dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Wednesday, October 27, 2010

beruang dan aku siri 3

di waktu senja yang menggamit jiwa
beruang baru pulang dari kelas mengaji beliau
tiba-tiba beliau terlihat bossnya sedang duduk di atas buaian rumahnya
beruang: boss buat apa itu??
aku: salam tiada apa tiada. tak beradab betul kau. nak kena siku laju-laju ke
beruang; maaf boss. excited tahap beruang tadi kahkahkah. assalamualaikum boss. boss sihat heee~~
aku: waalaikumussalam. aku sihat alhamdulillah. kau?? aku tengah baca buku sekejap
beruang: sihat juga. sayang boss dengan saya kan kan kan. buku apa boss baca itu?
aku: buku "The Prince" (TP) karya Niccolo Machiavelli dengan buku " Man From Mars, Women From Venus" (MV) karya John Gray
beruang: buku tentang apa itu boss?? macam menarik aku tengok


aku: buku TP ini tentang bagaimana cara seorang itu patut memimpin negaranya berdasarkan cara-cara perolehan dan situasi-situasi yang timbul. Contohnya kerajaan yang mempunyai seorang ketua mutlak seperti turki uthmaniah itu sukar di tawan tetapi apabila dijajah senang dikawal berbanding negara france yang menggunakan sistem bangsawan memerintah (baron) senang ditawan tetapi sukar dikawal.
beruang: oooo. yang buku MV itu boss tentang apa pula??
aku: buku MV ini ialah buku kounseling untuk perhubungan secara khususnya perkahwinan. asas buku ini ialah menceritakan perbezaan pemikiran dan perbuatan lelaki dan perempuan itu.
beruang: kenapa boss baca buku-buku macam ini??
aku: Kita kalau nak meluaskan pemikiran, kita kena luaskan pembacaan baru ada banyak idea. kalau setakat nak cerita kosong baik duduk rumah goreng pisang lagi bagus. ramai orang lupa pembacaan yang tidak melibatkan bidang mereka. itu yang kurang general knowledge dan common sense itu. sedih aku
beruang: tetapi kan boss..
aku: tetapi apa beruang??
beruang: kenapa aku tak pernah nak tengok boss buka buku perubatan seperti anatomy, histology, biochemistry, physiology  dan segala macam yang lain itu. MEMANG jpa hantar boss pergi mesir untuk baca buku macam ini kan kan kan?? kahkahkah
aku: erkk. eh tetiba aku ada kelas. aku kena pergi dahulu ini beruang. gerak dahulu
beruang: kelas apa maghrib-maghrib ini boss kahkahkahkah

p/s: memang penting membaca benda lain dan belajar ilmu lain dari ilmu pengkhususan kita tetapi janganlah sampai tertinggal ilmu pengkhususan kita itu tetapi jangan pula belajar ilmu pengkhususan kita sampai lupa ilmu lain. soalan hari ini. apakah yang sedang berlaku di indonesia dan myanmar??

10 comments:

  1. kau memang baca dua buku tu ke?
    bagus2. tak sia2 jpa pilih kau :)

    ReplyDelete
  2. tengah baca dua buku sekarang
    MV sudah habis
    TP belum lagi

    ReplyDelete
  3. bro...gua cari gak TP masa ma'rad.tak jumpa lak.yg dalam bahasa Arab ada la...

    pinjam meminjam dibenarkan ke idak?

    ReplyDelete
  4. TP ini kawan aku punya
    kalau aku punya aku dah beri terus pada kau
    kahkahkah
    translation oleh daniel donno

    ReplyDelete
  5. klau indonesia skg ni sdg giat dilanda natural disasters like gunung berapi, earthquakes or watsoever...n myanmar, sibuk lg dgn pilihanraye...sekian...

    ReplyDelete
  6. pet: bagus. tahukah kau bahawa amaran tsunami sudah di keluarkan dan ditarik balik.
    dan myanmar sudah menukar nama negaranya dan bendera rasminya

    ReplyDelete
  7. indonesia ini aku tahu sudah bnyak tsunami.
    ini aku tahu.sirius.
    baru baca.

    memang jpa hantar kau duduk Mesir baca buku2 begitu.
    benar.

    ReplyDelete
  8. walaupun aku tak nak kagum
    tapi aku ter'kagum' dengan post2 kau
    fullstop

    aku mahu post baru!

    ReplyDelete
  9. terungkecil: jangan kagum lebih-lebih sudah
    kahkahkah
    post 2 hari sekali kalau aku ada masa dan idea

    ReplyDelete