ini cerita masa sekolah rendah
aku jadi pemain pertahanan
aku suka tackle orang secara ganas
keganasan aku amat masyhur sekali
aku masih ingat muka rafie merah-merah akibat marah
kemudian masuk sekolah menengah
minat aku masih ada
cuma memandangkan satu kelas ada dekat 20 orang lelaki
dan pj campur dua kelas
menjadikannya 40 orang
aku tak berpeluang main
jadi aku pun cakap pada diri sendiri
" tak apalah main bola sahaja pun"
macam musang dengan anggur
stamina aku dan kekuatan aku yang terbina sejak kecil semakin merosot
aku meningkat lagi dewasa
stamina dah macam lembu
lari 100 m tak sampai 50 m dah pancit
100m pun masa dekat 16 saat
aku pun putuskan
" aku tak suka berlari dari kecil lagi "
aku bermain bola dengan jarang-jarang sekali
setahun adalah 2-3 kali main
aku beralih kepada sukan bina badan
makin dewasa
sukan bina badan aku suka tetapi tak berapa nak buat
sukan bola padang yang kini diganti dengan futsal pula menggila
tetapi sayang aku sudah mati minat
aku macam budak-budak main lori bomba
sekali sepak seronok macam orang gila
tak dapat sepak seronok macam gila
sepakan aku pun dah makin lemah
aku jadi pemain bola sosial
dan penonton bola sosial
aku hanya bermain dan tengok untuk bersosial
seperti seorang perokok sosial
cuma aku lebih berhemah
dan aku terfikir
apa yang akan terjadi pada sukan bola
pada hati aku tak lama lagi
kerana kita sentiasa menua
dan bukan semakin muda
aku sedang merayau-rayau dalam otak aku yang berselirat
aku suka apa sebenarnya?
nak main game dah hilang nafsu
tengok cerita jepun pun sama
main chess?
sejak kena sound masa form 1 aku dah jarang gila main
entah mungkin aku kena mencari lagi
aku dahulu tiada ps2 dan setiap kali aku teringin nak main game ps2
aku akan men download FAQ game tersebut dan membacanya
aku bermain dengan imaginasi aku
dan bila aku main game tersebut aku hilang minat
sebab imaginasi aku lebih sedap
nampaknya aku kena terus bermain dengan imaginasi
seperti seorang budak 2 tahun yang mendapat lori bomba
tetapi aku tak pernah dapat lori bomba rasanya
jadi cukuplah aku main dengan imaginasi lori bomba
kadang-kala ilusi otak ini sungguh berguna
kan?
p/s: masalah dengan imaginasi sangat banyak
sekarang aku susah nak berhenti berfikir
sebab setiap kali aku nak berhenti berfikir
aku akan berfikir untuk berhenti berfikir
dan itu bermakna aku sedang berfikir benda yang aku nak hentikan
mungkin ini antara penyumbang masalah memory blank aku
kan?
main chess?
ReplyDeletesejak kena sound masa form 1 aku dah jarang gila main
kena sound?mengapakah?
TSYKS: panjang betul nama kau
ReplyDeletemalas aku dibuatnya
dikatakan bahawa main chess itu makruh
dan itu terus menjadi deal-breaker
aku tak pasti kesahihannya
siapa sound kau?
ReplyDeletemestilah cikgu aku
ReplyDeletetak kan cikgu kau kan
kahkahkah
form 1 bukan sekelas dengan kau ke
ReplyDeleteoh ya ke?
ReplyDeletekau siapa?
xpelah.
ReplyDeletepakai nama serabut-serabut lepas itu expect aku tahu
ReplyDeletenasib baik tulis agak baku
dan aku tahu
aku lempang nak?
cikguku
cikguku?
ReplyDeleteku apa?
ustazah ku?
ReplyDeleteoh. form 3 lah.form 1 dia tak ajar pun
ReplyDeleteke,ustazah Z?
ReplyDeletehaha.
entahlah aku pun tak pasti
ReplyDeleteserius
Mainan imaginasi ko bole main 2 player tak?
ReplyDeleteMacam seronok je.
itu mainan lain pipi
ReplyDeletekahkahkah
Sumpah aku tak maksudkan yang tu.
ReplyDeleteSengoti!
maksudkan apa ?
ReplyDeleteserabut betul kau pipi
kahkahkah
sengoti? dasar pengkhianat negeri
hekhek
p/s: aku tak tahu maksud sengoti
maksud sengoti pun tak tahu.
ReplyDeletelemah.
apa maksud sengoti?
ReplyDeleteSengoti=betul-betul (loghat Klate)
ReplyDeleteterima kasih atas info
ReplyDelete