dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Tuesday, April 12, 2011

zon selesa

semua orang ada zon selesa mereka
aku pun ada
dan selaku seorang yang amat pemalas
zon selesa aku amat terhad
kerana apa?
sebab semua benda aku malas nak buat
jadi aku jarang-jarang sekali keluar dari zon selesa aku
tetapi hari itu aku keluar dari zon selesa aku
bukan sekali tetapi berkali-kali
apa yang aku buat?
aku masuk debat, pengucapan awam, penulisan artikel dan kuiz
apa yang aku fikirkan?
aku dalam keadaan minda yang normal tak mungkin akan terlibat dengan benda-benda itu
sebab terlalu menyusahkan
kalau rakan rapat aku dengar pun mungkin mereka macam tak percaya
sebab bukan sekali mereka suruh aku masuk
tetapi berkali-kali
akhirnya pintu hati aku terbuka ( bukan soal percintaan ya. maaf. kahkahkah)
tetapi sebenarnya sekali sekala keluar dari zon selesa sedap juga
ya lah bernafas dengan udara yang baru
nasib baik dapat bernafas udara pergunungan alps
nasib tak baik dapat bau ammonia (ataupun kentut sebagai contoh mudah)
macam garam dan sarkasme, dalam kuantiti yang sedikit 
boleh menyebabkan masakan menjadi sedap dan kehidupan menjadi seronok
tetapi kalau ambil berlebihan 
masakan jadi masin, siap dapat penyakit lagi
kehidupan jadi tak telus, sebab semua orang ingat apa yang kau cakap merupakan satu sindiran
sedangkan kau jujur
dan benda yang paling selalu berlaku orang jadi muak dan benci dengan sarkasme kau
( itu bukan akulah. aku seorang yang menghargai sarkasme kahkahkah)
tetapi macam mana pun sifat malas aku tak dapat kikis lagi
ya lah semua benda buat paling cepat 2 jam sebelum garisan mati (deadline)
dah aku punya perut pun tengah lapar
puasa sunat pun dah lama tak buat
jom kita puasa sunat ramai-ramai khamis ini ?
nak?

p/s : perasan tak aku guna istilah benda-benda seolah-olah aku menggunakan nada condescending pada benda tersebut?
dan sekarang baru aku rasa lame gila bila tulis frasa
" eh lama betul aku tak update", "dah bersawang dah blog aku ini ya" dan sebagainya
kahkahkah jangan terasa ya kawan-kawan kahkahkah



2 comments: