dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Thursday, August 11, 2011

menembak diri sendiri

awas: tulisan kali ini ialah satu futile attempt untuk membuat satu tulisan berunsur motivasi.

bila kita menghadapi kesusahan
apa-apa bentuk sekalipun
yang paling utama pada aku ialah penerimaan
kita terima apa yang berlaku
penerimaan ini bukan di mulut
sebab ada orang yang dia cakap dia terima dah dan berbagai lagi
tetapi sebenarnya dia menolak dalam diam
kata-katanya berlainan dengan tindakannya
sepatutnya minda kita mesti menerimanya sama ada yang sedar mahupun yang separa sedar


kalau kita fail exam kita kena terima
yang kita telah fail exam
kemudian bersedihlah
normal bagi manusia bila ditimpa musibah dia berasa sedih
kalau rasa sangat sedih kita menangis
begitu juga kalau rasa sunyi, kita cari kawan dan peneman
sepertimana kalau mengantuk kita kena tidur
seperti itulah kesedihan dan kesunyian

ada yang mengajak agar menangislah kepada Allah
memang itulah yang terbaik
tetapi tak semua yang dapat sampai ke situ
manusia ini kadang-kadang benda ghaib ini dia susah nak rasa
jadi cari kawan yang boleh ajak lepak dan borak-borak
supaya kita tak rasa berseorangan
ini penting

kadang-kadang bukan apa
kita rasa, kitalah yang paling malang
kita rasa kita berseorangan
sedangkan tidak
ramai lagi yang lebih malang
ramai lagi yang lebih sedih
kalau kita kematian kawan atau saudara terdekat
ya kita sedih kita kehilangan kawan/saudara
tetapi bagaimana pula dengan kawan kita yang kehilangan nyawa, masa untuk bertaubat, masa untuk belajar, masa untuk bersama keluarga ?
ingat kisah isra dan mikraj ?
nabi SAW sedih dengan kematian isteri dan bapa saudara tercinta
bila israk dan mikraj ditunjukkan nabi-nabi sebelumnya yang lagi besar dugaannya
berdakwah beratus-ratus tahun tak diterima dan sebagainya

samalah macam kita,
kita kena praktikkan teknik ini
bila kita sedih kita pandang sebelah kita

kita sedih tak dapat mumtaz
kita tengok sahabat kita yang tak dapat maqbul pun

kita sedih kita tak dapat maqbul
ada orang dah kena repeat tahun dah
kita baru kena repeat paper
ada orang kena repeat year

ada orang kena repeat year
tetapi ada orang nak belajar [datang mesir] pun tak dapat

ada orang sedih fail exam berkali-kali
tetapi bagaimana dengan orang yang tak dapat pun nak ambil exam
tak dapat pun nak belajar

bila kita lihat dari pandangan ini
baru datang erti syukur
bukannya aku suruh jangan usaha
usaha kena tetap usaha
kejayaan tidak bergantung kepada usaha semata
tetapi tanpa usaha kejayaan tidak akan lahir
tetapi jangan perhambakan diri kita pada keputusan
perhambakanlah diri kita kepada sebenar-benar pemilik kita

kalau kita lambat belajar kita kena sedar diri
jangan kita tengok kawan kita yang baca 2-3 kali dah faham kita nak ikut dia
itu dia, bukan kita
kenali diri sendiri
jangan overestimate diri sendiri
jangan underestimate musuh dihadapi
kalau kita kena belajar 5-6 kali baru faham
belajar 9-10 kali
jangan belajar 2-3 kali

bandingkanlah dan pilihlah yang mana yang lebih dikagumi

sebatang pokok bunga ros yang hidup di batuan konkrit dan disirami hujan asid tetapi tetap terus hidup walaupun tidaklah selawa mana,

ataupun sebatang pokok bunga ros yang hidup cantik mekar di taman yang di baja dan di siram setiap ketika

atau sebatang pokok bunga ros yang hidup di batuan konkrit dan disirami hujan asid tetapi tetap terus hidup mekar dan bertenaga
we wouldn't ask why a rose that grew from the concrete for having damaged petals, in turn, we would all celebrate its tenacity, we would all love its will to reach the sun ; tupac

p/s: normallah bagi bunga itu sedikit rosak jika dikacau dan dipukul
tetapi hebatlah bunga yang walau dikacau bertubi-tubi tetap kacak berdiri

bila kita nasihat orang, inshaAllah orang akan nasihat kita
bila orang lain jatuh kita papah, jadi bila kita jatuh tak salah untuk mengharap papahan orang yang lain

manusia itu memang makhluk yang lemah. sebab itu manusia berkehendakkan kepada tuhan yang maha kuasa


6 comments:

  1. nampaknya upaya kau menembak orang boleh tahan jugak. Tapi harapnya tembakan diri sendiri ni tepatlah kena sasarannya. Janganlah kebal sangat ye.

    ReplyDelete
  2. ini tak menembak orang lain pun
    ini tengah consoling orang
    tetapi hanya menembak diri sendiri yang tak faham-faham hubungkait usaha dengan kejayaan

    ReplyDelete
  3. WOW

    see, i told u before
    ko mmg kawan yg baek

    :D

    ReplyDelete
  4. kenapa wow dan kenapa tetiba kawan yang baik
    macam tak ada kena mengena sahaja ahaahah

    ReplyDelete
  5. ni, kalau aku pulak yang nak request post motivasi, pemilik blog ni layan ke tak?

    ReplyDelete
  6. entahlah tengoklah dahulu macam mana
    yang minta ini banyak tolong nasihat orang
    jadi bila dia minta aku tolong nasihat aku rasa bersalah kalau tak buat
    kau minta dahulu, buat tak buat itu cerita kedua

    ReplyDelete