dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Sunday, April 24, 2011

kata-kata hikmah

awas: INI POST RAGE !!!!

ramai orang sekarang suka men quote kata-kata hikmah
entah faham, entah tidak 
jadi timbul satu masalah
kata-kata mana yang boleh pakai dan tak boleh pakai

1) dont judge a book by its cover

ini merupakan salah satu kata-kata hikmah yang selalu digunakan
biasanya sebagai hujah defensif jikalau ada orang menuduh dia dengan perkara yang negatif
kata-kata hikmah ini ada masalah dia 
orang selalu memahami kata-kata hikmah ini dengan
hakimilah apa yang di dalam 
tanpa mempedulikan apa yang di luar
mungkin nampak kompleks tetapi inilah yang di-imani oleh mereka-mereka itu
pada aku, kalau nak membeli bukulah
(aku ambil maksud literal dahulu)
nak tak nak aku akan tengok muka depan dia
kalau dah ada gambar bogel di depan dia sah-sahlah itu bukan buku agama
ini nama dia educated guess ataupun smart guess
ya kadang-kadang smart guess ini salah
sebabnya orang yang gunanya tak cukup level smart dia
tetapi berlagak macam ada kasyaf 8 petala langit
jadi dalam hal manusia pun macam itu
kalaulah dah terbogel ke hulu ke hilir
tak kan aku nak ingat dia ustaz mengajar psi
maka berkatalah seseorang yang berdiri teguh di belakang falsafah ini
" mana tahu, mungkin dia tengah kena kejar perompak dan dicuri pakaiannya hingga terbogel "
masalahnya berapa peratus sangat benda itu punya kemungkinan maaaa
kenapa kau tak cakap sahaja terus 
"eh, mungkin dia terbogel sebab obama curi baju dia buat lap tingkap"
kan nampak bangangnya melantun-lantun di sini
jadi pada aku kata-kata hikmah ini patut diubah menjadi
dont judge a book solely by its cover 
macam mana? kacak tak?

2) be yourself and dont be a hypocrite being

ini pun kata-kata sama yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri
masalahnya, yang pertama kau kenal ke diri kau sendiri
kan semua roh itu dah beriman sejak dari permulaan kehidupan lagi
sah-sahlah semua orang baik pada asalnya
tetapi kau tak
kau nak beri definisi lain pada jadi diri sendiri
habis kalau dah hobi masa lapangnya curi kubis
tak kan lah dia nak curi kubis seumur hidup dia
alasannya
" eh aku memang pencuri kubis. aku dengan pencurian kubis memang tak boleh dipisahkan. tak true lah kalau tak curi. aku tak nak jadi hipokrit"
kan nampak bangangnya yang melantun-lantun di situ
rasa nak tunjal dahi dia kuat-kuat pun ada
be yourself when it is good and never be yourself when it is bad  
 masih ada flaw tetapi aku malas nak fikir panjang sekarang
yalah bukan ada masalah sangat pun jadi baik

nak kata masuk neraka buat baik, tak
nak kata perut tak lawas bila jadi baik, tak
nak kata mak mertua benci menantu yang baik, tak
nak kata hidup tak tenang, jiwa serabut bila jadi baik, tak
nak kata senang mati bila main counter strike atau dota, tak
nak kata selalu bolos bila main game bola macam pes 2011, tak
jadi apa masalahnya?
inilah masalahnya bila berlagak kenal diri sendiri lebih daripada Pencipta sendiri

banyak lagi kata-kata hikmah yang aku tak puas hati
fikir-fikir balik, semua benda aku tak puas hati
rasa nak tunjal dahi sendiri laju-laju pun ada
apa aku ingat bumi ini beredar mengelilingi aku ke apa?
menggelabah betul

p/s: aku rasa macam nak upload artikel yang aku tulis tentang sukarelawan untuk karnival batch hari itu pun ada. video debat dengan public speaking macam malas sedikit sebab nanti hilanglah saham aku sebab tergagap-gagap kahkahkah
nanti kasihanlah pada bonda aku tak dapat menimang cucu /anak aku nanti kahkahkah



12 comments:

  1. orang suke ayat "nanti kasihanlah pada bonda aku tak dapat menimang cucu /anak aku nanti kahkahkah" je

    ReplyDelete
  2. mesej aku tak sampai pada kau agaknya
    tetapi tak apa
    aku tak kisah pun kahkahkah

    ReplyDelete
  3. oh yang 'be yourself' tu saya pun dah lama tak puas hati dan pernah draft entri mengenainya.

    kalau berpegang dengan kata2 tu membuta tuli, sampai bila2 orang tak nak perbaiki diri...

    ReplyDelete
  4. tak puas hati kena rage baru feel
    tak true lah kalau tak rage kahkahkah

    dan selamat datang ke blog aku yang tak sedap ini kahkahkah

    ReplyDelete
  5. ilang tension bace entry ni =)=)=)

    *entry ini agk senang untuk aku paham compared to previous entries

    ReplyDelete
  6. kenapa hilang tension?

    mungkin sebab tulisan kali ini unilinear berbanding tulisan sebelum ini yang multi linear
    ada yang tak faham langsung tak?

    ReplyDelete
  7. ketawa spnjang bace entri ni..dats why..
    yang aku ta paham..aku skip je..
    dis one is nicer than the other..might be because i gain something from it =)

    ReplyDelete