dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Friday, December 28, 2012

seeing but not believing

aku seorang yang cakap lepas di dunia nyata
sebab itu ramai tak tahan dengan ayat aku
aku sendiri pun tak tahan 

jadi untuk compensate, aku letak filter kuat dalam dunia maya
nak tweet apa-apa kena fikir
nak letak status kena fikir
apa akan jadi ?
adakah ini satu teriakan seorang yang sunyi
a cry for help kata michael gordon [bukan nama sebenar]

Thursday, December 20, 2012

what actually happened

cerita kali ini agak panjang
mengisahkan tentang kehidupan seharian budak bernama B

memandangkan hari itu B datang lambat ke kelas
maka dia berazam untuk datang awal ke kelas esoknya
B teringat bahawa dia mempunyai tali gantung chelsea dan manchester united yang dia dapat sewaktu ziarahnya ke uk
maka dengan hati bersemangat waja, B menyimpan tali tersebut ke dalam beg sekolahnya

pagi esoknya B dikejut oleh ahli beitnya AA untuk solat subuh
usai solat subuh, B tidak tidur seperti kebiasaannya
B memilih untuk membuka desktop awangnya dan membaca tweets daripada kawan-kawannya

bosan, B lantas membuka laman web manga kegemarannya
sedang B membaca, rasa lapar menghantui diri
maklumlah, semalam B tak makan malam
maka B pun bersarapan dengan nasi dengan lauk ayam masak lemak beserta neslo yang dibuatnya semalam
sedang B bersarapan bunyi pintu berbunyi
* bang *
B berfikir dalam hati
" fuh, 7.30 dah pergi kelas. mantap betul ahli beit aku ini "
kemudian B sambung bersarapan sambil membaca komik

jam hampir menunjukkan pukul 8
maka B membaca manga toriko dengan bergegas
tidak melihat detail lukisan manga tersebut
kerana enggan lewat ke kelas

Tuesday, December 11, 2012

jambatan

tulisan kali ini bukan untuk cerita tentang jambatan hakiki
tetapi lebih kepada cerita metafora jambatan itu

jambatan fungsi asasnya adalah menghubungkan dua tempat 
yang mana dipisahkan oleh laut atau gurun atau lubang yang dalam

ada manusia yang bersifat dengan sifat jambatan 
manusia seperti ini sangat rare
dan sangat diperlukan dalam mana-mana komuniti
malah ini merupakan salah satu daripada perbuatan yang mulia

" maka apabila kamu terlihat akan satu pertelingkahan maka damaikanlah mereka "

Monday, December 3, 2012

medan tahrir 2 bahagian 2

23 November 2012

antara peristiwa yang berlaku rentetan daripada deklarasi ini ialah pembakaran pejabat parti FJP [ freedom and Justice Party @ jamiyah hurriyah wal adalah ]
trend penunjuk perasaan anti-morsi dilihat lebih radikal dan lebih agresif
saling membalas batu bahkan molotov

dan ramai dalam kalangan mereka hanyalah remaja
fakta ini membawa kepada satu teori bahawa mereka-mereka ini di upah untuk membuat kekacauan
dan ini bukanlah satu benda yang asing baik di malaysia mahupun mesir
sudah terbukti ketika revolusi yang lepas terdapat samseng-samseng yang diupah untuk membuat kacau bilau

24 November 2012

kali ini pejabat FJP di muhafazah [ negeri ] Damanhur diserang
ada satu korban jiwa

25 November 2012

himpunan menunjuk perasaan mula bertambah besar
terutamanya di pihak anti-morsi

medan tahrir 2 bahagian I

bismillah
jadi ramai orang macam tertanya-tanya 
izzai masr annahardah ?
apa khabar mesir hari ini ?

jadi aku ingin bercerita
benda yang berlaku hari ini bukannya one off event
tetapi lebih kepada chain reaction
berasal dari satu peristiwa 
lalu berlaku ripple effect 

ramai orang ada pendapat mereka sendiri tentang permulaan demonstrasi besar-besaran ini 
tetapi pada pendapat aku demo pertama bermula ialah pada ulangtahun peristiwa ahdas syari mohamed mahmoud
di dalam peristiwa inilah sheikh Imad Effat ulama azhar bertemu syahid di jalan Allah akibat di tembak