dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Saturday, September 4, 2010

Lembu

semenjak dua ini
banyak masa aku habis dengan membaca blog orang
aku nak baca buku tiada buku
blog pun jadilah
ada yang aku mula dari awal
ada yang aku baru setahun terbaru sahaja dan lain-lain
pada aku, mahasiswa sekarang terlalu tertumpu pada pengkhususan
sehingga dia tinggal sains sosial, ekonomi, isu semasa dan agama
bukannya aku suruh dia buat associate degree ke apa, tetapi atas dasar dahagakan ilmu
dan ingin mempertajamkan hujah

kita perlu ada pengetahuan am yang luas, kalau setakat budak kecil sebelah rumah pun kau tak dapat yakinkan
ini pula bapa budak, yang rata-rata berpendidikan
janganlah sampai orang kata yang kita ini jumud, badut kerana kurang ilmu
membaca itu asas ilmu, kalau tak membaca macam mana kau nak tahu....
p/s: jangan sampai lembu malu disamakan dengan kita
hihihi
....................................................................................................................................................................

pada isu lain pula, aku hilang selera semenjak dua ini
buka kurma minum air sedikit
makan nasi masa nak sahur esoknya
mungkin sebab kurang bekerja
itu yang tak lapar
lagipun aku sekarang tengah dalam proses menukar jam biologi aku ini
mula tidur pagi ke petang ke lepas magrib dan akhirnya lepas isyak
aku tak kisah mana kalau cuti
tetapi kelas dah nak mula
kalau aku tidur pagi bila kala pula aku nak pergi kelas
tak kan tak pergi
mengamuk pak cik JPA nanti
hihihi

....................................................................................................................................................................

target item untuk dimuat turun bulan ini ialah 13 jdorama, mafia 2, gangsters 2, dan napolean total war yang dah berkurun di tangguhan aktiviti muat turunnya
sayang rumah sewa tiada internet lagi
aku pun tak duduk rumah aku lagi
menumpang rumah orang sahaja sekarang
hihihi

4 comments:

  1. hukhukhuk
    sy tahu mngapa anda serba xkena ni.
    mungkin disebabkan sepeninggalan sy.mungkin?
    hukhukhuk resepi k*ah kac**g afna*

    ReplyDelete
  2. mungkin juga ammar
    aku pun kurang pasti
    tentang resepi itu kau kena tanya abang p**e
    sesungguhnya dia lebih tahu daripada aku
    hihihi

    ReplyDelete