aku tengah lepak dekat kutub utara tiba-tiba nampak seorang beruang tengah bersedihan
aku: assalamualaikum. kau kenapa beruang??
beruang: waalaikumussalam boss. aku tengah sedih boss sob sob sob
aku: eh, kau pun nak sedih juga. biasa aku yang sedih. cuba kau cerita pada aku yang kacak ini.mana tahu boleh membantu
beruang: aku bukan apa boss. aku masa kecil-kecil dahulu degil. bapa aku suruh mengaji aku lari pergi main PES 2011. sekarang aku dah besar aku tak berapa nak tahu mengaji al-quran kalau main pes memang menang selalu.
aku: oh, kau jangan sedih beruang. kau nak memperbaiki bacaan kau itu satu perkara yang bagus. mungkin sekarang kau tergagap lagi tetapi kau kena ingat. permulaan itu memang sukar tetapi hasilnya amat-amat berbaloi. lagipun kau dapat pahala membaca dan belajar. kan untung
beruang: tetapi boss. aku dah putus asalah sekarang. tak pandai-pandai lagi
aku: cuba kau berfikir sejenak beruang. dalam apa pekerjaan sekali pun yang kita nak capai. apabila kita putus asa masa itulah segala harapan itu akan hilang begitu sahaja. akan tetapi kalau kita terus berusaha sekurang-kurangnya kita masih ada harapan untuk berjaya. jangan nanti bila kita mati ditanya kenapa tak buat kita terdiam terpaku terpana. kalau kau belajar sekurang-kurangnya kau ada jawapan, aku sudah cuba namun ajal sudah tiba sebelum sempat berjaya. ingat kata beruang tua-tua nak seribu daya tak nak seribu dalih
beruang: betul juga kata boss itu. terima kasih boss. sekarang aku makin terbakar untuk terus belajar. sayang boss hee~~
aku: sayang kau juga kahkahkah. kalau bukan kita beruang-beruang ini yang nak saling mengingati siapa lagi. tak kan nak mengharapkan kanggaroo di australia kan kan kan kahkahkah
beruang: cuma satu aku pelik boss??
aku: apanya??
beruang: kenapa aku jarang nampak boss mengaji?? kahkahkah
aku: *headshot*
p/s: Kalau Nabi SAW junjungan kita pun bertalaqqi dengan Jibril AS kenapa tidak kita???
p/p/s: masalah memori aku kembali menyerang....
hahahaha. part yg last tu tak bleh bla. tp isi mantap! mampu memotivasikan diri. ^__^
ReplyDeletekalau termotivasi motivasi aku dan kawan-kawan lain
ReplyDeletejangan nak makan berseorangan
kahkahkah
headshot!!
ReplyDeletekau pun kena ke headshot??
ReplyDeletekahkahkah
nice!
ReplyDeleteterima kasih mama
ReplyDeletehaha