dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Saturday, October 27, 2012

raya qurban

semalam hari raya aidiladha
permulaan pagi yang hambar
hari raya aku dekat mesir ini pagi dia memang biasa hambar
masuk tengah hari baru ok

kali ini aku tak join team lapah
aku masuk team bahagi daging
biasa team lapah ini duduk bawah limelight
time inilah nak tunjuk hero
lapah unta ke lembu ke kambing ke khoruf ke
maklumlah akhawat duduk keliling
tetapi tahun ini aku malas
nak low profile
itu yang aku join team bahagi daging


nama pun team bahagi daging
jadi aku saja datang lambat ke hayyu asyir
dalam pukul 9 baru sampai
ingat dah habis lambat dah
rupa-rupanya kena tunggu lagi dekat 40 minit untuk daging kambing first sampai
untuk dibahagikan ikut bahagianlah
jamuan, orang ramai dan pemilik

mula-mula aku ingat kena potong daging sekali
rupa-rupanya tak ada sangat pun
main timbang-timbang daging saja
penat-penat aku asah pisau petak favourite aku
haih

sedikit rupanya daging kambing mesir ini
daging saja adalah dalam 4-6 kilo
kalau tak campur tulang
hmm aku ya ya ingat berbelas kilo
mungkin sebab dekat malaysia timbang sekali dengan tulang
agaknyalah
tetapi khoruf berat jugalah
dalam 10 kilo daging sahaja
macam mana pun tak boleh beat unta
adalah dekat 110++ kilo seekor

aku main kambing dengan khoruf saja
unta aku main seekor saja 
main timbang daging maksud aku
bukan main benda lain
hahaha

menimbang kerja mudah saja sebenarnya
cuma risaulah, maklumlah
kalau terlebih terkurang dah kira menzalimi orang
sama ada pengkorban, orang ramai mahupun jamuan
problem dia mula bila arab mula datang minta daging

padahal tak siap lagi
mereka dah datang desak nak daging
masalah timbul bila orang sama minta sampai 3-4 kali
ingat aku tak camlah muka memasing bila datang balik
haihlah

daging itu untuk semua orang
bila kena bolot dengan orang yang sama
kasihan pada yang lain

mengamuk jugalah aku
bila aku perasan aku dah menjerit sekali dua
terus aku berambus tempat lain
nanti tak memasal dapat dosa extra
dosa yang ada pun tak tolok nak tanggung
ini nak buat baru
haih

sambil-sambil itu adalah jumpa budak jordan yang melawat mesir
jumpa sembang-sembang ringkas saja

sampai rumah dekat maghrib jugalah
dengan jubah aku yang labuh sedikit
kenalah angkat sedikit bila nak jalan
tak selesa
kahkahkah
mengada-ngada juga aku rupanya

hari ini jamuan 
aku tak datang
masa aku tulis ini baru aku sedar
tahun lepas pun aku tak datang
kiranya dah dua kalilah aku ponteng jamuan raya qorban
kahkahkah

tahun lepas sakit so tak apalah
tahun ini
aku tak tahu sebab apa
tak feeling raya agaknya
tetapi aku rasa lebih kepada aku nak cuti
duduk seorang-seorang
main komputer
tak ada bunyi lain selain aku
kita perlu ada quality time dengan diri sendiri
bukan dengan orang lain saja maaa
aku pun jenis malas nak jalan
sebenarnyalah
unless ada member rapat, jadi aku jalan sebab nak lepak dengan member
bukan sebab nak jalan sangat pun
kahkahkah

bila ahli beit balik bawa nasi lauk rumah bkan perak baru aku sedar
aku tak makan apa dari pagi
dah macam puasa pun ada
padahal haram puasa masa hari tasyrik ini
nasib baik tak ada niat
kahkahkah

panjang merapu aku kali ini
bukan apa
terbaca blog budak lain tadi
saja nak update blog ini sekali
hahahaha

tamatlah cerita raya qurban dan hari tasyrik yang pertama aku
hambar kan ?
kahkahkah

p/s:
banyakkan takbir
bukan masa solat raya saja takbir
takbirlah setiap kali lepas solat sampai maghrib hari tasyrik ke 3
iaitu pada maghrib 13 zulhijjah

dan lepas aku dapat internet malam raya itu
baru aku sedar
aku kena block rupanya
first time aku kena block
biasa aku yang block orang
kahkahkah

No comments:

Post a Comment