dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini
Showing posts with label mesir. Show all posts
Showing posts with label mesir. Show all posts

Friday, June 12, 2015

Cerita Teladan: jarum tudung

masa aku kecil dulu aku kagum dengan mak aku
antara masa yang aku kagum dengan mak aku bila dia pakai tudung
macam mana seorang manusia boleh cucuk jarum masuk dalam kepala
first time aku tengok aku pun cuba nak tiru lepas itu
aku ambil jarum satu lepas itu aku pun cucuk kepala aku
"Adoi!" 
sakit gila
itu tak masuk kepala lagi dah sakit, tetapi mak aku boleh cucuk sampai kepala jarum itu
hebat tak hebat

agak lama juga aku hidup dengan kesimpulan tersebut 
sampailah satu masa aku dapat epiphany 
rupa rupanya jarum itu bukan cucuk masuk kepala, tetapi diserongkan dekat kain
BOOM!
*mindblown*
padanlah relax saja mak aku cucuk jarum
rupanya aku yang bangang 
hahaha

kadang-kadang dengan ilmu yang kita ada pada satu satu masa menyebabkan kita keluarkan satu kesimpulan yang kita ingat betul tetapi salah
tetapi dengan ilmu kita masa itu, itulah kesimpulan yang paling logik dekat otak kita
we are not All-Knowing being
kita ini makhluk yang badul saja sebenarnya
dengan kedegilan dan kesombongan kita tidak akan mampu lari daripada penjara kejahilan yang kita cipta sendiri
hanya dengan ilmu yang benar yang akan menyampaikan kita kepada kesimpulan yang benar

one observes only things which are already on the mind for the eyes cannot see what the brain doesn't knows

mudah saja sebenarnya minda ini ditipu oleh pancainderanya sendiri
penglihatan, pendengaran
sebab itu ramai orang selalu tertipu dan kena tipu

Saturday, October 4, 2014

status kau sangat annoying

kenapa orang menggunakan laman sosial ?
adakah sebab itu akan mempengaruhi corak penggunaan laman maya tersebut?
apakah penggunaan alam maya yang ideal?

I
kita semua ada seorang atau lebih dalam senarai kawan facebook kita,  twitter ataupun instagram orang yang kita ikuti yang kita rasa senang membacanya, kita rasa kena dengan jiwa kita atau kita rasa kagum dengan pemikirannya
dalam masa yang sama ada pula orang yang kita rasa jelek membaca tulisannya, benda yang dikongsikannya sama ada gambar, artikel mahupun apa sahaja
sampaikan kita terfikir bagaimana dia boleh menulis atau mengongsikan benda tersebut
apa yang berada di benak pemikiran dia yang sangat berbeza dengan kita
yang membuatkan perbuatan yang terhasil dari pemikiran tersebut menjelekkan kita

input-proses-output
kita melihat benda yang sama
sebagai contohnya harga minyak naik
setelah melalui proses pemikiran masing masing
kita pergi kepada kesimpulan yang berbeza
kita membangkang tetapi dia menyokong

pemikiran seseorang dipengaruhi oleh banyak benda
pengalaman baik dan buruk, ilmu yang cetek atau yang mendalam, emosi semasa, sifat dominan diri, prinsip hidup
dan benda yang disebut di atas hampir mustahil sama bagi dua orang yang berbeza
jadi tidak pelik jika kita berbeza dalam menghasilkan kesimpulan

kembali kepada soalan
antara sebab kita menggunakan laman sosial adalah untuk berkomunikasi
kita mahu bercakap dan mahu didengari
kita juga mahu mendengar apa yang dicakapkan oleh orang lain

orang yang sudah puas berkomunikasi di alam realiti akan tidak ghairah dalam menggunakan laman sosial dan sebaliknya yang tidak puas lagi berkomunikasi di alam realiti akan cuba menebus bakinya di laman sosial

kuantiti komunikasi yang diperlukan individu setiap hari berbeza mengikut diri individu itu sendiri
seorang yang tidak gemar berbual mungkin akan merasa cukup dengan satu dua status atau gambar yang dikongsikan berbeza dengan orang yang suka berkomunikasi yang tinggi keperluannya

