aku tulis entri kali ini lepas aku baca kawan aku punya post
menarik aku suka
aku banyak idea nak tulis
tetapi bila idea datang aku suka imaginasi
aku nak tulis apa, apa respon dia, apa jadi lepas itu
aku buat simulasi penuh
lepas itu aku tak tulislah entri tersebut sebab aku dah buat simulasi penuh
faham ke tak ini??
tak faham tanya nanti..
satu ramadhan kali ini aku banyak kali terbuat benda-benda membatalkan puasa
termasuklah memasukkan sesuatu ke dalam rongga-rongga badan
ahaha
mungkin terkejut agaknya
masa puasa sunat tak pula aku buat macam ini
....................................................................................................................................................................
lama aku tak tidur malam
dari 23/07/2010 hingga hari ini aku baru tidur malam 2-3 kali
itu pun sebab ada program KUNTUM rujuk sini
ada bagusnya tak tidur malam
subuh tak tinggal
tetapi tahajud pula terlepas
haisyh...
nak kata tak mengantuk, kadang-kadang mengantuk juga
tetapi baring-baring hilang mengantuk
macam mana nak buat aku pun kurang pasti
....................................................................................................................................................................
pindah rumah aku ditangguhkan
alasannya kalau aku pindah tilam rumah baru
aku nak tidur mana
nak tidur rumah baru peti sejuk, dapur, mesin basuh semua tiada lagi
macam mana nak hidup
nak tidur rumah lama tilam pula tiada
haisyh...
keliru aku
nak pergi pagi hari ini aku nak tidur
maklumlah aku tak tidur malam kena tidur pagi
nak pergi tengah hari panas
nak pergi petang kena berbuka
nak pergi malam tarawikh
nak pergi tengah malam mana ada orang beroperasi tengah malam
....................................................................................................................................................................
panjang entri aku kali ini
terakhir sekali
ada budak tegur aku tak ucap selamat ramadhan pada kawan-kawan aku
aku nak ucaplah di sini
Selamat Menahsinkan diri sendiri,al quran dan segala benda di bulan Ramadhan
semoga ibadah kita dibuat dengan niat yang betul dengan cara yang betul
sebab niat tak menghalalkan cara dan cara yang betul dengan niat yang salah pun salah
banyakkan bertadarus alquran, berqiamullail dan beribadat senang cerita
aku cakap lebih buat kurang
jangan jadi macam aku
tengah berubah sedikit demi sedikit
aku suka cara baru dapat hari itu
kalau kita ada perangai buruk
seperti mengutuk dan mencarut
cuba tengok lepas sebulan
adakah kita masih sama atau sudah berubah
tampallah mana-mana dinding ke dahi ke
ingatkan diri sendiri
(aku tak pernah main tampal-tampal main warna-warna dalam peperiksaan adalah)
p/s: aku rasa ini entri terpanjang aku selama ini ahaha
(aku baru habis layan futurama season 1-5 serta special hehe)
hahahaahah
ReplyDeleteaku suka entri ni.
hahahahah.
tak ada button likes ke?
hahaha.
jahatlah kau..budaklah sangat kann..
hahha.
aku nak tulis apa, apa respon dia, apa jadi lepas itu
aku buat simulasi penuh
lepas itu aku tak tulislah entri tersebut sebab aku dah buat simulasi penuh
-ini aku faham.kau pernah cakap dulu-
kau nak aku buat ke??
ReplyDeletenanti aku buat
habis nak tulis wanita
gila ke
mana masuk dengan jiwa aku
faham bagus
p/s: laju gila kau komen
(heroes tiada season 5. dah tamat)
ya.kau kena buat.
ReplyDeletenanti aku likes.
wanita?errr..jangan.terjeluak aku nanti.
laju apanya.
biasa sahaja.
kenapa tiada season 5?
kena ada! ahh..wajib ada!
aku tak puas hati.sylar dah jadi baik.
kena tengok.mana kau tahu dah tamat?
-tak puas hati-
nanti nanti
ReplyDeleteaku sibuk sekarang
habis kau nak apa??
aku tahu sebab aku kacak
muahahaha
tetiba kau sibuk
ReplyDeletekata cuti..
aku nak ..seorang hamba Allah..
haha.lagi mantap.
peh.tak ada kaitan betul!
betul-betullah woi..!
bukan ramadhan kita kena sibukkan diri ke??
ReplyDeletenanti aku tulis
kalau aku nak tulis tentang kaulah
sesuatu yang aku rasa macam mustahil
muahahha
betullah!!
touché.
ReplyDelete-manalah aku nak tahu kau sibuk dengan memperbanyakkan amalan.kau kan suka tidur.wahahah-
ada aku kisah?
dah tahu dah.
mana aku tahu kau
ReplyDeleteyang pasti aku tak kisah
aku juga yang bagi link
lepas itu nak berlagak
bila aku berlagak?
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=JeD3mPcY0v8..
ReplyDeleteko tgk video ustaz ni sampai habis..dia cerita mengenai puasa..byk benda yang org melayu salah anggap dalam bab puasa..
sudah tengok
ReplyDelete