cerita kali ini agak panjang
mengisahkan tentang kehidupan seharian budak bernama B
memandangkan hari itu B datang lambat ke kelas
maka dia berazam untuk datang awal ke kelas esoknya
B teringat bahawa dia mempunyai tali gantung chelsea dan manchester united yang dia dapat sewaktu ziarahnya ke uk
maka dengan hati bersemangat waja, B menyimpan tali tersebut ke dalam beg sekolahnya
pagi esoknya B dikejut oleh ahli beitnya AA untuk solat subuh
usai solat subuh, B tidak tidur seperti kebiasaannya
B memilih untuk membuka desktop awangnya dan membaca tweets daripada kawan-kawannya
bosan, B lantas membuka laman web manga kegemarannya
sedang B membaca, rasa lapar menghantui diri
maklumlah, semalam B tak makan malam
maka B pun bersarapan dengan nasi dengan lauk ayam masak lemak beserta neslo yang dibuatnya semalam
sedang B bersarapan bunyi pintu berbunyi
* bang *
B berfikir dalam hati
" fuh, 7.30 dah pergi kelas. mantap betul ahli beit aku ini "
kemudian B sambung bersarapan sambil membaca komik
jam hampir menunjukkan pukul 8
maka B membaca manga toriko dengan bergegas
tidak melihat detail lukisan manga tersebut
kerana enggan lewat ke kelas