dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Tuesday, May 4, 2010

Rawak

Lama tidak mengemaskini blog ini
bukan apa terfikir mungkin menulis bukan bakat semulajadi
tetapi kalau berusaha insyaAllah boleh menajamkan nukilan-nukilan yang ditulis
baru-baru ini kadang-kala selalu juga "jalan-jalan blog"
kadang-kala sampai terkorban kelas keesokannya ( perangai buruk jangan diikut)
banyak juga impak di dalam pemikiran dan penulisan
antaranya yang boleh dilihat secara zahirnya

kini bahasa baku menjadi pilihan hati
hati ini terdetik untuk memperjuangkan bahasa melayu yang telah diratah-ratah oleh generasi baru
pemikiran pula entahlah bukan hak kita untuk menghakimi diri sendiri
tetapi rakan yang lain ( yang jujur dan bebas prejudis)
banyak ilmu yang dapat
tetapi yang dikesalkan ilmu yang ada itu tiada pengaplikasian
kesal tanpa tindakan susulan juga tidak berguna
kadang-kala di dalam satu reaksi kimia, pemangkin diperlukan
dalam hal pengaplikasian ini pemangkin berbeza-beza bagi setiap individu
penulis beranggapan pemangkin terbesar diri ini ialah suasana (bi'ah)
bi'ah itu membantu dalam mentahsinkan diri sendiri
tetapi bi'ah tanpa usaha sendiri yang inginkan satu perubahan
boleh dikatakan perkara mustahil
untuk mengingatkan diri sendiri dikepilkan satu potongan hadis

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

p/s: keliru mahu mengggunakan kata ganti nama ana, aku atau saya

5 comments: