dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Sunday, January 1, 2012

mamat yang menjerit serigala

aku setiap kali tulis sajak
aku biasakan diri tulis apa yang aku nak maksudkan dengan sajak tersebut
bukan apa
nanti ada yang memandai-mandai tafsir sesuka hati
hancurlah nilar dalam sajak tersebut
jadi dalam sajak terbaru aku 
sebenarnya aku cerita tentang kisah seorang yang suka buat jahat
apa kena mengena kan ?
buat-buatlah nampak isi tersirat ini

dia buat jahat
lepas itu kena tegur dengan orang ramai [ kawan-kawan, keluarga ]
antaranya
" jangan buat jahat nanti kena bala menyesal " 
malang sekali dia degil
sekali nasihat tak dengar
dua kali nasihat pun tak dengar
siap kena marah lagi
endingnya kawan-kawan dan keluarga dia pun menyampah dah nak tegur

tetiba kawan-kawan dengan keluarga dia dengan yang dia ditimpa kecelakaan
apa lagi, kenalah " padan mukalah ",  " kan dah kena azab "
dan berbagai-bagai lagi
padahal mereka tak tahu 
mamat ini tadi
lepas dua kali buat salah
dia dah taubat dah
dia yang tadinya dah bertaubat tadi pun rasa sedih
ya lah dah ditimpa kecelakaan, kena kutuk lagi dengan orang ramai
hati mana tak luka
entah-entah dalam otak dia berfikir
" tak cukup dalam lagi ke luka dekat hati aku ini sampai kau semua tergamak nak ambil cangkul dalamkan lagi luka itu "
[ ayat drama betul kan haha ]

lepas itu aku pun nasihat
dalam perenggan akhir
jangan disebabkan kita, ada kawan kita yang cuba berubah
terus tak jadi berubah
sebab ayat-ayat pedih dan pahit
maafkanlah mamat tersebut
husnuzhonlah dengan mamat tersebut

macam mana ?
ini sebenarnya cerita asal
tetapi nak poyo punya hal
terus tulis sajak
siapa mamat dalam sajak tersebut ?
tak payah tanyalah
faham-faham sendiri sudahlah
kahkahkah 

kenapa sajak ?
sebab ada orang ini kadang-kadang ego melampau
tak nak cerita 
tetapi kalau tak cerita dia sakit kepala
jadi dia cerita dalam bentuk sajak
dia tenang, orang tak faham
selesai masalah
hahaha

ok aku nak sambung tulisan ketiga miahaha

p/s: lama dah tak gelak kahkahkah sebab otak tertekan
ahaha

2 comments:

  1. yeayy! da x private blog

    2nd
    aku phm je "sajak" ko yg lepas
    but still my comment is NICE after
    ko ulas panjang lebar kt atas ni

    org ckp, kalo kte nk berubah
    pertama sekali diri sendiri kene kuat
    pedulikan ape org ckp,
    hati mesti mau kering

    but in the end kte perlukan jugak
    a very strong support system
    (family and friends)

    maybe sometimes people just need a time
    with the fact that we're trying to be a better person
    sooner or later diorg akan paham
    :D

    ps; tajuk post ni masih menunjukkan kau dlm stress

    ReplyDelete
  2. " faham " sangat kan

    peduli ke tak peduli
    haha

    ini macam ada yang terasa sahaja hahahha

    mamat dalam cerita ini bukan aku tahu
    jangan nak memandai kata aku mamat dalam ini

    p/s: mana ada, itu translation bahasa melayulah
    ahahha
    saja nak buat biar jadi lawak sedikit

    ReplyDelete