dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Thursday, January 17, 2013

malaysia dilanda Jaws [bukan jews mahupun rahang tetapi jerung]

ingin aku komen sekitar isu Bawani dan Sharifah
tatkala manusia kini berbondong-bondong mengucapkan perkataan listen
aku rasa janggal
ya, aku juga terlibat dalam aktiviti share, like dan komen
tetapi bukan arah ini yang aku jangkaukan pada awalnya
kisah pembunuhan watak individu bernama sharifah dan pelonjakan watak individu bernama Bawani

lambakan demi lambakan meme, kartun dan page dicipta untuk menyindir sinis sharifah and co
tetapi aku rasa seolah olah isu ini sudah lari dari landasan sebenar
ya, memang aku menolak perilaku sharifah tempoh hari
tetapi yang terlebih besar untuk ditolak ialah sistem dan sifat
bukan sekadar individu tersebut

bagaimana sistem pendidikan kita diadun oleh ahli politik sesuka hati mereka
bagaimana sistem pendidikan kita menekan pelajar daripada bersuara
bagaimana sistem pendidikan kita boleh melahirkan mahasiswa yang berperibadikan sharifah and co
bagaimana sistem pendidikan kita melahirkan mahasiswa yang takut ke depan
bagaimana sistem pendidikan kita melahirkan pelajar yang suka ditekan !

lihat saja, bukan tidak ada orang yang berdiri rapat di belakang sharifah dan co
bahkan ada yang dengan bangga mengatakan mereka rasa seronok 
inilah kebahayaan yang sebenar
apabila pelajar kita sudah gagal mengenal apa itu madu dan apa itu racun
hasilnya ? 
sudah pasti akan berlaku mass poisoning in the mind of the society 

siapa lagi yang akan masuk ke dalam masyarakat kalau bukan mereka-mereka ini
siapa lagi yang akan mendidik generasi seterusnya kalau bukan mereka-mereka ini ?
siapa lagi kalau bukan mahasiswa yang bukan sahaja jiwanya terbelenggu oleh kebodohan
bahkan berasa gembira dan berbangga dengan belenggu tersebut

ada beratus orang dalam dewan tersebut, akan tetapi tidak ada seorang pun yang bangkit membantu atau membantah tindakan tersebut
bagaimana boleh berlaku pembodohan secara beramai-ramai kalau bukan kerana sistem pendidikan itu sendiri merupakan satu usaha pembodohan, usaha pemandiran yang terancang

ya, sosok Bawani itu berani, bahkan mungkin saja melebihi keberanian aku
tetapi lihat argumentasinya
pada aku yang mindanya agak terbantut ini, itu bukanlah argumentasi terbaik dalam mencanangkan idea pendidikan percuma

kita perlu terangkan dari mana sumber kewangan itu diambil
tiada benda yang percuma, melainkan ada yang membayarnya tanpa kita sedar
cukai yang tinggi, pemindahan bajet dari sektor lain ke sektor tersebut
atau mungkin saja melalui pembasmian ketirisan wang sangat teruk di malaysia
ketirisan yang kita tahu saja mencecah berbilion-bilon ringgit
dan mungkin saja itu hanyalah tip of an iceberg 

apa permasalahan sampingan yang mungkin berlaku akibat change of the allocation of the budget
apa impak positif dan negatif kepada prestasi kewangan negara dari jangka masa pendek dan panjang
apa impaknya pada sektor pendidikan negara pada masa akan datang

tetapi untuk berlaku adil, mungkin elemen masa tidak membenarkan
maka itulah pendekatan terbaik yang boleh dibawa dalam keadaan yang terikat

sejarah ialah sebuah cerita ulangan
seperti sebuah movie remake
yang ditukar hanyalah nama watak dan latar tempat
tetapi yang perlu dihadam ialah pengajaran dan kesimpulan yang ada pada sejarah
seperti mana di dalam kisah singapura dilanda todak, yang dibunuh ialah hang nadim,
orang yang cuba menyelamatkan masyarakat
adakah sampai ke tahap itu mentaliti dan sikap sebilangan kita ?

mari kita ubah sistem yang membantutkan minda mahasiswa
mari kita ubah sistem yang melahirkan individu berperibadikan sharifah
mari kita ubah sistem supaya boleh melahirkan insan yang jauh lagi hebat daripada Bawani

p/s: 
kepada yang tertanya-tanya mengapa isu ini dipolitikkan seperti isu isu lain di malaysia
dan menjadikan itu sebagai alasan kepada keengganan terlibat sama
ingin aku berikan satu sebab daripada sebab-sebab yang banyak

bagaimana mungkin kita tidak mempolitikkan permasalahan yang berlaku,
jika punca permasalahan yang berlaku itu ialah ahli politik itu sendiri !

