dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Wednesday, November 14, 2012

pengembaraan

aku mula merancang untuk berjalan, 
mencari jawapan untuk satu persoalan,
apa sebenarnya tujuan aku diciptakan,
setelah dipersiap akan bekalan,
ku depankan kaki kanan,
terus keluar memulakan perjalanan,

diiringi bunyi tangis sedu sedan,
hati ini terus dicekalkan,
kerana untuk merangkul satu kejayaan, 
pastinya perlu akan pengorbanan,

sedang aku asyik berjalan, 
aku terjumpa pak cik tua berserban,
soalan terbuku terus ditanyakan,
dengan tenang dia memberi jawapan,
mengabdikan diri pada tuhan,
itulah satu satunya tujuan,
aku tertunduk, terkesan,
lalu aku memohon untuk teruskan perjalanan,

kali ini aku terjumpa perawan yang seolah berkemban,
soalan sama terus ditanyakan,
"entahlah", jawapan yang diberikan,
kedua mata terus aku rapatkan,
pelik, itu yang aku rasakan,
namun tetap aku lemparkan senyuman,
dan berlalu teruskan perjalanan,

kali ini aku jumpa seorang teruna tampan,
seperti biasa, soalan aku terus dilemparkan,
terus dijawab dengan tangan,
ke bumi aku rebahkan badan,
sambil mengusap pipi yang kesakitan,
hati penuh dengan kata-kata makian,

nafsu amarah terus ditahan,
kerna tak tahan akan tekanan,
aku pulang tanpa bekalan,
masuk tidur dan sambung berangan,
cumanya aku ada satu harapan,
agar aku tak menjadi ikutan.

p/s:
aku masak kek pun orang nak pelik
eh aku pun ada haklah untuk masak kek
kahkahkah

No comments:

Post a Comment