dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru [ memori yang hilang ]


memori.
satu benda yang semua orang ada
tetapi semuanya berbeza

memori yang sama mungkin membuahkan perasaan yang berbeza
orang yang main simbah air mungkin rasa lucu dengan memori itu
tetapi orang yang kena simbah mungkin rasa sedih dengan memori yang sama

16 Mei yang lepas
hari guru Malaysia
aku baru tahu hari guru sedunia sebenarnya 5 Oktober
sedang aku membaca satu persatu ucapan hari guru dari kawan-kawanku
mula otak aku berpusing laju

ada orang wish hari guru
tetapi dekat siapa sebenarnya dia wish ?
aku bertanya
entah-entah list friend facebook dia tak ada seorang pun cikgu
entah-entah follower twitter dia tak ada seorang pun cikgu
aku menghembus nafas berat

satu persatu memori sekolah berputar di kepala
apa yang aku dah buat pada hari guru sebelum-sebelum ini ?
pernahkah aku beri hadiah atau apa-apa penghargaan kepada guru aku ?
nafas  ditahan lama
dan aku hembus dengan kecewa
aku tak nampak memori aku

otak aku kembali berfikir
perkara-perkara fundamental sambutan hari guru
satu persoalan melempang kuat aku di pipi kanan
aku tersedar dari lamunan

perkara paling penting tentulah guru itu sendiri !
siapa guru aku ?
tentu sekali nama bonda dan ayahandaku keluar yang pertama sekali

kemudian kosong
siapa cikgu sekolah rendah aku ?
siapa yang mengajar aku kajian tempatan darjah 5 ?
siapa yang ajar aku matematik moden tingkatan 4 ?
siapa nama cikgu bertudung kuning yang pernah mengajar aku sejarah ini ?
siapa nama guru bahasa melayu aku yang berbadan agak berisi ini ?

muka aku pucat
aku putar memori-memori lama aku macam kaset buruk
zzbbzztbzztbzztbbzzt
kosong tiada
macam mana aku nak menghargai guru-guru aku
jika namanya sendiri pun aku tak boleh ingat !

aku cuba panggil semula memori lama
siapa kawan aku masa darjah 3 ?
siapa budak sekelas aku masa sekolah rendah ?
hampa

ada guru yang tak sampai 3 tahun lepas mengajar aku
aku dah lupa akan nama dia
hatta ada yang selepas aku tengok mukanya pun aku bertanya
siapa dia ini ?

janggal
pelik
karut
tak percaya
sedih
marah

semua ini hadir dalam jiwa
dan seolah butang repeat dan shuffle di tekan
perasan ini diulang-ulang
bagai tiada titik penamat

maka aku buat keputusan
aku kena buat satu jadual
jadual guru-guru yang pernah mengajar aku mengikut subjek dan tahun
jadual ini aku buat dengan harapan
kalaulah penyakit lupa aku makin teruk
aku bakal ada sumber rujukan 

sekarang kalau lupa aku ada kawan yang boleh mengingatkan
tetapi sampai bila ?

jadual ini masih lagi dalam proses penulisan
aku harap satu hari nanti
jadual ini aku boleh siapkan
agar aku boleh kenal semula
siapa guru-guru aku

kemudian barulah aku boleh bercakap soal menghargai mereka
jangan kau kata kau rindu tetapi tidak tahu siapa
jangan kau kata kau terhutang tanpa mengenal nama
jangan kau lupa raut wajah mereka, nama orang-orang yang membina jiwa, ilmu dan pemikiran
jangan kau lupa mereka yang mengajar kau akan maksud setiap abjad
maksud setiap nombor
kerana tanpa mereka ini, entah macam-mana hala tuju dan hidup kau sekarang
macam mana kau nak lahirkan penghargaan kau pada mereka jika kau tak kenal akan mereka

aku sungguh gembira ada kawan yang seolah-olah menjadi bank memori aku
mereka sungguh berharga
manusia tanpa memori akan hilang personaliti
tanpa personaliti manusia akan hilang identiti
tanpa identiti, makna kehidupan seorang manusia itu akan hilang
maka, mereka yang menjaga identiti ini benar-benar tinggi tempat duduknya 

maafkan anak murid yang tak mengenang budi ini
malu rasanya untuk ku ucap selamat hari guru 
walau mereka sangat berusaha membina aku
tetapi aku tak berusaha membina memori mereka di jiwa aku

p/s: 
hari ini aku lihat gambar tadikaku
aku tiada dalamnya [ tadika umur 5 tahun selama setahun, tadika umur 6 tahun hanya 2 bulan ]
sedih rasanya
satu lagi memori aku yang tiada

susah juga rupanya jadi pemalu


untung betul zaman sekarang
ada gambar berkualiti tinggi
yang kalau di zoom nampak muka
bukan pecahan warna
............................................................................

mungkin ramai yang baca blog aku ini tak kenal pun aku
confused juga aku kadang-kadang tengok
 ada juga orang datang
dari US lah, sabahlah, serawaklah. 
aku rasa bersalah pun ada kadang-kadang. 
tetamu jauh datang bertandang 
tetapi apa yang aku sajikan entah apa-apa. 
tak ada nilai 




4 comments:

  1. Balik nnt pergilah lawat sekolah lama,i mean jumpa cikgu-cikgu yg pernah mengajar kau,bawak sekali jadual tu,inshaAllah melekat dlm memori smp boleh cerita kt anak cucu kau nnt. Haha. ;D

    ReplyDelete
  2. itu yang nak kena ambil lesen
    sekolah kalau dekat tak apa
    ya aku tak ada lesen lagi =,=

    ReplyDelete