dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Monday, October 8, 2012

fasa-fasa hidup

setiap kali aku sakit pada kebiasaannya aku akan mengalami beberapa fasa

fasa pertama ialah fasa sakit yang minimal
dalam fasa ini aku akan bersifat denial
" orang ganas macam aku tak kanlah sakit "
adalah monolog yang akan diulang-ulang dalam fasa ini
minda beroperasi pada kelajuan yang sama cuma terdapat masalah dalam emosi
panas baran, sangat kuat menyindir, cakap lepas merupakan norma biasa semasa dalam fasa ini


kemudian fasa kedua ialah fasa sakit optimum
dalam fasa ini kesakitan berlaku pada kadar tertinggi
dalam fasa ini aku bersifat optimis 
" esok eloklah sakit ini " merupakan mindset utama 
namun, kelajuan otak akan berubah dengan ketara
lembab,tak peka dengan keadaan sekeliling
bahkan sampai tahap tanya tentang dimanakah orang yang di sebelah kiri berada pada orang yang yang di sebelah kanan
kebiasaannya bersifat apologetik namun kadang-kadang sifat mengada-ngada boleh dilihat semasa fasa ini

akhir sekali fasa penyembuhan
fasa ini dapat diketahui apabila kelajuan minda kembali pada tahap normal
contohnya apabila terbangun daripada tidur antara benda pertama yang difikirkan ialah 
" hmm, elaun budak JPA di mesir wajar dinaikkan atas sebab inflasi yang melanda,
kadar inflasi yang berlaku pada barang-barang keperluan asas seperti 
beras dari 3 LE kepada 5 LE sekilo, 
gas daripada 10 LE kepada 30-40 LE setong
tambang teksi daripada 10 LE kepada 15 LE
dan perbandingan harga barangan yang lain "
fasa ini aku kembali kepada sifat sindir untuk humor bukan untuk membunuh
hahaha

kalau ditanya, apakah motif tulisan kali ini
jawapannya sudah pasti satu
mohon JPA naikkan elaun bulanan kami supaya kami kembali menjadi kaya raya
kahkahkah

No comments:

Post a Comment