dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Thursday, March 29, 2012

perangkap

minggu ini hampir-hampir berjaya buat perfect week tetapi sengal-sengal badan teman poksu aku jalan membuatkan aku kepenatan dan meninggalkan kelas praktikal aku

ini aku tulis 2-3 minggu lepas
dan benda sama berulang pada minggu ini
cuma instead of teman poksu
aku beri alasan sakit kepala

minggu sebelum ini pun sama
cuma alasan berubah lagi
penat sebab tak biasa tidur awal dan bla bla bla

kesimpulan yang aku dapat ialah
aku terlalu banyak memberi alasan
aku jadi enabler kepada addiction aku

sedangkan realiti sebenarnya sudah ku tahu dalam hati
aku jatuh ke dalam perangkap sendiri

perangkap yang aku bina 
dengan kudrat sendiri tanpa makna

yang aku bersungguh-sungguh dalam menghias
dengan sebanyak-banyaknya sifat malas

lalu aku butakan mata hati
aku jalan dan jatuh ke lubang yang aku gali

salah siapa ? aku menjerit dan bertanya
aku alpa

semuanya salah sendiri
aku cuba berlari

lari dari  sang realiti yang ingin membaham
walau hati ini sudah faham

apa nilai ulang tanpa faham ?
apa nilai faham tanpa amal ?
apa nilai amal tanpa penghayatan ?
apa nilai penghayatan tanpa kesungguhan ?

hanya dengan semua ini baru lahir satu rasa
rasa yang dikejar semua yang melata di bumi
apa itu rasa manisnya ikhlas

manusia itu ada 4 kumpulan

kumpulan pertama yang tak mengerti apa itu perangkap lantas tergolek ke dalamnya

kumpulan kedua yang mengerti akan wujudnya perangkap tetapi jahil cara mengelakkannya dan erti hakikat sang perangkap lantas mereka tergolek menemani kumpulan pertama

kumpulan ketiga yang tahu wujudnya dan tahu hakikat sebenar sang perangkap tetapi tidak berbuat apa
lantas mereka tergolek menemani kumpulan kedua

dan kumpulan terakhir yang tahu wujudnya dan tahu hakikat sang perangkap dan berbuat sesuatu untuk mengelakkannya
hanya kumpulan ini yang ada peluang untuk berjaya mengelak bahaman maut sang perangkap itu tadi

kumpulan manakah aku ?

apa guna menyalak seperti anjing penakut
yang mana apabila datangnya cabaran
lari bertempiaran

apa gunanya jadi anjing bodoh yang menyalak bukit
sedang tiada apa yang diperoleh

apa guna jadi anjing tamak
yang lemas apabila melihat wajah sendiri di riak air

apa guna jadi anjing yang menyalak ke ekor gajah
yang hidup matinya terletak atas budi sang gajah

p/s: terbangun dari tidur pagi-pagi buta sebab mimpi semut ipoh buat acara olahraga belakang badan aku
=,=





9 comments:

  1. it's okay.don't be depressed..

    change is never easy. you/we fight to hold on, and you/we fight to let go.. but the fruit is wonderful!

    tapi, jangan berasap je, tapi takde api pon.
    dah tau, ambik langkah berjaga2. sekali sekala, dua kali dua kala jatuh tu biase lah kan. tapi, jgn jatuh lama2, bngun balik. =)

    pembetulan sikit: saya bukan BERUANG walaupon ade comel kat belakang.

    ReplyDelete
  2. anis: depressed kurang
    lebih kepada kecewalah
    haish

    tahu tahu sebab itu tengah cuba
    tetapi aaaaaaaaa

    asap memang dah penuh rumah kalah serombong kapal api ahaha

    dia pakej, nak, ambil dua-dua
    tak boleh ambil hujung buang yang awal
    :p

    izyan: point utama ialah banyak memberi alasan itu bahaya besar !

    ReplyDelete
  3. 0.0 kecewa.. takpe, His Mercy is greater than anything. ayat best time ME kecewa.

    insyaALLAH. cuba333 lagi. Allah knows =) kita semua saling mendoakan..
    dah jangan menjerit. buat habis suara aje. >.<!

    tulah, kene stat nyalakan api dah skang. *mode nak membeleber, maaf lah ye*

    haihh. hampeh punye pakej!

    ReplyDelete
  4. nak jerit juga
    nyanyi lagu kak adil
    kahkahkah

    tak nak sudahhhhhh
    miahaha

    ReplyDelete
  5. Walaupun aku tak berapa nk faham,tp stylo lah entry kau,kejap kat kiri,kejap kat kanan. Haha!

    Ingatkan ada lipas panjat laptop aku,rupanya ikan kau bergerak-gerak. -.-"

    ReplyDelete
  6. kahkahkah
    itu nak menandakan perubahan gaya pembacaan

    adoi !
    ikan dengan lipas pun tak boleh beza ke ?
    ikan aku comel
    sila beri makan
    :D

    ReplyDelete