ada perbezaan antara tidak suka berkomunikasi dengan takut untuk berkomunikasi
ada yang suka berkomunikasi tetapi takut untuk berbuat demikian di alam realiti
jadi laman sosial adalah tempatnya

ada pula yang suka dan berani tetapi tiada ruang ataupun orang yang sudi mendengarnya di alam realiti
jadi dia berpaling kepada laman sosial

komunikasi juga ada kualitinya
dengan siapa
bercakap terus dengan perasaan yang ikhlas atau sebaliknya
sekadar bertukar tukar tulisan pendek dalam bentuk mesej 

tidak sama komunikasi yang rendah kualitinya dengan yang tinggi kualitinya
teori relatif boleh dijadikan asas dalam hal ini

II

sebab penggunaan itu sangat mempengaruhi corak penggunaan laman sosial kita
kadang kita tak sedar pun kita buat sekian sekian
sebab kita ada sub-conscious 
nama pun sub conscious, bawah kesedaran kalau diterjemahkan secara literal

hanya apabila kita mengenali seseorang itu baru kita dapat memahami kenapa dia membuat status begitu, kongsi gambar sekian sekian
empati ini memenatkan
kerana ianya mengambil masa dan tenaga
tetapi tanpa empati kita akan mudah terjatuh ke gaung kebencian

cuba kita buang rasa punya kita terhadap laman sosial kita
hakimi laman sosial kita tanpa pengalaman dan perasaan dalaman kita
pasti kita akan faham kenapa orang suka/jelek dengan tindakan kita

cuba kalau orang yang kita tak suka buat apa yang kita buat 
apa pandangan kita terhadap perbuatan kita?

III
entah, aku tidak tahu apa cara yang paling ideal
yang aku tahu ia pastilah tidak membabitkan kita membanjiri laman sosial kita dengan menunjuk nunjuk kelebihan kita, gambar muka kita yang tidaklah kacak/lawa mana, perincian benda benda seharian yang dibuat sama seperti semua orang, perincian, perincian benda benda yang terlalu personal dalam hidup kita [warna apa najis kita atau benda benda lain yang lagi kurang ekstrim]

aku dah malas nak mengarut panjang
jadi aku tamatkan tulisan kali ini dengan isi yang tergantung dan persoalan yang bajet hebat

anda ini pengguna yang macam mana?
dari pandangan sendiri, pandangan kawan, pandangan lawan?

p/s: ini tulisan yang bajet bajet cool
kalian harus sedar aku ini tak cool mana cuma bajet bajet
tak pandai mana tetapi bajet bajet
tak baik mana tetapi bajet bajet
kahkahkah



Wednesday, April 23, 2014

radio silence 2

bersambung daripada tulisan lepas
bercerita perihal medium sosial maya
sebelum mula nak perdengarkan satu frasa yang diletakkan di blog aku yang sangat berkait rapat dengan tajuk kali ini
The greatest enemy of knowledge is not ignorance, it is the illusion of knowledge
juga satu pesanan daripada seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya
Tidaklah aku takut akan apa yang kau faham, tetapi aku takut akan apa yang engkau rasa engkau faham

Saturday, April 12, 2014

radio silence

dalam sebulan ke dua bulan yang lepas
aku ada melakukan satu eksperimen sosial
dan test subjectnya ialah aku sendiri

bertitik tolak dari satu pandangan yang aku karang dekat sticky note aku
aku cuba buat eksperimen tersebut
isi sticky note tersebut ialah

"aku jadi pelik melihat situasi sekarang
seolah olah hidup kita ini memerlukan acknowledgement dari orang yang mana kalau tiada hidup kita akan musnah
sekarang seperti menjadi satu kewajiban untuk mengumumkan seantero dunia akan perasaan kita terhadap sesuatu atau seseorang sama ada positif mahupun negatif
seolah olah kita berbicara, wahai manusia sekaliannya, lihatlah. aku si fulan dan si fulan ini sekian sekian.
kita laungkan perkataan kita di khalayak ramai senantiasa tetapi hanya sekali dua kita sampaikan secara terus
keliru, dengan manusia sekaliankah hubungan kita atau dengan siapa ?"

