otak aku berpusing dengan terlalu pantas sampai aku tak boleh nak menyesuaikan diri
dah berapa kali aku lintas jalan nak bersentuhan dengan kereta-kereta arab yang penyayang
aku lembik , lemah longlai tersadai di atas tilam (aku tiada katil)
beberapa panggilan masuk daripada ahli rumah tersayang dan rakan rapat
tetapi aku bukan di dalam mood untuk mendengar suara manusia
maka aku biarkan panggilan mereka
mula-mula ingat nak campak handphone macam dahulu
tetapi nasib baik aku masih waras
di musim sejuk yang membeku
aku boleh rasa panas terbakar
peh !
sampai berpeluh-peluh aku
ganas betul badan aku ini dalam membuang haba-haba badan
usai mandi, aku berfikir
aku dah terlepas kuiz histologi
dan dah masuk zohor aku tak buat apa-apa selain berbaring
lantas aku segera bingkas bangun daripada tempat pembaringan
lalu aku pun menyapu-nyapu dan sebagainya
kemudian masa menyapu itulah aku tersedar
" eh, aku kan pemalas. apa kejadahnya aku mengemas? "
lantas aku membuat kesimpulan
ketiduran aku itu merupakan satu proses morphing, pertukaran
sepertimana ulat beluncas menjadi rama-rama
sepertimana caterpie menjadi butterfree
aku yang dahulunya kacak telah berubah menjadi orang yang baru yang lebih kacak
aku pun terus menghirup nafas segar
bersyukur atas segala nikmat
cuma terdetik di hati aku
adakah ini satu lagi daripada proses transformasi palsu
yang selalu berlaku pada aku
yang selalu berlaku pada aku
satu ilusi tentang perubahan dalam diri aku
sedangkan semuanya masih sama
seperti sungai klang yang penuh dengan pencemaran
seperti pinggan berisi nasi bercendawan
seperti jamban balai polis giza yang sungguh kotor
adakah aku masih begitu?
p/s: mengemas semasa tertekan merupakan satu benda yang bermanfaat. tekanan hilang, rumah pun bersih kahkahkah
aku makin malas baca post kau.
ReplyDeletekenapa ya?
ini pn aku xbaca.
-aku yg dahulunya kacak tlh berubah mnjadi org yg baru yg lbh kacak-
ReplyDeleteyg ini aku setuju transformasi palsu. haha
dendam peribadi yang tersimpan di hati mungkin
ReplyDeletekahkahkah
ade style la cara ko tulis blog.
ReplyDeletesuka baca :)
nanti bile2 stress, boleh dtg umah aku dan berkemas eh?
ak sgt xsuka mengemas tapi suka kemas.
pelik kan itu?
owh. maybe aku xsuka habuk. :)
nourul: kahkahkah
ReplyDeletekau tak supportive betullah hekhek
izyan:
ada style ke? entahlah tetapi terima kasih !!
itu sekali seumur hidup sahaja kemas
itu tak pelik itu malas
hahaha
dan aku alahan habuk malaysia bukan habuk mesir
rajin abg kacak.
ReplyDeleteoh abang kacak. kenapa saya xkacak?
saya memang rajin
ReplyDeleteterima kasih salem
kau tak kacak sebab kau masih belum menuntut dengan aku
meh ! datang jumpa atuk
kahkahkah