mengisahkan tentang kehidupan seharian budak bernama B
memandangkan hari itu B datang lambat ke kelas
maka dia berazam untuk datang awal ke kelas esoknya
B teringat bahawa dia mempunyai tali gantung chelsea dan manchester united yang dia dapat sewaktu ziarahnya ke uk
maka dengan hati bersemangat waja, B menyimpan tali tersebut ke dalam beg sekolahnya
pagi esoknya B dikejut oleh ahli beitnya AA untuk solat subuh
usai solat subuh, B tidak tidur seperti kebiasaannya
B memilih untuk membuka desktop awangnya dan membaca tweets daripada kawan-kawannya
bosan, B lantas membuka laman web manga kegemarannya
sedang B membaca, rasa lapar menghantui diri
maklumlah, semalam B tak makan malam
maka B pun bersarapan dengan nasi dengan lauk ayam masak lemak beserta neslo yang dibuatnya semalam
sedang B bersarapan bunyi pintu berbunyi
* bang *
B berfikir dalam hati
" fuh, 7.30 dah pergi kelas. mantap betul ahli beit aku ini "
kemudian B sambung bersarapan sambil membaca komik
jam hampir menunjukkan pukul 8
maka B membaca manga toriko dengan bergegas
tidak melihat detail lukisan manga tersebut
kerana enggan lewat ke kelas
selesai membaca, B pun mahu bertolak ke kelas
B teringat akan seluar jeans tight yang dibelinya sebelum balik ke malaysia yang lepas
maka B pun menyarungkan seluar tersebut
"ah, ketat betul "
itu merupakan kali pertama B memakai seluar jeans tight yang mana dibeli disebabkan kemalasan mencuba seluar itu akibat ramainya orang di kedai
enggan membazir B pun meneruskan perjalanan ke kelas dengan AC
sebelum B sampai ke metro, B terfikir
" ah ketat sangat, balik rumah tukar seluarlah "
B pun pulang ke rumah dan memakai tuala
tiba-tiba B terpandang ke arah muka jam
tiba-tiba B terpandang ke arah muka jam
" ah 8.20 dah, kalau aku pergi ambil masa 10-15 minit. mesti sampai 8.30 tak apalah aku pergi kelas pukul 10lah. lagipun kelas ini tiada attendance "
maka B sambung membaca komik toriko tadi, tetapi kali ini dengan teliti
mesej sampai daripada AC menyuruhnya datang ke kelas sebab lecturer baru sampai
B enggan sebab dia tahu dia sudah terlalu lewat
dia pun sambung membaca
setelah berpuas hati, dia melihat jam
" dah pukul 9lah "
" jenguk Z kejaplah "
B turun ke bawah dan melihat Z masih enak dibuai mimpi
B yang bangun awal tadi mula merasa penat dan sejuk secara tiba-tiba
" menyorok dalam selimut AZ lah sekejap "
rupanya sekejap B itu tersangatlah lama
apabila dia sedar dari tidur, dia bertanya pada Z
" pukul berapa woi ? "
" 10.15 " jawab Z
" alaaaaaaaaaaa " B mengeluh kuat
tertekan, B menyambung pembaringannya sambil menyesal
tiba-tiba B tersedar dia mesti berubah, maka tepat pukul jam 10.30 B pun naik ke atas dan bermain desktop awangnya
running man E124 ditekan dan dimainkan
tengah bergelak ketawa telefon berbunyi
AZ menelefonnya dan menyuruhnya datang ke kelas
B membalas dengan yakin
" aku pergi kelas pukul 12 nanti "
telefon diletakkan
dan video dimainkan semula
telefon berbunyi lagi sekali
" adoi, kak F call, mampus aku "
B menjawab telefon dengan perasaan ragu-ragu
rupanya kak F menyuruhnya datang dan membawa salinan data yang sudah diprint
" ya nanti aku datang kelas pukul 12 aku bawa "
yakin sekali suara B ketika itu
B baru teringat hari itu ada kelas tentang perbincangan data
video dimainkan semula
telefon berbunyi lagi sekali
" adoi, siapa lagi ? " dengus B tanda tak puas hati
rupanya AF rakan sekerjanya dengan kak F menelefonnya
dan meminta benda yang sama
B mengiyakannya dan menyambung melihat RM E124
hati kecil B berbunyi
" kan ada hikmah aku tak datang tadi. muahaha " ujar B berlagak
" ah dah pukul 11.35 boleh dah slow-slow siap "
tiba-tiba telefon berbunyi lagi sekali
kak F di talian
" B, lecturer dah sampai cepat datang dengan salinan data " ujar kak F
" baik boss " B menjawab dengan tenang
ketika hendak print data tersebut B tersedar
data tersebut tak muat ke dalam kertas A4 dan perlu diedit
maka B mengeditnya dengan tergesa-gesa
selesai edit, B menekan butang print
kali ini printer pula bermasalah, B menutup dan membuka kembali printer
tetapi masih tak berjaya
lantas B me restart kembali desktopnya
" Yay " jerit hati kecil B sebab sudah berjaya print data tersebut
" ah sudah, rambut aku serabut gila sebab tidur tadi. nak mandi lagi sekali tak sempat nanti "
mata B meliar ke kiri dan ke kanan
ternampak snowcap ahli beitnya H di lantai
