dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Tuesday, May 15, 2012

kompilasi kicauan-kicauan bermakna


macam mana cahaya nak dipancarkan ke mata kalau kita pakai blindfold

ini tempat aku muntah, maka jangan dipersoal jika yang keluar itu bersifat mentah

ayam kalau diperap lama pun bertukar rasa, inikan pula jiwa manusia


say what you want, follow you what i wont

aib tersembunyi orang yang mencalar maruah jangan disebut, sebab aib kita lagi banyak

budak-budak ini jangan didukung sangat, nanti esok tak larat nak mendukungnya

hatiku layu bila dirayu,
mataku buntang bila ditentang,
jiwaku girang bila dikarang,
lagu rindu buatmu sayang

aku ingin menjadi gaharu,
bila api cacian bertalu-talu,
tak membalas tanda berilmu,
terus keluar harum membau.

madahku madah yang bisu,
tidak dituju,tidak bertemu.

hati yang sakit itu hidup,
hati yang mati itu hitam;
hati yang sihat itu redup,
hati yang hitam itu kelam

idea itu harus diperap, kalau matang yang diharap

adat sungai itu mengalir,
mengalir terus ke lautan;
adat cinta itu terlahir,
terlahir untukMu Tuhan.

bila aku tengok gambar-gambar pre-wed ini terus nafsu membunuh aku meloncat tinggi mengatasi petronas twin tower. bala betul

sempena hari jururawat hari ini aku berharap adalah kemajuan dalam baju putih nurse yang jarang sebelum ini. harap boleh tebalkan

lepas tengok gambar kahwin saudara-mara, saya berharap bakal mertua saya tak letak hantaran mahal gila sampai RM10k. RM 2k sudahlah pakcik

kadang-kadang bila tengok perempuan puji-memuji sesama mereka rasa pelik betul. apahal lain bebenar mata mereka dengan mata aku

sebenarnya aku sangat suka penghargaan tetapi kurang gemar dengan pujian. tetapi sayang ramai tak dapat beza penghargaan dengan pujian.

mengajar budak-budak ini macam buat labu sayong, kita tinggal tangan kita sekejap terus rosak acuan labunya

p/s:
makin lama aku makin malas menulis
banyak dah hutang tulisan
cerita uk tak habis
cerita sang penipulara tak habis
hahahaha

tadi aku rasa paling teruk caffein abuse aku seumur hidup
tremor, tachycardia, arrhythmia semua ada
nasib baik hidup lagi
haha

tadi mengantuk gila
tetapi aku tak nak tidur lagi
nak duduk main komputer
duduk atas kerusi
tetiba kawan kejut solat maghrib
hahahaha
dahlah bangun atas katil
eloklah sangat

daripada 750 yang dah dikicaukan
banyak ini saja yang boleh guna
=,=
haish

7 comments:

  1. pening >,<"


    kakak aku nurse
    tapi baju die tebal. kaler hijau ;p
    sepupu aku nak kawen bulan 6 ni, sedih jugak
    asyik x dpt nak join jadik flower girl. huhu

    caffein, dah sebati dlm hidup ku
    keh keh keh ;p

    ReplyDelete
  2. pening apanya

    nurse apa pakai baju hijau ?
    nurse surgery ke ?

    dasar budak mesir
    banyak-banyak benda itu juga yang nak kau komen
    hahaha

    aku caffeine-sensitive

    ReplyDelete
  3. baju nurse selalunya ikut hospital
    ade nurse kaler biru
    ade nurse kaler hijau
    ade nurse kaler pink

    tapi rasanya time kakak aku student die kaler putih

    ReplyDelete
  4. nurse bukan pakai baju sama ke ?
    yang lainnya reben dekat topi tanda pangkat

    ReplyDelete