Bacalah dan ubahlah !
tolak segala usaha pembodohan dan usaha pemandiran terancang !

Abul Akmal Arif Bin Anuar
Ketua Pakatan Beruang Comel Afrika Utara

Wednesday, January 16, 2013

sheikh yusuf siri 2

marriage without honesty will be destroyed

perkahwinan yang tiada padanya kejujuran itu pasti musnah
kerna pada adatnya, satu penipuan itu pasti terbongkar
dan penipuan itu membakar rasa sayang dan percaya seperti daun kering disambar api
marak dan cepat sekali

traditions that kill deen

terkadang, ada tradisi yang padanya membunuh agama
misalannya adat perkahwinan yang menjadi punca rosaknya rumah tangga
hantaran yang tinggi mungkin
membawa kepada hutang, yang boleh diungkit di masa depan
atau membawa kepada lambatnya umur berkahwin sehingga botak ubun-ubun di kepala
barulah berpeluang merasa nikmat rumah tangga

namun tidaklah bererti kepentingan materialistik itu tiada langsung
seperti mana kita perlukan dunia untuk mengejar akhirat
maka kita juga perlukan harta untuk satu perkahwinan itu berlangsung

tetapi jangan dibenci tradisi itu secara total
mungkin salah kita
memahami konsepnya
dan perlaksanaannya 
mungkin

bahkan mungkin saja tradisi itu benar-benar bersalahan dengan agama
the relatives make the reception not the groom
satu benda yang membuatkan aku terfikir
kalau orang mati pun sepatutnya jiran dia yang selesaikan majlis tersebut
kalau tanpa rasa hubb [cinta] dihati jiran tersebut mustahil benda ini boleh dilakukan
maka perlunya perkara yang meningkatkan hubb itu dibuat
tidaklah sampai ke tahap seperti perlunya berwudhu sebelum solat
tetapi kepentingannya masih besar

ternampak jelaslah peri-pentingnya menjaga hubungan dengan kejiranan atau sanak saudara
sehingga terkeluar pepatah 
carilah jiran dahulu sebelum membina rumah
jadi kalau ingin menggunakan hujah ini, 
kena tanya dahulu, bagaimana hubunganmu dengan sanak saudaramu

tetapi sebenarnya, in a way
majlis walimah dekat malaysia memang orang lain yang tanggung
sebab bila datang kan hulur duit dekat tuan rumah
kira ditanggunglah, indirectly
fear Allah on us, dont bring illegal food
pada lelaki itu tergalas tanggungjawab besar
membawa beras ke dalam rumah
sehingga terkadang, batas agama dilanggar
maka si isteri perlu berhemah

katakan pada lelakimu, 
abang, mungkin hasil haram itu mengenyangkan kami sekarang
tetapi ingatlah, tidaklah susah di dunia ini boleh melawan susahnya di hari pembalasan
kita ini pasti-pastinya tidak tolok menahan siksa neraka yang teramat panjang
maka berlaku jujurlah
dan jangan berlaku khianat
kami akan cuba redha padamu, selagi mana kamu tidak mencampak keredhaan tuhan daripada perbuatan kamu 

understand each other, what you want in marriage

berbincanglah sebelum perkahwinan itu berlangsung
kemana hala tuju rumah tangga yang ingin di bina
lakarlah plan rumah, sebelum mula bertukang
kerana takut-takut, 
yang satu membina dapur
yang satu lagi membina bilik tidur
akhirnya dua-dua rentung habis terbakar
do not preach onto a hungry man 
dahulukan yang utama dan lihatlah situasi semasa
orang lapar itu telinganya sudah menjadi pekak pada kata-kata
bercakaplah walau sehingga terjadi kolam akibat renjisan air liurmu
pastinya tidak akan sampai maksud kata-kata itu walau sepatah

perhatikan situasi sebelum berbicara atau bertindak
memang benar zat besi itu banyak di dalam daging merah
tetapi bukanlah itu nasihat terbaik untuk seorang yang hanya mampu makan nasi berlaukkan ulam 
every job is ibadat with right intention
setiap perkara itu pasti dihitung
daripada melipat baju sehingga berperang
dan semua itu menjadi ibadat dengan niat yang benar
yang kecil boleh menjadi besar, dan yang besar boleh menjadi kecil
hanya kerana cetusan niat di hati
tidak dapat perbetul sebelum perbuat, perbetul semasa, 
kalau itu pun culas, maka perbetul selepas siap

p/s: 
yang duduk dengan persis gaya kuotasi itu adalah nota
yang mana di ambil ketika berada di dalam kelas sheikh Yusuf
yang dibawah itu bukan kata-kata beliau
tetapi sekadar pandangan aku pada setiap bait-bait kata sheikh

mungkin aku akan kupas siri ketiga
mengenai pandangan aku tentang situasi sekarang di mesir