dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Sunday, May 1, 2011

mari bersama aku

hari ini
aku nak mengajak semua orang
aku nak minta kepada semua orang
mari bersama-sama dengan aku
kita ikhlaskan hati
kita khusyukkan jiwa
selepas kepala dipalingkan ke kanan dan ke kiri
sejurus selepas mulut terkumut kamit berzikir
kita menadah tangan kepada Ilahi
kita semua memohon sekali
agar bonda aku diampunkan salah dan silap
dimurahkan rezeki
diberikan umur yang bermanfaat
harta yang berkat
anak yang taat
jiwa yang cekal dan tabah
minda yang tajam
tubuh badan yang kuat
dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat

moga doa kita semua makbul 
dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi berdoa
yang lebih penting bukanlah doa yang dikarang di facebook dan di blog
tetapi doa yang dibaca dengan ikhlas sesudah menunaikan solat
selamat bersara bonda dan selamat berumrah !

daripada : insan yang berhutang banyak
 

8 comments: