dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Friday, February 24, 2012

lancaster - lake district

pagi itu aku bangun pukul 4
jam biologi aku sejak habis exam jadi macam jam budak-budak
tidur awal, bangun awal
[ tetapi sampai mesir terus hancur balik semula adoi ]

hari pertama cadang nak gerak lake district
terus terang cakap
memang tak prepare satu apa pun

maklumlah ada abang
ahah
lepas makan bihun awesome yang kakak ipar aku masak [ serius sedap ]
tanya dia macam mana nak naik bas semua apa
terus keluar macam tahu


tak sempat keluar kena sound
" kau tahu tak macam mana nak naik train ? "
kahkahkah
masing-masing buat muka sadis
kahkahkah
noob, noob
belajar naik train semua
siap tengok harga lagi
lepas itu terus gerak

#7 pengangkutan di uk agak mahal.
kad student macam tiada function untuk bas. untuk train,
 kena beli railcard berharga 28 pound dapat diskaun 1/3 harga biasa.
kalau beli online dan awal mungkin boleh dapat sampai 1/2 price yang tersangat murah.
[ aku degil tak nak ikut nasihat, jadi aku rugi di sini ahah sorry aishah ]

#8 banyak tiket hanya boleh dibeli online.
jadi tak kan nak bayar cash kan kalau beli online. debit card atau credit card is a must kalau nak jimat di sini.
hatta hostel pun kena bayar pakai kredit kad dan tak terima tunai sahaja

#9 nak lagi murah tiket train jangan beli yang express, beli yang banyak berhenti.
jangan beli yang any train ticket, beli yang spesifik train ticket 
kalau coventry-london express tak ada railcard 58 pound,
beli dengan kad serta naik train berhenti banyak tempat 7.9 pound.
the difference is damn HUGE !! cis ! 

#10 same goes to express bus service. beli cash 18 pound, online 7.5 pound. the heck is that ?

setelah mendapat peta yang di print berwarna [ noob gila pakai peta google map yang di print haha ]
kami pun bergerak naik bas ke train station
agak cuak sebab first time gerak,
tanpa ada tour guide dan preparedness level yang amat memalukan
naik express train ke lake district berhenti di windermere tetapi kena tukar train dekat oxenholme

di sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan yang amat indah
kehijauan padang yang kadang-kadang dihiasi dengan tompok-tompok putih milik si bebiri amat menyucikan mata yang memandang [ peh ]
terkadang gunung yang dilitupi salji di puncaknya membebaskan jiwa kanak-kanak yang terbelenggu lama di penjara usia
oh berbezanya, berbezanya mesir dengan tempat ini
mata aku yang seolah-olah kebuluran akan kehijauan alam kini rakus melihat dan menatap semua yang terhidang di depan mata
indahnya, oh indahnya alam ini !
ingin aku ikut serta bergulingan dari bukit ke bukit
namun apakan daya,
tingkap train menjadi tabir penghalang kasih aku dan alam sekitar
[ part ini ditulis ketika aku punya kepala berdenyut-denyut jadi forgive the puisi-like sentences ]

sampai stesen windermere
ada beberapa pilihan
naik bas, sewa basikal, atau jalan kaki
jalan kaki adalah dalam 30 minit untuk sampai ke ferri nak seberang tasik
aku cadangkan naik basikallah
baru tak berapa nak penat
tetapi serius
jalan kaki pun lawa
bayangkan jalan dekat sub-urb yang rumah dia macam rumah dekat malaysia dengan binaan bertema old english
lepas itu ada pokok-pokok, taman-taman hijau
ada itik dengan swan bila dah dekat dengan tasik
sangat lawalah

#11 tourist information dekat sini sangat awesome dan membantu
agak-agak takut sesat jangan malu untuk masuk, minta peta dan tanya jalan
aku beli sarung tangan aku dekat sini 2 pound [ yay ! dah tak sejuk gila dah tangan]
[ kalau agak-agak malu nak tanya orang,
tak payahlah pergi travel
duduklah rumah makan maggi sana ]

