esoknya setengah lagi ahli beit aku pindah rumah
rumah lama mereka tingkat 3
rumah baru kami tingkat 11
yang paling bestnya bila lori datang lambat gila
dari pukul 9 pagi, dia punya lajak sampai pukul 3-4 petang macam itu
memang rasa nak tikam-tikam kucing berdekatanlah dibuatnya
nasib baik aku memang jenis tidur pagi bangun tengah hari
jadi tak ada hal lah sangat
yang lagi best bila lift tak boleh pakai buat angkat barang
angkatlah pakai tangga
disebabkan tenaga tak adalah banyak mana
upahlah arab
kentang betul kaum arab ini
angkat peti sejuk, dapur dengan mesin basuh 11 tingkat
badan lebih kurang aku saja
aku memang tak adalah nak buat kerja gila
aku angkat benda ringan sudah
dah berumurlah katakan
pinggang pun tak kuat mana
kahkahkah
malam itu ada makan-makan akhir tahun
nama majlis, malam kita-kita aje
aku memang tak terlibat langsunglah
almaklumlah, tak ada pangkat
kalau dulu aku sibuk-sibuk jugalah tanya itu ini
sekarang memang tak ada
majlis mula pukul berapa pun tak tahu
hahahaha
adalah tayang-tayang video sedikit
nasyid-nasyid sedikit
makan-makan sedikit
tup tap tup tap aku menang satu hadiah
memang tiap tahun dapat satu frame muka sendiri biasa
nak suruh aku jadi narcissistic ke apa aku pun tak tahu
adalah dalam 3-4 frame besar muka sendiri dalam bilik aku simpan kalau tak silap
gambar aku kalau yang kacak tak apa
ini gambar kulit aku warna ungu pun ada
ingat aku incredible hulk ke
aku syak ini kes balas dendam, tak pun sabotaj
kahkahkah
tetapi kali ini aku dapat pinggan bergambar kartun lelaki pakai songkok
nampak sangat mereka salah orang kahkahkah
songkok aku kurang-kurang kena 5-6 meter tinggi dia
baru alim !
kahkahkah
aku pun hairan macam mana boleh menang, padahal aku malas orangnya
terus aku syak hakim dia kena bayar
kahkahkah
lepas layan video ini baru sedar
setahun lagi dah berlalu
peh,
aku dah berjaya naik tahun sekali lagi
bangga aku sekejap
kahkahkah
yang penting, rumah baru aku lawa gila tahap beruang kutub
harap-harap lepas ini internet laju masuk
sakit otak juga rumah lawa, internet tak ada
haihlah
p/s: sila doakan syria, palestin dan burma dalam doa anda
nak suruh perang kita penakut
nak suruh derma kita kedekut
tak kan suruh doa pun sangkut
tayah syak wasangka sgt kat judge boleh tak abul?? kau puasa ke tak neh..hahahahaha.
ReplyDeletetahniah ler.undian untuk kau melambung tggi kot utk award tu.peh
satu benda je aku takkan lupa pasal mkk....sauna!!
*panjang betul komen aku.haha
aku syak saja maa
Deletebukan tuduh hahha
macam mana kau boleh tahu bilangan undi ?
tangan-tangan dalam ke kau ? hahaha
oh semua orang undi ke, ingat ada hakim
melesetlah sangkaan aku gamaknya
haha
memang sauna habis
berpeluh aku sampai rambut aku macam baru lepas mandilah agaknya
p/s: aku balas lagi panjang muahaha
kenapa bukan "sparta dan jae suk membuang masa" ?
ReplyDeletedan..suka hati je cakap shahir tua!
pembayang pantun aku cerita
Deleteantara jae suk dan yati yang bercinta dan insaf
hahaha
suka akulah
memang saja pun nak buat lucu sedikit
aku gurau kasar dengan dia
dia gurau kasar dengan aku
hahaha