknya kau salah satu mangsa rupanya
hanya kerana 'abang?'
haha
aku macam boleh teka 'abang' mana yang baling kerusi itu
kahkahkah
ReplyDeletetetapi dia silap pilih mangsa
aku lagi menyakitkan hati adalah
silalah faham
aku daripada smk seri ampangan
kahkahkah
tekalah
aku ingat nama nick dia sahaja
hahaha
silalah faham
ReplyDeleteaku daripada smk seri ampangan
kahkahkah
macam siot sahaja ayat kau ni
hahahahaha
jujurlah wani
ReplyDeleteapa pandangan kau tentang smk seri ampangan punya budak?
kahkahkah
macam sekolah dalam cerita crows zero?
ReplyDeletekahkahkah
taiko bai
ya tahniah kerana memahami
ReplyDeletekahkahkah
apa yang kau buat selaku budak smk seri ampangan yang boleh menyakitkan hati 'abang' itu?
ReplyDeletemacam menarik saja jika difikirkan.
sebelum aku teka nama beliau, aku yakin beliau adalah seorang KP dan rasa-rasanya, beliau adalah ketua aku dalam exco kekemasan diri.
benar?
jika benar....HAHAHAHAHAHAHAHA
oh tak
ReplyDeleteaku cuma berlagak bodoh
dan buat-buat tak dengar bila dia cakap
suruh dia ulang 3-4 kali
lepas itu tak panggil dia abang
hanya berbahasa [aku, kau]
kp sudah pasti. exco kekemasan diri?
ku pun aku tak kenal inikan pula exco kekemasan diri
kahkahkah