#12 tukar duit dekat post office memerlukan passport saja
tetapi tukar duit dekat bank kena ada driving license dan passport
jadi cadangan aku
buat dan bawa international driving license ke sini
jalan-jalan naik kereta pun best apa [ sewa pun dalam 40 pound sehari. ok apa ]

jalan nak ke tasik ada dua jalan,
satu lalu dekat kawasan perumahan
satu lagi lalu dekat dengan tasik
cadangan aku pergi dengan lalu tasik
balik dengan lalu kawasan perumahan
baru puas hati

view dia amat menarik dan amat rugilah kalau datang england tak datang sini
naik ferri untuk pedestrian 50 pennies [ sangat murah ! ]

sebenarnya ada cruise kalau nak siar-siar atas tasik
tetapi memandangkan kami golongan marhaen [ ahah ]
kami ronda-ronda naik kasut sudahlah

memandangkan kami gerak dari lancaster lambat
jadi sampai sana pun lambat
jalan kaki pun lambat
tak sempat nak travel sampai naik bukit seberang pulau
sempat jalan-jalan keliling sedikit saja

dekat-dekat maghrib kami patah balik
naik train dan sampai ke rumah abang aku
disambut dengan makanan ! yay !
makan aku rasa kari kambing agaknya
sangat pekat [ hampir-hampir tulis tebal sebab tebal  = thick ahah ] kuahnya
dan daging dia sedap dan tebal !
[ air liur aku meleleh ya masa tulis benda ini ahah ]

esoknya kami gerak ke scotland [ edinburgh city ] !

p/s: aku tulis benda ini amat lama
5 hari
sebab itu macam ada lain-lain narration of story
dan sebenarnya ingat nak letak gambar
tetapi itulah gambar dekat ameash
tak ada kelengkapan nak copy jadi nanti-nantilah aku update balik
letak gambar ke apa patut

mungkin perasan aku tulis agak detail
itu sebab, harapan aku
bila orang baca benda ini
dia boleh bayangkan dan membantu dia kalau dia betul-betul nak jalan sini
[ baik gila niat aku ahah ]

12 comments:

  1. nanti bila aku nak travel ke sana baru aku baca entri ni ok, insyaAllah. sbb tak larat nak jeles sekarang :)

    ReplyDelete
  2. next post, bicture blease [gaya org arab ckp]
    xdpt nk bygkan dengan hanya kata kata
    al-maklum lah, aku bukan seni org nya
    HAHA >.<"

    and also bleaseeeeee upload pic anak buah yg comel comel tuh
    ( err, comel ke diorg? )

    and last. untung lerr ade org masak kan
    kami di italy mcm kebulur cari makanan halal
    rasa nak nanes nak blk mesir je
    HAHA :D

    ReplyDelete
  3. memang aku nak letak gambar
    tetapi itulah
    kamera orang kan, kenalah minta tuan dia dulu isk

    gambar anak buah aku tak adalahhhh
    lupa nak ambil adoi
    of courselah comel
    speaking pun accent tebal kau tahu ahah

    aku makan serius heaven miahahaha

    ReplyDelete
  4. anak buah xjumpa tiga tahun pun lupe nak ambik pic
    uncle apekah kamuuuu ?

    >.<"

    ReplyDelete
  5. kalau aku dapat duit engko pergi travel bagai ni, dah jelas dah yuran aku sem ni sem depan dan sem mendatang. peh

    ReplyDelete
  6. itulah aku cakap
    rasa bersalah pun ada kadang-kadang
    tetapi itulah
    benda dah jadi
    nak buat macam mana
    kahkahkah

    ReplyDelete
  7. mahasiswa malaysia betullah kau
    main ludah-ludah
    ahahahha

    ReplyDelete
  8. abul, nanti jadi tour guide aku ya. ahah! :D

    ReplyDelete
  9. memang aku kaya nak jalan-jalan uk tiga-empat belas kali salem oiii
    ahahah
    aishah kan ada >_<

    ReplyDelete