Friday, February 21, 2014

Ningen Shikkaku

p/s: aku mahu tidur dan rehat

Monday, February 10, 2014

sedih itu

sedih itu,

adalah menginjak mahkota jiwa 
          demi sesuap nasi sisa

tidak boleh berkeluarga
          atau hilang setelah ada

membalas budi bapa dan hidup sebatang kara
          atau meneruskan hidup tanpa tenang di jiwa

rasa yang tak berbalas tetapi bersama
          atau rasa yang berbalas tetapi bertemu tiada

sedih itu apa?
  

Tuesday, January 7, 2014

Krismas

hari ini 07/01/2013
aku cuti krismas di mesir
kristian koptik krismasnya memang 07 Januari
tetapi itulah
langsung tak produktif
haih

i'm becoming a bitter, skeptic old man at a lightning speed

Monday, January 6, 2014

2014

setiap dari kita ada certain perbuatan yang kita tak suka 
bila ada orang buat dan kita nampak
kita akan macam
"urgh !"

tetapi dalam tak sedar
terkadang kita terbuat perbuatan tersebut
kita menjadi double standard 
orang buat tak boleh, kita buat boleh

begitu juga dengan benda yang kita suka orang buat untuk kita
bila orang buat dekat kita 
kita rasa seronok, gembira
tetapi kita tak pernah nak buat benda itu dekat orang lain

sebab kita sibuk menyebut "kita" secara zahirnya
walhal hakikatnya, 
yang kita zikirkan 
hanyalah aku, aku dan aku

paling senang cakap
lepas itu buat
dan yang ketiga buat dengan hati yang rela
biasanya sampai tahap cakap sahaja

macam yang tengah tulis inilah
baru tahap 1
buatnya tidak
duh !

addict + substance = catastrophe 
addict + substance + enabler = apocalypse

lari dari realiti itu mudah
tidur dan tutuplah segenap deria 
yang payah,
mencucuk buih buih mimpi
dan berhadapan dengan realiti


Saturday, January 4, 2014

2013

tahun paling mencabar sepanjang aku hidup
banyak benda yang kali pertama rasa
" macam ini rupanya rasa dia" 
antara ayat paling kerap guna
makna empati masih cuba dirungkai

melihat ada orang yang dipandang hebat menjadi vulnerable
everyone deserve a period of time to be vulnerable no matter how strong one is
kasihan mereka, adat jiwa mereka yang tampak kuat 
membuatkan seolah mereka tidak punya ruang untuk menjadi lemah

hilang itu dan ini
dapat itu dan ini
dah lumrah
orang/benda yang bersama kita hari ini tak semestinya ada esok hari

akhirnya permulaan tahun yang agak noob
visa pun tak ambil ambil lagi
entah ombak mana yang akan menghempas tepian pantai tahun ini
harap harap ada snorlax untuk guna surf, dive, dan whirlpool
kalau nyawa merah boleh guna rest
tidur sampai elok
mengarut. 

Thursday, November 21, 2013

mario

kadang kadang kita dihadapkan dengan keperitan
kepahitan
kegilaan
kesedihan
kesilapan

tetapi kalau kita terus buat benda yang sama
yang arah tujunya menuju ke arah hasil yang tidak dimahukan
itu apa ?

einstein pernah sound
gila itu adalah bila kau buat benda yang sama selepas itu mengharapkan hasil yang berbeza

dah kau buat kerja acuh tak acuh, macam bodoh
tak kan kau nak dapat hasil yang best best
tak adillah dekat orang yang kerja kuat macam itu

macam kau main mario
dah tahu bila kau langgar kura kura, kau mati
kau main 100 kali, 
100 kalilah kau pergi langgar kura kura
kan ke bodoh namanya
orang, lain kali pijak dia

berhentilah jadi bodoh
kerana bodoh itu satu pilihan
bukan paksaan

Thursday, November 7, 2013

Hiatus

lama tak menulis
pada asalnya ini adalah mogok
mogok dari menulis benda yang bodoh
sebab pada asalnya rasa macam tak kena
kalau menulis something of no value
waktu mesir tengah serabut
nampaknya hari ini mogok itu tamat
sebab tulisan kali ini pun agak bodoh

...

