dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Saturday, July 3, 2010

aku punya rancangan

akhirnya aku berada dalam bulan 7
bulan yang paling sibuk kalau ikut jadual aku
mungkin orang lain cakap bulan 6 yang penuh dengan peperiksaan itu sibuk
tetapi tidak aku
bulan 7 banyak benda aku nak buat
habiskan peperiksaan akhir aku
dah habis nak pergi city star dan futsal
ingat nak angkat baju sehelai

lepas itu pergi makan malam batch aku
sebelum pergi nak kena karang ucapan dalam bi
aku pun tak tahu apa "crap" yang aku nak cakap nanti
dah habis dinner nak botakkan kepala
sebelum botak nak kena ambil gambar kenangan rambut panjang
lepas itu aku nak merantau
mensucikan jiwa
alang-alang aku nak cukur kepala
balik merantau aku nak cari rumah sewa kosong
nampak gayanya bulan depanlah aku boleh duduk depan laptop tengok maki aku
aku ingat nak habiskan buku The Prince tulisan Niccolò Machiavelli aku baru sampai bab 8
lepas itu aku nak baca buku lain
sahaja nak luaskan pemikiran aku yang terbatas dengan medik sejak berbulan yang lepas

p/s: hasrat aku aku dapat selesaikan semua ini dengan ketenangan dan kemudahan dan harapnya perbuatan aku diberkati dan diredhai

No comments:

Post a Comment