apa itu simbol ?
bila sesuatu benda itu menjadi simbol
maknanya benda tersebut dikaitkan dengan sesuatu ideologi, perkataan, perbuatan, manusia dan sebagainya
siapa yang memberi makna kepada simbol ?
yang memberi makna kepada simbol ini ialah orang ramai
semakin ramai orang yang menggunakan benda yang sama sebagai simbol maka semakin kuatlah simbol tersebut
sesuatu simbol itu tak bermakna jika kau seorang sahaja yang tahu
dan tanpa makna sesuatu simbol itu tak berguna
bendera negara hanya akan menjadi sehelai kain perca yang berwarna-warni
tetapi bila diberi makna, kain yang berwarna tersebut akan menjadi simbol kedaulatan sesuatu negara
sebab itu dikibarkan bendera apabila sesuatu benda yang mengharumkan negara dibuat
sebab bendera [ kain berwarna ] itu telah diberi makna sebagai kedaulatan negara
jadi apabila ada orang membakar bendera sesuatu negara,
bukankah yang dibakar hanyalah kain biasa yang berwarna-warni ?
tetapi kenapa rakyat negara tersebut marah ?
sebab bendera negara itu simbol kedaulatan mereka
menghina bendera samalah seperti menghina kedaulatan negara
sama juga seperti jari tengah
ya bila kita acungkan jari tengah bukankah secara mudahnya kita acungkan jari kita sahaja
apa salahnya ?
tetapi kenapa ada orang rasa tersinggung ?
sebab jari tengah itu dikaitkan dengan perbuatan yang vulgar
dan benda ini diterima oleh seantero dunia
jadi jari tengah ini menjadi simbol yang vulgar
dan orang ramai akan marah apabila ditujukan dengan jari tengah
apa hal aku cerita tentang simbol ?
sebab ada orang cakap
apa hal kita kena berhimpun, menjerit kuat-kuat, buat sesak jalan raya. kan menyusahkan ?
apa perbuatan tersebut boleh membersihkan pilihanraya ?
ini yang di panggil pendek akal [ maaf kasar ]
sepertimana kain berwarna-warni yang pada asasnya tiada apa
boleh menjadi simbol kedaulatan negara apabila diberikan makna
begitu jugalah dengan sesebuah perhimpunan
perhimpunan bersih ini adalah satu simbol yang membawa maksud rakyat bencikan sistem pilihanraya yang kotor, dan mahukan perubahan, mahukan keadilan
tetapi makna ini tak kan sampai jika yang memberi hanyalah seorang
sebab itu dikumpulkan orang ramai
supaya simbol [ perhimpunan ] ini akan menjadi kuat
apa bila simbol ini kuat barulah orang akan ambil peduli
sepertimana orang akan ambil peduli dengan tidak membakar bendera negara sewenang-wenangnya
ha. faham tak ?
jadi kesimpulannya
makna bersih ini bukan terletak pada aku seorang tetapi kepada semua orang
jadi nak tanya apakah makna yang kau beri pada bersih ?
p/s: kalau soal ambiga hindu itu semua boleh baca di
nikabduh.wordpress.com, atau di
harakahdaily. aku malas nak cerita panjang lebar.
masa inilah kau nak belajar berbaik sangka.
bukan dengan ambiga
tetapi dengan Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang, Ustaz Asri Zainal Abidin, Ustaz Zaharuddin dan banyak lagi ustaz-ustaz lain yang menyokong bersih.
nak tanyalah agak-agak kau kalau bersih ini nak jatuhkan islam, mereka para alim dalam agama ini nak sokong ke ?
asyiklah cerita tentang berbaik sangka kan ?
aku nak tengok boleh tak kau berbaik sangka dengan mereka
PARA ULAMA WARISAN NABI SAW
kalau tak boleh juga berbaik sangka dengan mereka
rasanya dah boleh dah perlahan-lahan lempang diri sendiri laju-laju kahkahkah
lagi satu, tolonglah pandang jauh sedikit ke depan
kalau sebab takut jalan sesak, takut pelancong menjadi sedikit
kau sanggup biarkan pilihanraya penuh dengan penipuan berlarutan lagi 10-15 tahun [ sebelum ini pun dah lama menipu ] yang akhirnya akan menaikkan pemimpin yang menipu dalam pilihanraya
itu pilihan kau
tetapi pilihan aku lain
maaf panjang dan lambat
almaklumlah peperiksaan esok
doalah agar dipermudahkan
lagi satu, ini bukan abul yang tulis ya. ini ada hacker yang tulis kahkahkah
jadi janganlah tuduh dia bersih
dia sokong patriot kahkahkah