mula-mula aku bercadang nak cerita 4 cerita yang tak ada kaitan antara satu sama lain
tengoklah di hujung nanti berapa yang berjaya di tulis
Kisah 1
aku baru sahaja selesai membaca kisah Nabi Ibrahim AS vs Namrud dekat blog kawan aku
jadi aku nak sambung cerita tersebut
bukan tentang nabi Ibrahim AS,
tetapi tentang dua makhluk lain yang melihat
peristiwa pembakaran Nabi Ibrahim AS
yang pertama ialah seekor burung kecil [ pipit kalau tak silap, untuk selamat kita assume burung kecil ]
bila dilihat api marak menjulang
terus dia pergi ke tempat lain
bukan untuk lari menyelamatkan diri
tetapi untuk mengisi paruhnya yang kecil dengan air
lantas disimbah air yang dikumpul di paruhnya ke arah Nabi Ibrahim AS
dan berpusinglah burung itu beberapa kali untuk mencuba memadamkan api tersebut
maka makhluk yang lain hairan
terpinga-pinga
jadah apanya burung kecil itu menyiram air yang sedikit ke arah Nabi Ibrahim AS
bukankah mustahil untuk api semarak itu dipadamkan dengan air yang dikumpul di paruh kecil burung tersebut ?
yang kedua ialah seekor cicak
tatkala melihat Namrud cuba membakar Nabi Ibrahim,
dengan segera sang cicak menghembus-hembus api tersebut
dikumpulkan angin di dalam mulutnya
dan dihembus keluar untuk memarakkan lagi api yang sudahpun marak itu
maka makhluk yang lain hairan
terpinga-pinga
jadah apanya cicak itu menghembus angin yang sedikit itu ke arah Nabi Ibrahim AS
bukankah mustahil untuk api semarak itu diperhebatkan kemarakannya dengan hembusan angin yang terkeluar dari mulut cicak tersebut
di sini ada tiga golongan
1. sang burung yang mahu membantu,
2. sang cicak yang ingin merosakkan,
3. sang makhluk lain yang sekadar melihat,
tak cuba memadamkan dan tak cuba menguatkan api
kalaulah kejayaan itu diukur dengan keputusan semata-mata
maknanya ketiga-tiga mereka ini gagal
sang burung gagal memadam api
yang cicak gagal memarakkan api
yang makhluk lainnya gagal untuk bersifat berkecuali kerana dengan sifat berkecuali mereka itu api itu kekal marak dan membakar Nabi Ibrahim AS
jadinya mereka seolah-olah di pihak Namrud
tetapi kejayaan itu tidak diukur semata-mata dengan hasil
tetapi dengan usaha
yang burung itu berusaha apa yang termampu olehnya untuk memadam api
yang cicak berusaha apa yang termampu untuk memarakkan api
yang makhluk lain LANGSUNG TAK BERUSAHA APA-APA lantas membenarkan peristiwa itu berlaku
jadi kita sebenarnya ada di mana ya ?
adakah kita cuba berusaha melakukan kebaikan dengan apa yang termampu ?
atau adakah kita cuba melakukan kejahatan dengan apa yang termampu ?
atau adakah kita tak cuba langsung berbuat apa-apa dan hanya tahu mengomel banyak?
Kisah 2
kejayaan itu tidak di ukur dengan hasil
Nabi Nuh AS berdakwah selama hampir 950 tahun
dan dalam tempoh masa itu hanya 80+ saja yang beriman
puratanya dalam 10 tahun hanya 1 manusia berjaya didakwahkan kepada Islam
bahkan isteri Nabi Nuh dan anaknya sendiri ingkar semasa disuruh menaiki kapal bersama-sama
maka apakah Nabi Nuh AS telah gagal ?
TIDAK !
TIDAK !
kerana mustahil bagi seorang rasul itu bersifat gagal
kerana kejayaan itu tidak diukur dengan hasil semata-mata
tetapi diukur dengan usaha
maka amat besarlah usaha Nabi Nuh yang istiqamah berdakwah selama 950 tahun, siang dan malam
950 tahun = 11400 bulan = 346987.5 hari = 8327700 jam = 499662000 minit = 29979720000 saat
aku tak payah 950 tahun
nak istiqamah datang kelas setiap hari selama seminggu pun dah payah !
inikan pula berdakwah dengan manusia yang kerjanya tak habis-habis melawan
maka dengan usaha yang amat besar inilah kita kira Nabi Nuh AS itu seorang yang amat berjaya
berjaya istiqamah menyeru ke jalan kebaikan selama 950 tahun
maka ingin aku tanya
apa definisi kejayaan kita ?
dimana letaknya tempat kita ?
maka kalau kita mahu mengukur sama ada kita berjaya atau tidak
ukurlah pada usaha kita
sudah berapa lama kita berusaha untuk membaca ?
sudah berapa lama kita cuba berusaha untuk berdakwah ?
atau kita hanya sekadar buat hangat-hangat tahi ayam dan kita claim kita sudah berusaha ?
oh betapa berdarahnya mata dan telinga aku bila aku menulis tulisan kali ini
sebab semua sifat-sifat hina ini ada pada aku
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
p/s: cerita jalan-jalan uk terpaksa ditangguhkan sebab gambar hilang
hard disk terbakar
nak kena minta semula
lagi dua lagi kisah ialah kisah memberi anjing minum dan perlawanan bola sepak
selalu dah dengar "kejayaan bukan pada hasil tapi usaha" tapi selalu juga aku lupa.nak jugak pk result tu.isk.
ReplyDeleteselamat maju jaya abul
waah. thank you
ReplyDeletetepat pada masa nya
bebudak alex 3rd year tengah dlm study leave
:))
atiqah: tak salah letakkan target dan lihat result
ReplyDeletetetapi jangan jadikan itu satu-satunya kayu ukur kita
nourul syaqienah: :D
izyan: aku tak lama lagi masuklah
ada 3 lagi cerita
nantilah sambung
http://www.youtube.com/watch?v=Z4ciJSkxkUA&feature=g-vrec&context=G21dd68cRVAAAAAAAAAA
ReplyDeletekisah 1 version angry bird
oh first time tengok yang tajuk ini
ReplyDeletebagus dah, cuma lagi molek kalau panggilan Nabi Ibrahim AS itu diikuti dengan salam, almaklumlah Nabi Ibrahim antara orang yang sangat cinta kepada Allah, dan Allah cinta pada dia