dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Wednesday, February 15, 2012

muqaddimah

sebulan lebih..
45 hari plus minus
itulah panjang tempoh berehat aku
setengah aku habiskan untuk exam
setengah lagi aku habiskan untuk jalan-jalan

exam aku pada pandangan aku
lagi baik daripada sebelum ini
bukan result sebab result mana keluar lagi
tetapi usaha

ada kertas yang aku baca 2 hari awal
walaupun 10 muka
tetapi itu satu pencapaian yang menakjubkan



tahun 1 aku belajar semalaman untuk final
mid year aku buat tak layan

tahun 2 aku belajar semalaman untuk mid year dan juga final

kini tahun 3 aku belajar 2 malam untuk mid year

peh, peh, peh !

entah bila nak keluar result aku pun tak tahu
malaslah tulis panjang
sebab bosanlah exam
benda sama semua orang ulang
payahlah, tak studylah, debarlah dengan result semua
jadi aku malas nak ulang-ulang macam orang tak ada minda
kahkahkah
sesuka hati saja aku kutuk orang kasar macam itu ahaha
[ ini gurauan tak payah nak emo lebih, aku lempang nanti tahulah * muka ketat *]

setelah diminta oleh ketua batch aku encik aizu untuk menulis satu travelogue
yalah memandangkan aku keluar jalan-jalan
aku pun dengan rela hati tulislah
suka aku mulakan dengan mengajak semua orang yang pergi jalan-jalan ini berfikir

ada yang macam mengeluh
" ish aku tak dapat pergi europe bla bla bla. dapat layan turkey jordan saja "
" alah aku pergi france dengan spain saja maa isk "
" alah aku lagilah layan luxor dan aswan saja sobs "

pada akulah
sepatutnya kena syukur lebih sedikit
bukan apa
bila aku ingat orang dekat malaysia aku macam

mereka nak pergi jalan-jalan
nak spend RM300-400 pun macam dah " uuu banyak gila "
ini aku pergi jalan-jalan masuk duit tiket semua
adalah dalam RM4200
aku macam peh
really ?
RM4200 ?
ini kalau student belajar malaysia
entah-entah satu sem punya elaun

kalau yang ada family
entah-entah ini boleh buat sara hidup 3-4 bulan
ini fakta yang agak depressinglah bagi aku

rasa bersalah pun ada
haish
tetapi itulah
nak rasa bersalah ke apa ke dah terlambat kan
jadi kenalah manfaatkan journey aku kali ini sebaik mungkin
alhamdulillah, banyak jugalah pengalaman dan surviving skill yang aku dapat [ poyo padahal noob gila ]

maka, arakian, hatta, justeru, kemudian bermulalah jalanjalancarijiwayanglamamenghilang aku [ ini bahasa melayu rosak jangan tiru ]
cairo-madrid-manchester-lancaster-lake district-coventry-birmingham-london-paris-barcelona-cairo

mak ai panjang betul
padahal ada tempat yang aku singgah tukar flight saja pun
saja tulis nak biar gempak dan nampak panjang
baru lepas buat karangan melebihi 600 patah perkataan
miahahaha

p/s:
aku mimpi unik dua hari lepas
aku makan batu bata macam makan biskut
serius aku tak faham
apa masalah aku sampai mimpi tak ada point macam itu
serius rasa pointless gila
kahkahkah

aku rasa mungkin dalam 4-5 chapter juga travelogue aku ini
jadi harap bersabar

lagi satu aku terharulah ada orang buka blog aku walaupun dah sebulan lebih tak update
kahkahkah

6 comments:

  1. kahkah
    mcm mintak pelempang ayat kau
    poyo memanjang!
    ish3, bagi mkn ikan dgn tikus kau ada lah. kasihan ditinggal tuan

    ReplyDelete
  2. miahaha
    biasalah
    kadang-kadang kena poyo
    hahah
    aku baru ingat aku ada bela ikan dengan hamster

    ReplyDelete
  3. Haha,takyah nak pelik sgt lah mimpi mkn batu-bata. Bukan ke kau mmg selalu mimpi pelik-pelik? Lg pelik dr tu pun ada rasanya.

    Pehal penulisan kau kali ni mcm lembut gila kot. Culture shock eh bila gi Paris? XD

    ReplyDelete
  4. nama pun mimpi
    dah itu mimpi pertama aku sampai mesir
    masa travel biasa aku mimpi aktiviti nak buat esoknya
    cuma lebih extreme dan radical lah ahaha

    lembut ?
    mungkin sebab aku nak buat travelogue
    ataupun mungkin sebab dah sebulan lebih tak menulis
    tetapi paris memang dalam jiwa akulah sekarang
    ahahah

    ReplyDelete
  5. saintifik sangat kau
    bosanlah
    mimpi kan satu process of randomization of memory
    jadi
    entah aku pun tak tahu
    ahaha

    ReplyDelete