ya aku mudah lupa
dan ya cara termudah untuk membiasakan diri dengan keadaan baru ialah
lupa akan keadaan lama
dan ya aku banyak kali lupa
ya aku tak ingat nombor telefon orang
ya aku juga tak ingat hari jadi orang (termasuk hari jadi sendiri dahulu)
ya aku lupa keluarga kawan aku macam mana
ya aku lupa apa yang aku belajar hari ini dan semalam
ya aku lupa aku nak buat apa tadi
ya aku lupa aku dah sembahyang berapa rakaat
ya aku lupa yang aku dah sembahyang belum
ya aku lupa siapa nama penuh kau
ya aku lupa makanan kegemaran kau ( aku tak tahu makanan kegemaran aku)
ya aku lupa kau suka minum apa
ya aku lupa umur kau berapa
ya aku lupa macam mana muka dia
ya aku lupa tujuan aku sebenarnya
ya aku lupa untuk berbuat kebaikan
ya aku lupa untuk mencegah kemungkaran
ya aku lupa yang ini adalah benar
ya aku lupa ini adalah salah
ya aku lupa cara hidup yang sebaiknya
ya aku lupa nak membuat sebarang bentuk komunikasi dengan kau
ya aku lupa banyak benda
tetapi aku tak lupa yang kau kawan aku
dan aku harap kau tak lupa untuk ingatkan aku
apa yang patut aku ingat
sebab kita kan kawan
yang kaki lupa,
Abul Akmal Arif Bin Anuar
tak salah lupa.nanti ingat balik.atau ada yg akan mengingatkan insyaAllah
ReplyDeleteya
ReplyDeleteitulah harapan entri ini
aku harap masih ada lagi yang sudi mengingatkan
aku
manusia memang sifatnya lupa. bersyukurlah anda manusia yang normal, kerana memiliki sifat lupa :). selalu beringat dan mengingatkan
ReplyDeletelupa itu ada kalanya nikmat
ReplyDeleteserius
ingat dan mengingati itu yang penting sekali