dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Wednesday, September 21, 2011

tercalar teruk [ updated ]

kehambaran blog aku ini seolah-olah menjadi tanda
untuk satu peristiwa buruk yang bakal melanda
setelah menghambarkan blog ini sekian lama
semalam, reputasi aku selaku beruang lapar sudah tercalar teruk
ini bukan sedikit-sedikit punya cerita
ini kes kancil kena langgar lori treler 80 tayar
memang tahap beruang grizzly punya catastrophe

macam biasa aku berbuka semalam
aku buka ala kadar nasi sejemput, lauk sejemput
memandangkan perut aku meraung-raung minta makanan extra
aku pun bergeraklah dengan abang aku ke kedai mamak
selesai menjamah nasi, tukar seluar terus naik kereta

first aku makan murtabak bulat sepinggan
minum air suam [ tak habis sebab tak biasa minum air suam ahahaha ]
lambat kedai fariz maju punya service semalam
marah jugalah aku dibuatnya
tertekan murtabak lambat sampai aku pun order roti canai sekeping buat alas perut
itu pun lambat juga
tekan tekan tekan

perut aku hampir nak penuh dengan murtabak + roti canai + nasi buka tadi
seperti biasa, kalau ke bangi mestilah buat cabaran hebat
minum milo tabur kedai azura segelas jumbo yang tinggi dia sehasta
minum-minum aku dah rasa pelik
manis melampau pula milo dia
aku suka minum manis, tetapi kalau manis sangat kepala aku pening

sambil-sambil minum aku ajaklah abang aku lagi seorang
menyahut cabaran milo gelas besar
minum-minum, kutuk-kutuk tudung hana tajima kejap abang aku sampai
borak tentang game pula
lepas itu sambung kutuk tudung hana tajima balik kahkahkah [ dendam betul aku ahaha ]

kepala aku mulalah loya-loya
dengan asap rokoknya
dengan bau getah terbakarnya
dengan milo super manisnya
aku pun cepat-cepat habiskan air
ingat nak baliklah cepat

sekali abang-abang aku sambung borak lagi
peh, tak menahan aku 
aku dah buka dah butang seluar jeans tanda saratnya perut aku
habis borak ingat nak baliklah
aku pun bangun dengan pantas
tetiba ........

beep beep beep

aku berlari ke tempat basuh tangan 
aku hembus hidung aku
peh sekali murtabak yang keluar
pedas hidung aku

aku pun dengan pantas basuh mulut, bayar duit minum dan naik kereta
dan aku berazam
balik ini aku kena pakai topeng ultraman selama seminggu
dan tak menjejakkan kaki di bangi selama setahun
aku tekad
peristiwa tadi mengajar aku bahana bercakap besar
aku dah nampak dah masa depan aku yang penuh dengan kata-kata menganjing daripada abang aku
kahkahkah
aku pun ucap syukur sebab nak balik mesir tak lama lagi ahah

milo pembunuh

setakat gelas teh tarik itu selamba beruang sahaja aku telan


p/s: makin tak ilmiah blog aku ini kahkahkah
dahlah hambar 

nak balik mesir 27/9
siapa yang ada nak belanja aku baik cepat-cepat kahkahkah

4 comments:

  1. owh. ini sebab nya
    daripada cerita ni, xde la rasa mcm memalukan sgt
    tapi kalau bayangkan. mmg malu lah kan.

    tapi rileks ah. diorg yg ade kt kedai uh bukan kenal ko pun :)

    HAH! x sangka budak lelaki suka cakap pasal tudung. HAHAHAHA >.<"

    ReplyDelete
  2. sebab aku letak beep beep beep
    kalau tak memang gruesome habis kahkahkah

    itu kedai favourite aku maa ahah

    aku tak cakap tentang tudung pun
    ada orang singgah kedai
    aku kutuk orang itu lepas itu melarat-larat kahkahkah

    ReplyDelete
  3. itulah, ngata org lagi... err, ngata tudung org lagi. haha

    ReplyDelete
  4. biasalah kerja-kerja mengutuk ini memang ada drawback dia
    yang penting kena konsisten sentiasa kahkahkah

    ReplyDelete