" bolehlah, tak ada topi ini pun jadilah "
sedang B memakai topi tersebut barulah B tersedar bahawa itu bukanlah snowcap tetapi topeng penyamun yang dibeli H bersamanya ketika mendaki gunung Sinai
terdesak, B membetulkan topeng tersebut ala kadar dan terus keluar
" beg aku mana ? alahhhhhhh "
B mula mencari begnya pula
berlari-lari ke depan dan ke belakang rumah seperti orang tidak keruan
akhir sekali B menjumpai beg nya di dalam biliknya
" alahai, aku yang letak sini semalam masa nak simpan tali gantung chelsea aku " B mengeluh
setelah semua siap B ke pintu depan
" nak pakai kasut tak sempat ini, pakai selipar sajalah. homeless pun homelesslah "
B merujuk kepada pakaiannya yang selekeh tak ubah seperti homeless guy di dalam cerita inggeris
B pun berlari dengan sepenuh hati ke metro
sedang dia berlari terlihat beberapa wajah yang dikenalinya
" alamak, akhawat kelas sebelah dah balik ke ? arghhhhhh "
B menyambung lariannya tanpa mempedulikan senyuman yang meniti di bibir akhawat-akhawat tadi
di terowong bawah metro itu,
B terjumpa lagi segerombolan akhawat, namun B tidak mempedulikannya dan terus berlari mencari tremco
B terjumpa lagi segerombolan akhawat, namun B tidak mempedulikannya dan terus berlari mencari tremco
naik tremco dan membayar segenih maka bertolaklah B ke kelas
jalan jam, B mula tertekan
namun tekanan tersebut masih boleh ditahan
sampai ke pintu kuliah gigi, B mula berlari ke pintu department
TIBA-TIBA
langkah B mula longlai
" itu BD dengan M, budak kelas aku "
fikir B
" eh B, kelas dah habislah, lecture kejap sahaja tadi " ujar M
" DANG ! "
jerit B tanda kecewa
lalu dia pun memutuskan untuk balik ke rumah
sambil menelefon kak F untuk bertanya kenapa tak cakap padanya kelas dah habis
rupa-rupanya kak F menyangka bahawa B sudah sampai dan enggan menghancurkan harapan B
dan ternyata sangkaan itu betul
sedang dia berjalan, AZ ahli beitnya telefon
dia menyuruh B datang ke kelas juga untuk berbincang
B yang sudah hampir ke pintu pagar patah balik untuk ke kelas
dalam B berjalan, dia terjumpa kak I dan kak K
" eh kelas dah habislah B " ujar kak K
" aku tahu ! aku dah sampai dah tadi "
B membalas sedikit kuat sebab tertekan
semasa dalam perjalanan ke kelas B berjumpa segerombolan akhawat kelasnya di bawah pokok
B mula merasai penyesalan naga akibat perbuatannya
hati digagahkan dan B pergi ke kelas dan berbincang dengan kak F tentang data dan tindakan yang perlu dibuat
selesai perbincangan B pun pulang ke rumah
dengan perasan malu dan menyesal yang melampau
barulah dia menghayati status kawannya R,
" kita ini bangun dan pergi ke kelas semua bukan sebab kita bangun awal atau apa, tetapi sebab mendapat hidayah Allah "
hari ini B mendapat penjelasan cash berhubung dengan statement itu
maka B mengomel sendirian
" aku ingatkan bad luck aku dah habis, rupa-rupanya ada banyak lagi, haih "
maka kisah B berakhir sampai di situ sahaja
pengajaran yang B dapat ialah, jangan beli seluar jeans tight
besar sungguh bahana yang bakal berlaku
nota kaki: B ialah seorang beruang grizzly yang sedang menyambung pengajian di mesir dalam bidang perubatan
nota kaki: B ialah seorang beruang grizzly yang sedang menyambung pengajian di mesir dalam bidang perubatan
......................THE END.........................
Kalau aku jd kau,sampai sekolah pukul 8.40 pun ok lg.
ReplyDeletelain kali jangan memandai nak tangguh2 lagi
ReplyDeletebukan 15 minit saja ke max datang lambat ?
ReplyDeleteyalah, amir
patut la kau berlari-lari tadi sambil pakai topi pelik itu . rupanya topi penyamun . hoho
ReplyDeleteDoctor dtg 30minit lewat pun boleh.
ReplyDeleteoh ya ke ?
Deleteaku ingat memang peraturan macam ini
=,=
TT_TT
ReplyDeleteBetter late than never.
ReplyDeletelambat sangat nanti ganggu mood lecture
Deleteaksihan budak dalam kelas itu nanti
but lesson learnt
Deletethank you
Dah berapa tahun aku dengar kisah kau malas dan lambat pergi kelas.
ReplyDeleteMoga diberikan kekuatan untuk berubah. Amin.
jauh betul cerita tersebar haha
Deleteaku cakap banyak
buatnya tidak
haih
Kau sendiri yang menyebarkan cerita abul.
DeleteMaka mulalah berbuat. Bukan ke 'kata tanpa tindakan, apa guna'.
tengah cuba boss
Deleteround opthal strict lebih.lewat 15 min kire absent.
ReplyDeleteprepare awal sket.jgn dok mengular pulak.
* angguk-angguk *
Deleteterima kasih atas nasihat