Tuesday, August 20, 2013

Mim.Sod.Ro

Mim.
menyesakkan, 
membaca kisah-kisahmu.
menjerut,
melihat tangis, air mata dan darahmu.

Sod.
sabar,
mengikuti perkembanganmu.
sedih,
mengetahui sikap rakyatmu.

Ro.
ribat,
bersedia untuk kamu.
redha,
dengan apa yang tertulis buatmu

Sunday, July 7, 2013

media

umum tahu mesir dalam suasana pergolakan
tetapi hari ini aku tak nak cerita apa yang berlaku

aku nak rage 
rage kepada kebanyakan media mesir yang sangat badul
manipulated
manipulating
bias
salah fakta
tak bertanggungjawab

and the sad thing is 
benda ini pun berlaku pada yang menyampaikan berita dalam bahasa melayu
kecewa betul

Saturday, June 29, 2013

benda aku belajar dekat mesir #2

amaran: 
ini entri melawak saja
jangan nak terasa hati sangat
aku siku dahi sampai boleh takung air hujan nanti

Wednesday, June 19, 2013

benda aku belajar dekat mesir #1

Jangan berlagak.

ini ada lah satu pengajaran yang sangat kerap diajar
almaklumlah, tak tahu nak ambil pengajaran

dalam kes aku, benda ini sangat dirasailah
bila aku berlagak dekat diri sendiri
" hm, minggu ini dan minggu lepas tak ponteng langsung. padu gila aku "
the next day, bam!
confirm overslept
kahkahkah

tak pun 
" kau kena tenang. kau tengok aku steady gila "
malam itu, bam!
serabut kepala dengan masalah

" padu betul aku buat kerja ini. cemerlang hasil dia. "
next day, bam!
flop

hati dengan lisan kena jaga lebih sedikitlah
kita tak tahu apa akan jadi esoknya
bayangkan kalau aku berlagak gila-gila hari ini
cerita pum pang
esok tetiba flop
kalau ada orang kan malu gila punya

jadi jangan berlagak
hang itu manusia saja
masa hang bayi, hang nak bernafas ikut mulut pun tak tahu
lepas itu hang nak berlagak mapan apahal ?
kahkahkah

p/s: 
kalau main dota, tengah early game lead gila punya 10-0
lepas itu start berlagak mula roam tak tentu hala
kena gank
barang apa pun tak ada
masa itu carry dia dah fat
apa pun tak guna
hahaha

noktah

siapa yang kenal aku pasti tahu
aku ini sangat degil, 
hampir mustahil untuk mengalah
dan seorang yang sangat proud
and i will return being one now
i dont regret my previous decisions
sayonara.

19/06/13

Tuesday, June 18, 2013

aku adalah manusia gila

aku berehat di beranda,
melihat sebuah kota lama,
kaherah nama panggilannya,
juga bergelar kota seribu menara,

Friday, June 7, 2013

umph

tidur ini bila betul betul mengantuk
rasa dia lain macam umph dia

bodoh ini bila dah terasa
lain macam sedih dia

nyanyi ini bila tarik not tinggi
kalau jadi, lain macam puas dia

mimpi ini kalau jadi hero
lain macam seronok dia

p/s:
aku dah confused nak buat apa dengan twitter aku sekarang

Friday, May 24, 2013

hujan pagi


mungkin tanah bumi itu sudah lama keringnya, 
hujan yang perlu itu pasti galau hati dibuatnya,
moga dengan basahnya bumi dengan tangismu, 
akan tumbuh pucuk bahagia yang baru,
seperti cuba mencari kata,
untuk menggambarkan warna pada si buta,
tentu sekali kita tidakkan berjaya,
seperti itulah gagal mencari kata 
untuk menggambar apa yang dirasa,
hanya doa mampu dititip buatnya

 -abul 23/05/13-

Wednesday, May 22, 2013

Trapped in the Limbo

awas: ini bukan karangan fakta. ini karangan penuh auta dan pembohongan nyata

pernah dengar istilah Limbo ?

kalau pernah menonton cerita inception, 
ada disebut perihal limbo
yang mana alam mimpi yang tidak boleh dikawal
anda akan sesat di dalam limbo, 
kerana anda tidak sedar anda sedang bermimpi