dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Friday, September 17, 2010

ulang tahun di mesir

beberapa hari lepas genap setahun aku di mesir
banyak pengalaman aku dapat
tetapi pencapaian aku agak kurang
aku ingat masa ini arab aku dah berhabuk tahap kilang gandum
tetapi belum lagi
tetapi satu perubahan yang besar telah berlakulah
aku rajin jalan sedikit berbanding dahulu
buktinya,

semata-mata untuk mandi dan melihat keindahan alam ciptaan Allah
aku telah jalan sejauh hampir 500km ataupun 6 jam
haha
aku kagum dengan diri sendiri (bukan riak)
destinasi matruh yang lawa tetapi diburukkan oleh manusia
tetapi tak mengapa aku salah pilih tempat
nanti aku pergi lagi aku cari tempat mantap untuk mandi

....................................................................................................................................................................

lepak matruh itu mestilah mandi laut
kini aku sudah boleh berenang sedikit
adalah dalam 10 saat aku boleh maintain posisi renang aku
lepas itu hammer macam biasa
tetapi ini satu perubahan drastik yang akan menjadi pencetus semangat
untuk aku terus berenang
(macam ayat pemenang pingat emas olimpik)
kalau ada nak gerak matruh boleh ajak aku
kita lepak sana sekali lagi

....................................................................................................................................................................

budak jpa baru dah nak sampai mesir
mestilah kena buat majlis
malangnya budak tak balik tak ramai
jadi yang tinggal termasuk aku yang hardcore pemalas ini pun terlibat
nasib baik aku jaga dewan
senang kerja
tetapi macam biasa life without a challenge is like eating a flavourless food
ingatkan hujan sampai ke petang sekali taufan di tengah hari
sedikit lagi aku mahu menghamburkan kata-kata kesat yang melampau
nasib baik aku baik
muahahahaha

3 comments:

  1. kecoh cakap dah boleh berenang!
    padahal 10 saat sahaja!!
    ahaha!
    kau memang hammer.

    ReplyDelete
  2. wah!!seronoknye!!! ble la bley jejak kaki ke bumi mesir uh....^^,

    ReplyDelete
  3. wani:boleh itu boleh
    kau jangan nak buat kecoh sini
    aku pukul sia sia
    suda: nampak seronok tetapi khabar orang itu tak sama dengan pengalaman sendiri

    ReplyDelete