" sejarah "
sejarah tak pernah menjadi subjek kegemaran aku
sehinggalah aku bertemu cikgu sejarah tingkatan 5 aku
kenapa ?
setiap kali dia membuat kelas tambahan
dia pasti menyediakan makanan-makanan yang lazat
bahkan kami pernah membuat jamuan akhir tahun di bulan mei
apahal !
nasib baik semua makanan ditanggung oleh beliau
sate, lamb chop dan ayam golek serta banyak lagi menjadi hidangan
dia memang terbaik
bayangkan,
aku baru lepas fly kelas dia untuk memenuhi aktiviti krs
[ baca :kadet remaja surau ]
tiba-tiba berselisih dengan dia
lantas aku menegur dengan muka tersipu-sipu malu
dia hanya senyum dan ketawa
sungguh aku berbangga dengan beliau
cukup dengan itu.
jadi, tentang apakah tulisan kali ini ?
sebenarnya aku nak cerita proses perjalanan dan penubuhan blog aku
ketika menjalani latihan tempur [ baca : tidur ] di intec,
lecturer aku menyuruh kami membuat blog
yang bakal disemak dan diberi markah ( endingnya tak dapat markah pun )
jadi aku yang sudah memiliki cita-cita untuk membuat blog
terus mengambil kesempatan terhadap permintaan lecturer tersebut
ditambah pengaruh rakan sebaya seperti elwani dan abang aku,
aku dengan gigih dan bersemangatnya membuat satu tulisan bertarikh 26/05/09
jujur aku katakan
kebanyakan dan barangkali kesemua tulisan-tulisan di intec aku sampah
naik malu aku membacanya
dahlah penuh dengan kesalahan tatabahasa yang mudah
jelas ternyata kebangangan aku di situ
dahlah membosankan tahap beruang
dengan lawak-lawak tak jadinya
senang cerita aku telah membazir ruang internet dengan 21 tulisan tak berguna
sebanyak 21 tulisan ditulis semasa aku di intec
sehinggalah 03/09/09 tulisan terakhir aku di intec dihasilkan
sebelum terbang aku menulis satu tulisan bertarikh 06/09/09
tulisan ini banyak dipengaruhi oleh manga one piece
kemudian aku terbang ke mesir
10 hari selepas tiba,
tulisan pertama aku di mesir di tulis
masih lagi mengekalkan unsur-unsur kelembuan dalam tulisan
semasa di tahun 1, aku jarang sekali menulis
kerana kelajuan internet yang mengecewakan
berbekalkan broadband etisalat dan hati yang malas
hanya sebilangan tulisan dihasilkan setiap bulan
perkara ini berlanjutan sehinggalah aku naik tahun 2
perkara mula mengalami perubahan
sebelum berpindah aku sempat menulis satu lagi tulisan yang lembu
aku berpindah ke rumah baru yang dilengkapi internet yang tak mengecewakan
aku mula rajin menulis
bulan oktober merupakan peak bagi musim menulis aku
sebanyak 12 tulisan dihasilkan
kemudian turun kepada 7 tulisan --> 8 -->
1 --> 4 --> 10 --> 4 --> 3 bagi bulan-bulan berikutnya
sehinggalah hari ini
kemudian aku tersedar
oh, dah seratus rupanya hasil tulisan aku dihasilkan
namun unsur-unsur kelembuan masih diterapkan dari bangku sekolah hingga sekarang
pada mulanya, aku ada mengkongsikan link aku di facebook
kemudian setelah berfikir sejenak
aku rasa sangat lame dan tak macho
jadi aku terus bergerak underground sampai sekarang
ada yang kata blog aku tak sedap
ada yang kata dia dah berhenti baca blog aku
ada yang tak pernah masuk pun
tetapi satu perkara yang ingin aku tekankan
tidaklah aku menulis untuk dibaca oleh orang
bagi aku proses penulisan ini bertujuan untuk aku mengakses
sejauh mana kematangan aku berfikir
dalam mengharungi liku-liku dan perit ranjau kehidupan aku
dan bertujuan sebagai kapsul masa aku
andai aku ingin menyelami pemikiran aku nanti ketika aku sudah tua
aku hanya perlu membelek tulisan-tulisan aku
dan aku boleh bernostalgia berseorangan
sambil mengutuk diri sendiri sesuka hati
aku juga bebas untuk perasan puitis dengan menulis sajak-sajak merepek
dan kata-kata berirama serta kata-kata hikmah yang dicipta oleh aku
jadi dengan itu aku merasmikan majlis penulisan keseratus aku
dengan satu kata-kata hikmah yang berlegar setiap kali aku perasan
supaya aku tidak lupa daratan
" always do remember, the world does not revolve with you as the center of it. Quit getting full of yourself and work your lazy ass now and please, get a life you moron "
sekian terima kasih dan maaf atas kekasaran bahasa yang disengajakan
entry2 lama kau yang di linkkan kat atas ni, rasanya tahun 2009 kan? bukan 2011.
ReplyDeletedan...aku tak pernah ponteng kelas zaman sekolah dulu. oh gila baik aku!
bagus gila kau sedar
ReplyDeleteaku tak perasan pun
aku ponteng berseabb tak apa
kahkahkah
lembu yang comel..wakaka
ReplyDeletehaish. jgn ckp la bab bab tatabahasa
ReplyDeletehousemate aku if bace my blog mesti ade jugak bende yg tersalah eja.
it's either disengajakan @ xdisengajakan @ aku mmg xtaw pun.
tapi xde sape penah tegur kecuali dia.
and yes, menulis bukan utk org baca
kalo nak bagi org baca mungkin xtertulis kowt.
and if thinking of people bace blog kite, buat kite mcm nak buang je semua post bercelaru.
haish. terluahkan perasaan la pulak. ^.^"
maaf
penguin = comel
ReplyDeleteberuang = comel
lembu = tak comel
lembu = bodoh
kasihan lembu kahkahkah
izyan: aku biasa proofread 2-3 kali juga
baru kurang salah
kalau menulis untuk orang baca
aku tak boleh tulis benda yang aku nak tulis
aku hanya akan tulis benda yang orang nak aku tulis
buat apa !
aku memang kerja kaunselor sekarang
kahkahkah
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteapa hal tetiba no
ReplyDeletebetullah
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletedegilnya budak seorang ini haish
ReplyDeletelembu.beruang. binatang yang berkeliaran dalam entri kau. ye dak?
ReplyDeleteitulah
ReplyDeleteagaknya aku salah ambil profesyen kedoktoran agaknya
patut ambil perladangan
aduh kelakar sungguh post pertama kau.
ReplyDeletetak tahan.
tampak kematangan penulisan kini.
selamat menulis!
lambat gila kau komen kahkahkah
ReplyDeleteaku tak nak menulis 2-3 hari
nanti aku tulis balik ok !
cool jgk buat post mcm ni
ReplyDeletecool ?
ReplyDeleteterima kasih kahkahkah